Tuesday, May 3, 2011

Yang Mana Lebih Utama?

1 comments
 
Salam...

Pernahkah anda di dalam dilema untuk membuat pilihan? Apakah kriteria-kriteria yang anda jadikan sebagai asas untuk anda membuat pilihan tersebut? Pernahkah anda terfikir bahawa pilihan yang anda buat itu mungkin salah? Apa pula yang anda buat jika pilihan asal anda itu salah?

Maafkan aku jika soalan-soalan aku di atas hanya memeningkan kepala anda? Dan akupun sememangnya tengah pening..hehehe


Actually, entry ini telah lama berada di dalam que, cuma aku tidak mahu release di atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak berapa ingin untuk share (maaafkan aku).

Aku pernah beberapa kali di dalam dilema untuk membuat pilihan di dalam kehidupanku. Ada di antaranya yang melibatkan pengorbanan besar dan mungkin menjejaskan kehidupanku. Ada juga yang bagi aku sekadar pilihan biasa tetapi natijah dari pilihanku itu keluargaku pula terpaksa berkorban untuk aku.

Contoh yang paling mudah untuk aku perkatakan ialah berhenti kerja dari Maybank pada tahun 2007 untuk bekerja di sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan. Aku beranggapan ianya sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Perkara-perkara yang bersarang di kepala aku pada ketika membuat keputusan tersebut hanyalah jumlah gaji yang agak Quantum Leap serta pangkat yang agak tinggi berbanding semasa bekerja di Maybank. Kegagalan aku untuk menilai aspek-aspek kehidupan yang lain menyebabkan kehidupan aku dan keluargaku semakin tidak teratur dan sering dilanda masalah pada ketika itu.

Beberapa kali aku ditegur samada secara berkias, secara sinis dan malahan juga secara kasar dan direct. Tetapi, minda aku pada masa itu agak orthodox, enggan menerima pendapat orang lain dan tekad aku yang membulat menyebabkan aku membuat tindakan yang sebegitu drastik.

Salah satu cara mereka menegur aku ialah dengan menghantar e-mail begini (sila enjoy membacanya):

Rahsia Logika 8 x 3

Confucius atau K’ung-fu-tzu, pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup pada zaman 479-551 sebelum Masihi. Mempunyai ramai murid termasuk murid kesayangannya bernama Yan Hui. Yan Hui pencinta ilmu dan mempunyai keperibadian yang baik dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.

Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan nampak ramai org berkumpul, dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorg pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain.

Pembeli berteriak : “3 x 8 jumlah 23! kenapa awk cakap 24?”

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata: “Saudara, 3 x 8 memang 24, semua org tahu..tak payah gaduh2 lagi”

Pembeli kain yg sedang marah menunding jari ke muka Yan Hui dan berkata : “Siapa yang minta pendapat engkau? kalau nak minta pendapat, minta dari pada Confucius. Benar atau salah biar Confucius yang tentukan”.

Yan Hui bersetuju membawa hal itu untuk diadili oleh gurunya yang bijaksana.

“Baiklah, kalau Confucius kata awak salah? macamana?” tanya Yan Hui.

“Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya, kalau awak yang salah macam mana pulak?” Pelanggan itu sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.

“Kalau saya yang salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya”

Kedua2nya sepakat atas pertaruhan tersebut, lalu bersama-sama berjumpa Confucius. Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata:

“Betullah 3x8 =23. Yan Hui kamu kalah! berikan jawatan kamu kepada lelaki ini...”

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya, dia lalu menyerahkan jawatannya kepada lelaki itu dengan rasa yang tidak puas hati. Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga. Confucius yg bijak faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusannya selesai.

Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui:

“Kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok, dan apapun berlaku nanti jangan sampai kamu membunuh”

Di dalam perjalanan angin kencang berserta guruh dan kilat diikuti hujan yang snagta lebat, Yan Hui mencari tempat berlindung, dia nampak sebatang pokok tetapi tiba2 teringat pesanan gurunya dan mengambil keputusan tidak berlindung di bawah pokok tersebut. Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir. Betullah pesan guru, bisik hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukan dan rasa mendongkol di hati. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yg pasti sudah tidur. Dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada org berbaring di sebelah isterinya, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika dia mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya, Yang Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata yang tidur di sebelah isterinya ialah adik iparnya iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Tanpa berlama2, keesokan paginya Yan Hui berjumpa Confucius dan bertanya, melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut, hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangnya dalam persoalan yang dikemukakan.

“Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti dari belajar daripadaku...”

“Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku, pokok dipanah petir adalah perkara biasa, sebab itu aku mengingatkan engkau tentang perkara itu. Semalam engkau pergi dengan perasaan marah yang terpendam di hati dan kamu membawa pedang.... maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.”

“Cuba fikirkan lebih mendalam, semalam aku mengiyakan ‘3 x 8 = 23’ dan kamu kalah lalu hilang jawatanmu, tetapi jika aku katakan ‘3 x 8 = 24’ benar, pembeli kain itu kalah dan satu manusia melayang, mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?”

Yan Hui tertunduk, belajar ilmu dan bijaksana dalam mengamalkannya ialah dua perkara berbeza..ada ‘kebenaran’ yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik...Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan daripada Confucius...

Benar! tidak berbaloi kebenaran ditahap logik matematik, memadamkan kebenaran di tahap jiwa kemanusiaaan. ‘3 x 8 = 24’ menghapuskan kebenaran tentang kasih sayang, kerharmonian dan kedamaian?.


Kandungan e-mail tersebut sepatutnya telah banyak menyedarkan aku kepada sesuatu yang aku seringkali gagal untuk fokus..iaitu, apakah ada lagi perkara yang lebih utama?

Ada! Kehidupan!

Jika sebelumnya aku lebih memikirkan soal kewangan sebagai pemangkin untuk hidup yang lebih bahagia dan sempurna tetapi sebenarnya wang walaupun sesuatu yang basic tetapi bukanlah satu asas yang kukuh untuk itu.

Pernah suatu waktu dahulu aku mengalami masalah kewangan yang terlalu meruncing dan sering mengeluh. In fact, ada suatu hari itu aku mengadu kepada seorang rakan baikku bahawa aku ketiadaan wang dan berkata, "Macamanalah aku hendak survive hari ini sedangkan dalam wallet aku cuma ada RM5!".

Ketika bersolat zohor di surau Menara Maybank, aku didatangi pula oleh seorang rakanku yang benar-benar kesempitan wang dan terpaksa meminjam untuk membeli makanan. Aku berikan RM5 aku itu kepadanya. Selesai solat, aku menangis memikirkan keadaanku dan lama termenung di surau tersebut sehinggalah aku ditegur oleh seseorang yang aku tidak kenal dan berkata, "Percayalah dengan rezeki yang datangnya dari Tuhan."

Petang tersebut, boss memanggil aku dan mengucapkan tahniah kerana mendapat "High Performance Award" dan sejumlah wang (agak banyak juga) telah dikreditkan ke akaun aku. Malah, nama aku telah dimasukkan untuk kenaikan pangkat!

Sepatutnya kejadian tersebut telah membuka minda aku lebih awal, tetapi, aku ini jenis manusia yang mudah lupa dan lambat berfikir pada ketika itu.

Setelah beberapa kali kejadian yang hampir serupa terjadi kepada aku, barulah aku benar-benar sedar.

Ingatlah...
  1. Apabila ingin membuat pilihan...Nilaikan dahulu impak ke atas kehidupan.
  2. Percayalah kepada ketentuan Ilahi dan ingatlah rezeki datang dariNya
  3. Rezeki bukan semata-mata wang.
  4. Kesusahan bukan bererti kemusnahan dalam kehidupan tetapi mungkin petanda kepada sesuatu yang lebih baik.
  5. Setiap rezeki yang kita perolehi ada sebahagiannya milik orang lain yang lebih memerlukan.
  6. Lagi banyak memberi, lagi banyak kita akan diberi.
  7. Jangan malu dan jangan sombong untuk meminta kepada Tuhan.
  8. Jangan ada rasa suka atau seronok melihat kesusahan orang lain, kita tidak tahu nasib kita.
  9. Jangan pula bersedih kerana kesusahan yang menimpa, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Coretan ini sekadar untuk aku mengingatkan diriku. Jika anda mendapat sesuatu manafaat darinya syukur Alhamdulillah...



Sekian.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    salam..wah ! betul lah..thnkss sbb membuka minda sy ;D

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com