Sharing is caring...
Sekadar ingin berpesan-pesan dan ingat-mengingati sesama kita di pagi hari...
Berdasarkan Hadith Nabi S.A.W. :
Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari
Huraian hadith:
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2).
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Conclusions:
Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya...)
Sekian.
InsyaAllah....
terima kasih dengan ingatan ini. insyallah x pernah lupa mendoakan serta mengingati ibu bapa dalam doa walaupun mereka bukannya orang islam. belum menerima sinar islam. jom bagi idea kat sini ..idea elakkan bankrap?
Alahai Long..engkau buat aku rindu kat mak aku kat kampung...isk3
ingatan yg cukup baik, buat sy rasa hiba tetiba teringat ibu di johor..huhuhu..
wah,jd xbr2 nak jumpe mak..
p/s :
@ abg long
alah,sy xkisah sgt..sje pon..yer,phm..kdg2 google ni wat hal plak..
ni ha,sy ngah pening xder kuar update bloger2 len kat dshboard sy..
dr smlm ag ni...xtau nk wat cmne g.
abg long tau x nape??
Salam Yatie Awang, Kay Masingan, Jebon, Qellissa dan Nusha. Thanx sudi singgah dan bg komen. Sekadar berpesan-pesan peri pentingnya ibu bapa dan tanggungjawab kita utk berbakti tidak kira apa pun status mereka.