Petang semalam, hujan turun dengan lebatnya membuatkan aku agak bosan kerana tidak dapat melakukan senaman rutinku iaitu berjogging dan brisk walking. Hendak menonton Astro, message "Service Currently Not Available" pula yang terpapar. Entah berapa kali aku tersengguk dan tertidur sementara menunggu waktu.
Untuk mengelakkan aku tertidur di waktu senja yang mungkin boleh menyebabkan aku "mewarisi penyakit gila" (kata orang tua-tua) jika tidur waktu senja, aku capai lappy aku dan cuba mencoret sesuatu di blog aku ini.
Hasilnya...
Aku paparkan di sini 10 artikel atau entry aku yang paling banyak dibaca atau menerima hits dari para pelawat dari mula-mula aku berblogging (May 2010) hinggalah sekarang.
1. RE-ORGANIZING THE COMPANY
Satu artikel yang menyentuh tentang aspek Pengurusan dan hala-tuju sesebuah syarikat yang melakukan rombakan carta organisasi. Di dalam artikel ini aku memberikan sedikit penjelasan apakah makna Re-organize serta beberapa cadangan sebelum melakukan perubahan tersebut. Entry yang pada mulanya aku jangkakan tiada sambutan dari pembaca kerana agak berat ke arah pengurusan sesebuah organisasi atau syarikat.
2. CARA-CARA MENGHILANGKAN MENGANTUK
Tujuan aku post entry ini sebenarnya sekadar ingin membuatkan pembaca tersenyum melihat paparan animasi gif yang bagi aku agak menarik dan mengundang senyuman.
3. NAFSU SEKS SUAMI ATAU ISTERI LEBIH KUAT?
Ianya seperti suatu entry panas atau 18sx tetapi sebenarnya tidaklah sedemikian rupa. Aku kupas tentangnya sedikit dan disulami dengan elemen-elemen nasihat. Mungkinkah tajuknya yang mengundang pelawat membaca entry ini dan selepas entry ini terpapar, cepat-cepat pula menutupnya? Entahlah...
4. CARA-CARA MENULIS S.O.P.
Artikel ini aku memberikan tutorial asas bagaimana ingin membuat Standard Operating Procedures (S.O.P.). Aku coretkan beberapa kandungan asas yang mesti ada di dalam setiap sesebuah manual atau S.O.P. Ada kemungkinan besar entry ini dibaca oleh pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dengan tugas penulisan Policy and Procedures. Aku juga mengandaikan bekas-bekas staff aku yang sering membacanya.
5. TIPS TO HAVE A BAD BLOG
Asalnya, aku ingin menulis tentang tips untuk menjadikan sebuah blog yang baik serta menarik ramai pengunjung. Tips tersebut banyak dan boleh didapati di website-website tertentu dan agak famous. Oleh kerana tips seperti itu sudah selalu kita baca, aku mencuba sesuatu yang berlainan pula dengan memberikan sesuatu yang berlawanan agar kita sama-sama berfikir dan mengelak melakukannya. Aku paparkan coretan aku itu dengan bersahaja dan sedikit lawak supaya para pembaca terhibur dan dapat menerima mesej yang aku cuba sampaikan.
6. BILA TIADA BARU DIKENANG
Ini coretan something yang personal. Aku rasa ramai juga yang mengalaminya, Bukan bertujuan untuk mengungkit tetapi sekadar ingin menegur segelintir manusia yang kurang mahu appreciate apa yang mereka telah ada atau perolehi.
7. GAMBAR LUNA DAN ARIEL
Masa ni, memang tengah kecoh kisah Ariel dan video seksnya dengan beberapa wanita. Sebenarnya, tujuan utama aku ialah untuk apply satu javascript yang boleh menukar gambar-gambar dengan hanya click link yang dipaparkan. Ianya untuk simpanan aku. Oleh kerana kisah Ariel dan Luna ini memang tengah panas, maka, ramailah pelawat yang menjenguk entry ini dan tidak sabar-sabar untuk melihat gambar Ariel dan Luna tersebut...hehe.
8. POLITIK PEJABAT MEMUSNAHKAN KERJAYA?
Satu entry dengan topik yang agak heavy. Isu politik pejabat memang sering diperkatakan dan ditulis di blog atau website tertentu. Entry ini mengupas dan merungkai tentang bagaimana cara untuk survive di dalam sesebuah syarikat atau organisasi di mana politik pejabat mungkin wujud dan menyusahkan sesetengah pekerja. Aku tidak pasti di manakah kekuatan sebenar entry ini hinggakan ada syarikat yang berminat untuk membelinya (setelah aku translate ke bahasa Inggeris).
9. BLOG AKU, AKU YANG PUNYA
Ini entry luahan hati aku setelah menerima e-mail yang agak pedas mengutuk blog aku ini dan isi-kandungannya. Mungkin kerana tidak faham ataupun juga tidak tahu genre sesebuah blog, maka si pengirim e-mail sesuka hati menasihati aku melalui e-mail. Basically, entry ini menerangkan tentang jenis-jenis blog. Secara indirectly, aku juga mengajar si pengirim e-mail agar menghormati si pemilik blog dan tulisannya. Suka atau tidak dengan sesuatu artikel atau kesemua artikel-artikel yang ada di blog tersebut, kita tiada hak untuk menegah si pemilik blog dari menulisnya. It's purely his/her rights!
10. BAHASA AKU KURANG AJAR
Ini satu lagi coretan beremosi setelah aku menerima e-mail yang mengutuk penggunaan gantinama diri di blog aku yang terdahulu. Penggunaan gantinama seperti "engkorang", "diorang", "korang" dan sebagainya, rupa-rupanya dibenci oleh sesetengah orang. Oleh kerana ramai blogger yang menggunakan perkataan-perkataan yang serupa, aku paparkan di entry ini sekadar meminta pandangan ikhlas dari pembaca (yang juga blogger).
Page ABOUT ME juga mendapat hits yang agak tinggi. Mungkin ramai yang ingin tahu lebih lanjut tentang aku. Atau mungkin juga ada wakil-wakil syarikat tertentu yang berminat dengan penulisanku dan ingin berhubungan denganku. Oleh itu, aku telah mengambil kesempatan dengan memaparkan sebahagian Resume aku di page tersebut...huhu.
Orait!...Itu sahaja untuk aku melalut kali ini. Kepada yang berminat untuk membaca, silakan klik link-link atau gambar-gambar atau banner-banner yang berkaitan.
Sekian.
Post a Comment