Tuesday, June 28, 2011

Burukkah Bermain Snooker?

7 comments
 
Salam...

Anda pandai bermain snooker? Anda gemar bermain snooker? Anda seorang hustler? Aku dahulu (sebelum berumahtangga) memang gemar bermain snooker. Kadang-kadang khayal bermain dan pulang ke rumah hanya pada waktu tengah malam ataupun juga pada awal pagi.


Adakah bermain snooker itu tidak baik?

Snooker dan juga billiards merupakan salah satu acara sukan yang digemari ramai. Salah satu acara yang terdapat di sukan-sukan utama dunia seperti Olimpik, Sukan Komanwel, Suka Asia, Sukan Sea dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, di Malaysia ini, apabila kita sebut bermain snooker atau billiards ada sesetengah orang ataupun mungkin juga rata-rata orang beranggapan ianya suatu taboo yang berselindung di sebalik nama sukan.

Kenapakah begitu?

Jika anda sering pergi ke tempat-tempat bermain snooker, anda akan dapati ramai kaki-kaki lepak yang bertempek di sana. Ramai awek-awek yang berkemungkinan juga bohsia-bohsia yang menemani kaki-kaki lepak di sana. Ramai budak-budak sekolah yang berkumpul untuk menghisap rokok (jika tidak bermain).


Ramai taik-taik judi yang mencuba nasib dengan membuat pertaruhan berdasarkan mata atau bertaruh semasa bermain billiards menggunakan daun terup. Ramai kaki minum menikmati air setan itu sambil menonjol bola cue.

Itu tidak termasuk mesin-mesin game atau mesin-mesin judi yang berselindung di sebalik game yang diletakkan di sana.

Jarang sekali suasananya sunyi sepi seperti di dalam pertandingan sukan snooker yang sebenar. Keadaan hingar-bingar dengan ketawa, bergurau, bertengkar, bergaduh diselang-seli dengan bunyi bola snooker atau billiards yang berlaga sesama sendiri atau dengan kayu cue.

Terdapat juga segelintir manusia yang dipanggil atau digelar "hustler" menanti peluang untuk mencari duit dengan mengunyah pemain-pemain snooker yang tidak setaraf dengannya.

Snooker atau billiards yang sepatutnya suatu acara sukan seolah-olah menjadi seperti permainan orang yang tidak bermoral pada pandangan sesetengah ibu bapa. Apabila berkata ingin pergi ke tempat bermain snooker, dengan senangnya mereka membuat rumusan sebagai pergi berpeleseran dan berbuat sesuatu yang tidak berfaedah.

Apa pula komen anda?



Sekian.

7 Responses so far.

  1. Unknown says:

    salwa buat GA. jemput tuan blog tengok hadiah. kalau nak jdi sponser, bagitau okay?
    :)

    http://salwaismail.blogspot.com

  2. kalo main snuker dengan niat baik seperti bersukan.. x salah rasanye.. tapi kalo mmg niat utk berjudi.. mmg x elok laaa..

  3. Jahirah says:

    salam....
    snuker pn salah satu sukan,so xsalah le kalau nak mainpun dgn syarat tak terlibat dgn unsur2 yg xelok.

  4. ermm...salgi xbuat benda xelok..ok je ifa rasa..hee..tp kdg2..cm pelik lak klu yg bertudung nie masuk skali main..hehe

  5. haha ni blog kucing ni..sbb setiap entri mesti ada gambar kucing..

  6. tu terpulang kat kite sendiri..snooker pon sukan jugak..hehe

  7. Unknown says:

    Tapi kalau nk jd hustler mesti kena main duit. Baru boleh improve. Nk pergi class tak mampuuu. Haha tp haram la. Sendiri mau ingat.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com