Monday, June 6, 2011

Halalkah Benda Yang Kita Makan?

7 comments
 
Salam...

Pernahkah anda merasa was-was dengan makanan yang anda ingin makan atau minuman yang anda ingin minum? Apakah yang anda lakukan? Sepatutnya, jika kita was-was akan halalnya maka kita tidak dibenarkan memakan atau meminumnya...


"Mula-mula tu memang was-was, tapi bila fikir yang aku dah bayar mahal-mahal, sayang pulak hendak dibuang. Daripada membazir, aku makanlah juga. Lagipun, membazir itu perbuatan syaitan..."

Memang aku was-was untuk mengulas statement di atas kerana dari segi hukum, jika was-was maka elakkanlah ia, manakala membazir itu pula memang perbuatan syaitan. Cuma, at the first place, kenapa tidak melakukan pemeriksaan sebelum membelinya?

Sekarang ini, hampir setiap hari kita dikhabarkan tentang produk-produk yang disangsikan status halalnya. Ada minuman yang disahkan tidak halal dan pembuatnya mengaku akan perihalnya. Ada juga makanan yang tidak disahkan halal (belum menerima pengesahan status halal) dan pembuatnya enggan memberikan sebarang komen. Ada makanan yang hanya diketahui status tidak halalnya selepas dilakukan ujikaji DNA.

Ada produk makanan yang jenamanya berbunyi nama Melayu atau Islam tetapi dihasilkan dan dijual oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam. Alasan penggunaan nama tersebut adalah untuk menjual produk tersebut kepada orang Islam. Dan sipembuatnya pula mengaku terdapat bahan-bahan yang mungkin tidak halal di dalam produk tersebut.


Ada produk yang menggunakan logo halal palsu.


Ada makanan ringan (biskut) yang dikatakan mengandungi bahan tidak halal untuk menjadikannya lebih rangup. Kilang biskut itu pula memang famous dan berhampiran rumahku di kampung...adoi ai!.


Ada serbuk kopi yang dikatakan mengandungi DNA babi untuk menjadikannya lebih lemak berkrim. Aku pula pernah menikmati minuman tersebut...ish, ish, ish...


Anakku yang kecil itu pernah berkata, "Abah, nanti kita semua kena minum air tanah."

Aku bertanya kenapa...

"Sebab, biskut yang kita makan tu ada lemak babi. Kita kena samak perut kita dengan air tanah!"


Hendak ketawa, terasa bersalah pula...

Apakah yang akan terjadi kepada kita umat Islam jika perkara "non-halal" ini berterusan? Apakah doa-doa kita akan diterima Tuhan jika benda-benda tidak halal menjadi darah daging kita?

Apakah yang perlu kita lakukan? Bertawakkal sahaja?

Harap-harapnya pihak berkuasa akan cepat-cepat bertindak mengawal keadaan. Mempercepatkan ujian DNA jika terdapat aduan atau syak wasangka. Malah, jika boleh, sebelum dijual, setiap produk yang dikatakan halal perlu dibuat ujian DNA...

Subhanallah. Ya Allah, jauhilah kami dari memakan benda-benda yang tidak halal yang mungkin akan memudaratkan diri kami...amin.



Sekian.

7 Responses so far.

  1. salam perkenalan dari saya. suke blog ni sebab banyak meow..

  2. Salam perkenalan GreenAppleKu.. meow tu suka gak kat blog ni..tu pasal asyik bertepek jer kat sini..huhu

  3. bukan nak kate, tapi pihak berwajib main pejam sebelah mata je dalam memberikan status halal... dan kita pun kene mainkan peranan dalam menyemak status dan kandungan makanan tersebut...

    Artikel terbaru:
    Nasihat Kepada Anak Berkenaan Ibu Bapa

  4. Phoenix says:

    Salam perkenalan abang long, saya singgah dari blog greeenappleku... Saya suka entri-entri dlm blog ni.

  5. Salam perkenalan Phoenix...thanx sudi singgah. Harap enjoy reading.

  6. isu halal sangat panas sekarang.. kita tawakal jer lah.. mohon keampunan jika terlanjur.. sbb tuu dalam doa kita akan selalu berkata, "Yaallah.. halalkanlah setiap makan minumku.. makan minum anak isteriku.. dan makan minum ummatmu" betul tak???

  7. Salam Wan_cikgumuzik...setuju bangat tuh..cuma kita juga dituntut utk berikhtiar dan berusaha mencari makan minum yg halal-halal.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com