Anda sedang berCINTA? Bagaimanakah perasaan anda? Happy? Macam di awang-awangan? Makan tak lalu mandi tetap basah? Tidur terlebih lena hingga berdengkur-dengkur?...hehe.
Anda tahu apakah definisi CINTA?
Aku harap, tidak ada yang menjawab seperti ini.. "Memang lah aku tahu. Yang engkau tu sibuk-sibuk pasal definisi kenapa?"...huhu.
Dalam bahasa Inggeris "CINTA" didefinisikan sebagai "An intense feeling of deep affection". Dalam bahasa kita ELFS..(entahlah..lu fikirlah sendiri)..huahuahua.
Bagi aku CINTA adalah satu perasaan sayang yang mendalam yang sentiasa wujud di lubuk hati. Tidak kiralah samada CINTA kepada Tuhan dan RasulNya, ataupun juga cinta pada kekasih (makwe/pakwe, suami/isteri).
Apa yang membezakan CINTA dengan sayang?
Pada pandangan aku, sayang itu adalah sebahagian daripada CINTA tetapi kurang mendalam berbanding CINTA. Kadang-kadang perkataan sayang hanyalah sekadar ungkapan. Contohnya, jika kita kata kita sayang duit, tetapi pada masa yang sama kita guna juga duit itu untuk membeli sesuatu. Jika kita CINTAkan duit, mungkin kita sekadar menyimpannya...hehe.
Jika kita CINTA kepada kekasih kita (makwe/pakwe atau suami/isteri), kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membahagiakan kekasih kita itu. Kita tidak mahu kehilangannya. Kita akan cemburu jika ada orang lain meminatinya walaupun itu hanya sekadar syak wasangka. Kita akan rindu bila berjauhan walaupun kadang-kadang selalu bergaduh semasa bersama. Kita akan selalu teringatkannya walaupun kadang-kadang terlupa tarikh lahirnya...hehe.
CINTA kepada Allah dan RasulNya adalah CINTA yang hakiki. Sudah tentu tidak akan sama dengan kita menCINTAi manusia. Kita akan sebak bila mengaji. Kita akan rasa sayu bila bersalawat. Kita sering mengadu (berdoa) bila di dalam kesusahan. Kita bersalawat ketika makan/minum ubat. Bezanya, kita CINTA Allah dan RasulNya dengan IMAN kerana kita tidak melihat Allah dan kita tidak pernah ketemu Rasulullah s.a.w. (kecuali mungkin di dalam mimpi).
Sebenarnya...aku mencoret tentang CINTA ini untuk menyahut pelawaan blogger bergelar Miszpathetic untuk contest/segmen beliau yang bertajuk seperti tajuk entry aku ini.
Aku pula telah di tag oleh Ozzy di blog beliau http://ozzy2u.blogspot.com.
Salah satu syarat-syarat segmen ini ialah tag sekurang-kurangnya 3 blogger lain. So, sekarang ini aku dengan bangga dan kejamnya menTAG blogger berikut...huhu.
- http://zubir5588.blogspot.com/
- http://ifatasya.blogspot.com/
- http://ladyshanasweet.blogspot.com/
- http://lulu-pages.blogspot.com/
- http://www.cheqppjoy.com/
Hadiahnya dengar cerita souvenir dari Moscow! Kira orait lah tu..!
Kepada anda yang berminat untuk join dan khasnya kepada blogger yang aku TAG di atas, silalah lawati blog Miszpathetic itu dan segera mencoret tentang definisi cita mengikut gaya dan pendapat anda sendiri.
Segera? Sukahati akulah nak buat bila! Itupun kalau aku nak join!!!...(garangnya!)
Bukan apa, tarikh tutup contest sebelum Miszpathetic balik Malaysia dari Moscow.
Orait! Selamat mencari definisi CINTA...huahuahua.
Sekian.
salam..
wah..ptotla cari definisi cinta ea..
btw,info menarik ni!
Assalam..
Macam malu-malu je nak tulis..hehe aku tau ada lagi yg simpan tu kan.
"KENAPA SAMPAI MACAM NI ADINDA EVANS"
Salam Nuyui..thanx sudi komen. Just ikut angin contest jer hehehe.
Salam Ozzy...apa tak malunya, org tua cam aku ni nak citer pasal cinta lak huhu. Simpan utk masa yg sesuai kot..? hehe
ngee abang long..sal cinta ni susah sikit nak cakap... errr...errr...hah kan dah gagap.. :)
nice entri !
love is CINTA . hee
^______^
Salam Lulu Caldina..kalau dah gagap tu dah kira cinta tahap berat tuh.. cinta punya pasal, kelu lidah berkata-kata...huhu.
Salam Lilypelangi..alamak! bunyi cam lagu la pulak yer..hehe
salam AL..
wahh,,byk nye kucing kat sini..huhu..
gara2 cinta sejati..ramai gak eh orang sanggup berkorban..huhu
Salam ArmsJackal...itu sayang kat kucing namanya dan bukan cintakan kucing..hehe. Berkorban dan terkorban kerana cinta yang mendalam dan mungkin keterlaluan kut?