Agak lama juga aku tidak mencoret tentang hal-hal yang melibatkan insiden-insiden di pejabat. Bukan tiada idea, tetapi sekadar ingin meredakan perasaan sakit hati terhadap beberapa species manusia yang nampaknya tidak pernah insaf menganiaya orang lain.
Apa seronoknya berdengki? Kenapa suka berdengki?
Seronokkah apabila melihat orang lain jatuh tersungkur?
Seronokkah melihat orang lain merempat?
Berdengki untuk memastikan kejayaan, boleh ke? Boleh atau tidak, itu tidak menjadi soal sebab itulah yang gemar dilakukan oleh species manusia yang lebih mementingkan kejayaan walaupun diperolehi dengan cara yang kotor termasuklah menganiaya orang lain.
Ada sesetengah orang menganggap, species manusia sebegini adalah opportunist tetapi bagi aku, mereka hanyalah golongan orang yang penakut atau pengecut, enggan berusaha lebih dan lebih suka memijak atau menganiaya orang lain untuk mendapatkan apa yang diinginkan.
Sebenarnya golongan ini mempunyai skill-skill dan kepandaian. Pandai membodek, pandai meracuni fikiran orang lain, pandai berkata-kata dan memujuk rayu, tetapi penakut untuk berdepan dengan kenyataan. Hanya berani berkata-kata di belakang dan kebiasaannya berani mengumpat dan menabur kata-kata yang menghina orang lain. Kelihatan berani mengeluarkan pendapat, condemn kerja-kerja orang lain dan mengkritik secara keterlaluan seolah-olah dialah yang paling bagus tetapi hakikatnya takut untuk berbuat perkara yang sama. Jika dia buat sekalipun, kebiasaannya memberi hasil yang "hampeh" dan lagi worst dari hasil kerja orang yang dikritiknya.
Walaubagaimanapun, species manusia sebegini tetap dan masih akan wujud di pejabat-pejabat.
So, untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa, maka, berhati-hatilah. Tapis-tapislah kata-kata. Jagalah penampilan. Kawallah perbuatan. Jagalah emosi. Berdoalah untuk kebaikan.
Mudah-mudahan species manusia seperti ini akan sedar dan berubah menjadi golongan yang lebih berani menyahut cabaran hidup dengan mengamalkan sikap-sikap yang lebih beretika, ingat akan kekuasaan Tuhan dan yang lebih penting lagi dapat membuang sifat pengecut dari dalam diri.
Sekian.
Assalam..
Yang sedihnya sifat berdengki lebih kepada sesama bangsa Melayu..
Salam Ozzy...mungkin sebab kita berada dlm komuniti org Melayu dan bekerja dgn majoritinya pekerja Melayu. Atau mungkin juga orang Melayu masih belum merdeka lagi mindanya?
xelok bila ada sifat mcm ni kan..
bila dh ada,mcm2 leh jd pastu..
Kadangkala LMC tak dpt elakkan diri drpd mnjadi"pengecut:... T__T
Virus ini memang ada dlm diri manusia sebelum lahir lagi..bukan Melayu saja semua manusia sebenarnya..disebabkan di Malaysia kebanyakannya melayu jadi kita fikir hanya melayu yg berjangkit..Kemana kita lari pun benda ni sentiasa mengekori....
penyakit dengki ni mmg org melayu suka sgt....tak boleh nampak org lain lebih sikit mulalah dengki
salam...
abg long, org cam2 depan bos pijak semut, semut tu ley jln2 lg.adeh sume nk nmpk baek,baek pnya kipas bontot bos.belakang hnya kwn2 sekrja yg taw n mkn ati. PHD sangat tinggi.
Salam LMC, Yusuflaili, Munna dan Cik Aisha...thanx sudi singgah dan komen. Dulu pernah terfikir utk mengelak diri dari species manusia camni tapi selalu jer gagal. Skrg ni just hadapi jer dan berdoa agar tidak menjadi mangsa. kalau kena pun biarlah tidak serabai hidup...
kat opis saya x ramai melayu.. department saya 2 jek melayu.. 1 director dan saya.. yang lain sume cina.. alhamdulillah.. dorang x de plak berperangai dengki nih..