Saturday, June 4, 2011

Nombor Telefon Bohsia?

7 comments
 
Salam...

Hello...awak ni Miss X ke? Boleh berkenalan? Boleh kita pergi jalan-jalan? Nak tak kalau kita pergi tengok wayang sama-sama? Jom kita pergi enjoy di Genting? Lepak rumah sewa I nak tak? Jom gi clubbing?

Agak-agaknya, apakah yang anda akan lakukan jika menerima panggilan sedemikian? Bukan sekali tetapi berulang-ulang kali dan pemanggilnya pula terdiri daripada orang yang berlainan. Mungkin ada yang hempas telefon (telefon murah la) atau gigit-gigit telefon tu..hehe


Ini bukan tajuk niche untuk menarik pelawat tetapi ingin mendedahkan tentang masalah yang dihadapi oleh salah seorang bekas staff aku (seorang gadis).

"Pening la bos. Banyak kali entah siapa dan dari mana menelefon saya untuk ajak keluar dating."

Ehh..Elok la tu, awakpun belum ada pakwe lagi..

"Kalau saya kenal takpe lah juga. Ini entah mana punya jantan. Ramai pulak tu. Kalau setakat nak berkenalan tu kira OK lah jugak, tapi macam lebih-lebih pun ada."

Apa yang mereka cakap?

"Ada yang ajak keluar jalan-jalan, tengok wayang, pergi karaoke dan lain-lain lagi. Malah, yang lagi teruk dari itu pun ada jugak."

Lagi teruk?

"Siap ajak pergi clubbing nak belanja minum air setan, ajak pergi hotel, ajak pergi Genting tidur hotel kat sana dua tiga malam. Itu tak termasuk yang ajak seks! Pening betul la bos."

Mana mereka dapat nombor telefon awak tu?

"Entah. Tak tahu la pulak saya, bos."

Jangan-jangan ada yang nak main-mainkan awak tak? Mungkin dia tulis nombor telefon awak kat mana-mana toilet dan kata itu nombor telefon bohsia!


"Mungkin juga kan?. Apa saya nak buat ni bos?"

Begini sahaja. Awak tukar ke nombor telefon yang lain, habis cerita! Mungkin ada kawan-kawan awak yang marahkan awak dan berdengki hingga begitu sekali.

"Ada la seorang dua yang saya syak."

Tidak perlu syak-syak, just tukar nombor telefon sekarang juga. Lain kali, jaga sedikit perbuatan atau percakapan tu. Yang sudah tu sudahlah. Jangan pening-pening kepala hendak fikirkannya lagi. Saya mahu awak fokus kepada kerja awak tu.

"Baik bos."

Begitulah sedikit sebanyak perbualan aku dengan ex-staff aku tersebut.

Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku. Sudah banyak kali terjadi cuma mungkin tidak ada orang yang ingin memanjangkannya. Aku memang pada awalnya beranggapan bahawa nombor telefon ex-staff aku itu telah dipamerkan di sesuatu tempat dan dilabelkan sebagai nombor telefon milik bohsia ataupun call girl. Memang aku seringkali terpandang contengan sebegitu di dinding-dinding toilet di pasar raya ataupun tandas awam.

Aku tidak faham apakah punca orang itu bertindak demikian. Mungkin terlalu marahkan si empunya nombor telefon tersebut dan tindakan itu merupakan pembalasan dendam.

Entahlah, harap-harapnya perkara tersebut tidak berlaku kepada aku. janganlah pula selepas ini ramai pula wanita-wanita menghubungi aku meminta perkhidmatan "baik punya" kerana menyangka dan beranggapan bahawa aku ini gigolo..atau ada juga jantan-jantan menelefon aku minta benda yang sama kerana menyangkakan aku ini bohjan...ish, ish, ish..



Sekian.

7 Responses so far.

  1. Salam Amira...thanx..just panjang-panjangkan info..mungkin berguna

  2. Mek Onie says:

    abang long, orang ni kalau berdengki ngan kite macam tu pon ley buat,huks... kalau meaw lah,takkan layan orang tak kenal...bagus abang long punya nasihat,boleh diterima pakai kalau2 jadi kat meaw cani..n ada keje kosong ke kat tmpt abang long tu?lalalalalalaalala :P

  3. Jahirah says:

    betul gakkan...ntah2 ada je yang pedajal kita macam tu.mintak dijauhkan,pasni kena ati2.

  4. Salam Meaw..just beringat-ingat dan berusaha utk tidak melukakan hati orang atau membuatkan mereka marah. Kita tak tahu apa yg mereka akan buat utk membalas..kerja kosong? errr.. nanti2 Abg Long publish kat blog ni kalau ada yer?..hehe

    Salam Cik Aisha..berdoa minta yg baik-baik ajer..

  5. Anonymous says:

    0174503361. call saya cepat2. mencari lelaki dia area ipoh dan. penang

  6. Aku tidak faham apakah punca orang itu bertindak demikian. Mungkin terlalu marahkan si empunya nombor telefon tersebut dan tindakan itu merupakan pembalasan dendam.
    pakistani designer stitched suits
    buy stitched pakistani suits online

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com