Tuesday, May 3, 2011

Tajuk pelik tapi sedap

6 comments
 
Salam...

Petang semalam hujan turun bukan main lebat. So, tidaklah dapat aku melakukan senaman rutinku berjogging dan brisk walking, malah blogwalking pun kurang sebab broadband aku masih lagi bermasalah...ish, ish, ish.

Untuk mengurangkan tahap kebosanan yang melampau ketika hari cuti ini, aku perbanyakkan membaca buku-buku Management termasuklah buku kegemaran aku The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R Covey.

Sedang aku membaca, aku seperti dibuai-buai mendengar satu lagu yang pada aku amat menarik melodinya.

Pernah mendengar lagu ini banyak kali di radio tetapi tidak tahu dan tidak mahu ambil pusing siapa penyanyinya. Dari segi melodinya, aku jangkakan sebuah lagu nyanyian penyanyi Indonesia.

Tetapi kali ini, halwa telinga aku agak memaksa aku untuk mengetahui tentang lagu ini dengan lebih lanjut. So, aku bertanya kepada anak aku dan sememangnya dia tahu...huhu.

Sebuah lagu nyanyian Aizat AF bertajuk Sungai Lui.

Laaa...aku ingat dari penyanyi Indonesia? Tetapi, sebelum inipun Aizat pernah menyanyikan sebuah lagu hasil ciptaan komposer Indonesia, so, aku rasa itu perkara biasa. Lagipun, lagu-lagu sebegini aku rasa amat sesuai dan kena dengan suara Aizat.

Jom enjoy lagu ni...




Sungai Lui?

Setahu aku, Sungai Lui tu terletak di Hulu Langat. Kalau tidak silap aku Dato' Yusof Haslam ada mendirikan sebuah rumah di situ bernama Casa D' Haslam.

Ini pula lirik lagunya:


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Gambar background dari http://jomjoli.blogspot.com


Pelik juga, kenapa tajuknya Sungai Lui?

Bila aku teliti liriknya sedikitpun tidak menyebut pasal Sungai Lui cuma ada bait-baitnya yang menyentuh secara berkias akan keadaan tempatnya..Anda carilah sendiri yer? hehehe.

Tetapi, tak kisah lah...sedap dengar lagu ni. Kena dengan halwa telinga aku.

Orait semua...aku nak tenangkan minda sebentar dan enjoy mendengar lagu dari Aizat ini.





Sekian.

6 Responses so far.

  1. aah.. xde satu pun dlm lagu ni sebut sg Lui.. hahah.. pelik2.. apa2 pun mmng best lagu2 aizat ni.. :)

  2. salam...
    xpenah dengar tapi first time dengar terus suka.. nak syer kat fb.. tq :-)

  3. JunAina says:

    nice blog..

    membalas kunjungan abg long ke halaman aina. bab lagu2 ni aina hanya tahu mendengar tapi penyanyi tak kenal pun kalau tajuk lagi le tak tahu...

    jelez tengok blog kengkawan yag cantik dan kemas!

  4. Salam Ibnushukran, thanx sudi komen. Mari kita njoy mendengar sama2.

    Salam Naturalbeauty, thanx sudi komen. Share kt fb? boleh ajer..

    Salam JunAina, thanx sudi komen. Xyah fikir sgt psl penyanyi o lirik lagunya..yg penting kita just nak relax njoy lagunya. Jelez leh diubat dgn belajar camner mrk membuatnya

  5. @ abg long

    salam..ntahla..merepek sgt pkiran manusia gtu..

    yerke??sy xtaula plak pasal itu..

    nauzubillah..

    p/s : best lagu aizat ni!!

  6. Pada pendapat saya lagu ini berkisar tentang pengalam silam semasa cinta monyet yang mana sg lui telah menghangatkan cinta mereka. Kini mereka dah dewasa dan matang tentang kehidupan...so bait2 lagu yang akhir tu mempunyai unsur keinsafan pada penulis. Yang selebihnya sekadar santapan halwa telinga..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com