Inginkan perkahwinan yang bahagia? Ada seiapa yang tidak mahu? Apakah tips yang paling mujarab untuk memastkan kebahagiaan berumahtangga? Perlukah kita berkursus untuk itu? Cemburukah kita bila melihat pasangan lain bahagia?
Jom kita baca cerita ini..
Seorang lelaki bertanya kepada bapa mertuanya,
"Ramai orang memuji ayah kerana berjaya dan bahagia di alam perkahwinan. Boleh ayah berkongsi dan bercerita rahsianya?"
Si bapa mertua itu pun menjawab dengan senyuman penuh makna,
"Jangan sesekali memperlekeh, mengomel, mengkritik atau memarahi isteri kamu di atas apa jua kekurangannya atau apabila dia melakukan apa jua kesilapan. Mesti selalu ingat bahawa disebabkan kekurangannya itulah dia tidak dapat mencari atau berjumpa suami yang lagi bagus dari kamu!"
Macam lawak tetapi mendalam maknanya.
Kita biasanya suka dan mengharapkan orang lain menyayangi atau menghormati kita. Ramai juga di antara kita yang takut malu atau dimalukan. Secara amnya, apabila seseorang melakukan kesilapan atau kesalahan dia akan melihat sekitarnya dan cuba mencari alasan atau kambing hitam untuk dipersalahkan. Kita juga sering terlupa apabila kita menuding satu jari kepada seseorang yang lain (menyalahkan orang lain), keempat-empat jari yang lainnya pula menunjuk ke arah kita.
So, morale of the story is, jika inginkan perkahwinan yang bahagia, jangan hanya melihat atau nampak kesalahan atau kekurangan pasangan. Perbetulkan diri di samping menerima kekurangan pasangan itu sebagai sesuatu yang memberikan manafaat bersama. Jika ternampak akan kekurangan pasangan, berusahalah untuk sama-sama memperlengkapkannya.
Entry ringkas ini sekadar ingin berpesan kepada diri sendiri. Sekiranya anda mendapat manafaat, syukur alhamdulillah...
Sekian.
Post a Comment