Apa khabar anda semua? Sihat? Syukur alhamdulillah. Aku juga sihat wal-afiat, walaupun ada sedikit kesakitan yang aku rasai di bahagian lutut kiriku akibat terhantuk tangga..hehe. Masih boleh berjogging dan brisk walking cuma jaraknya terpaksa aku kurangkan sedikit. Sekurang-kurangnya untuk memberi peluang lututku ini sembuh cepat dan memudahkan aku solat lama-lama.
Coretan kali ini sekadar menyambung sedikit entry aku yang lalu berkenaan TAKDIR. Bukan untuk berceramah cuma ingin mengingatkan diri sendiri sambil berpesan-pesan kepada yang sudi membacanya. Jika anda ingin membaca semula atau membaca kembali entry yang aku maksudkan itu, sila klik di SINI.
Di entry tersebut, aku ada mencoret tentang TAKDIR MU'ALLAQ iaitu qada' dan qadar dari Tuhan yang bergantung pada ikhtiar dan usaha mengikut kemampuan yang ada pada kita. Memang Allah telah menulis takdir kita, namun kita juga boleh meminta untuk menjadi yang lain. Kita masih diberikan peluang untuk merubahnya. Selagi kita diberikan kehidupan, selagi itulah peluang ada untuk kita insyaAllah.
Ini menunjukkan bahawa Tuhan punya toleransi. Sebesar mana dosa yang kita lakukan pintu keampunan Allah terbuka luas untuk kita. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Pengampun.
Namun yang sedihnya, apabila ada antara kita yang merasa layak untuk menghukum.
Ada di antara kita yang begitu sukar untuk memaafkan. Enggan untuk memberikan peluang kepada insan lain untuk berubah. Walhal, kita patut tahu, kita tidak mungkin dapat merubah sikap, perangai dan karekter seseorang itu.
Apakah kita sudah merasa setaraf dengan Tuhan untuk menghukum orang lain tanpa memberikan peluang?
Apatah lagi jika orang yang meminta maaf kepada kita itu sebenarnya tidak melakukan apa-apa kesalahan, Ianya hanya berpunca dari salah faham. Sepatutnya kita dengan segera memaafkannya dan kita pula perlu memohon maaf darinya.
Sekadar berpesan-pesan kepada diri sendiri dan berkongsi dengan para pembaca sekalian, marilah kita sama-sama melapangkan dada, membuka minda berfikir dengan lebih positif untuk bermaaf-maafan sesama insan. Tidak perlu menunggu Hari Raya.
Jika anda seorang isteri, cepat-cepatlah meminta maaf kepada suami walaupun anda rasa anda tidak bersalah. Mintalah keampunan dan keredhaan suami anda. Jika anda seorang suami, jangan suka menghukum dan maafkanlah isteri anda walaupun terpaksa menahan ego yang bersarang di dada. Jika anda (suami) pula yang bersalah, tidak jatuh maruah anda jika meminta maaf kepada isteri.
Marilah kita sama-sama berhenti dari suka menghukum seseorang yang lain walaupun dia bersalah atau kita rasa dia bersalah.
Sekian.
manusia memang suka menghukum.. tidak sedar sebenarnya diri itu hina sebenarnya :(
Assalam..
paling mudah untuk menghukum org lain dan org lain juga mudah menghukum kita termasuk melalui fitnah.Perkataan maaf hari ini diletakkan terlalu 'tinggi' seolah-olah ia menjatuhkan maruah seseorang apabila ianya dilafazakan.
Terbaru "ADINDA EVANS DI HARIAN METRO"
Salam Amira Chan dan Ozzy, thanx sudi komen. Banyak cara menghukum kadang2 kita tidak sedar kita menjalankan hukuman termasuklah menunjukkan muka masam dan muncung panjang sedepa..hehe
GOOD INFO :)
Assalam..
Apa yg terjadi hr ini perkataan maaf itu menjadi terlalu mahal & makin lama2 makin susah org nak minta maaf