Anda ada kereta? Banyakkah objek-objek plastik di dalam kereta anda? Kereta anda ada air-conditioning system? Maaf, kereta mainan atau kereta sorong tidak termasuk ye?
Kenapa pula aku menyibuk bertanyakan soalan-soalan di atas?
Hidup kita terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini, banyak dihabiskan di dalam kereta. Tidak kiralah samada kereta kita sendiri, kereta kawan, kereta sewa atau teksi. Ramai di antara kita yang bangun pagi sahaja sudah berada di dalam kereta untuk pergi bekerja dan begitu juga ketika pulang. Kesibukan dan kesesakan lalulintas membuatkan masa kita banyak dihabiskan di dalamnya.
Mungkin fakta yang ingin aku kongsikan ini agak menggusarkan.
Berada di dalam kereta mungkin boleh menyebabkan kita diserang penyakit cancer (barah)!!!
Menurut kajian, dashboard kereta, tempat duduk, sesalur penghawa dingin dan mungkin hampir kesemua objek-objek plastik di dalam kereta kita boleh menghasilkan BENZENE, sejenis "carcinogen" atau agen yang boleh menyebabkan cancer!
Benarkah objek-objek plastic tersebut boleh menghasilkan BENZENE?
Cubalah hidu bau objek-objek plastik sejurus anda membuka kereta anda dan sebelum anda memutar kunci ignition.
Cubalah hidu bau objek-objek plastik sejurus anda membuka kereta anda dan sebelum anda memutar kunci ignition.
Di samping boleh menyebabkan penyakit cancer, BENZENE juga meracuni tulang-tulang kita, menyebabkan anemia serta mengurangkan kadar kandungan sel darah putih. Pendedahan terhadap BENZENE untuk jangka masa yang panjang juga mungkin menyebabkan kita mendapat penyakit Leukemia serta keguguran kepada wanita yang mengandung. BENZENE juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan paru-paru dan apa yang lebih menakutkan ialah sistem imunisasi tubuh kita menghadapi kesukaran untuk membuang toksin ini secara keseluruhannya.
Menurut kajian kesihatan, tahap BENZENE yang boleh diterima pada satu-satu masa di suatu ruang yang tertutup adalah 50mg sahaja untuk sekaki persegi ruang tersebut. Sebuah kereta yang diletakkan di bawah kawasan berbumbung dianggar menghasilkan BENZENE sebanyak 400 hingga 800mg, manakala, jika kereta tersebut diletakkan di tengah panas (atau kawasan tidak berbumbung) pada suhu melebihi 60 darjah fahrenheit, tahap BENZENE yang bakal terhasil adalah 2,000 hungga 4,000mg iaitu 40 kali ganda dari jumlah atau tahap yang boleh diterima.
Seseorang yang masuk ke dalam kereta dan membiarkan cermin tingkapnya tertutup tanpa disedari akan menyedut (bernafas) secara pantas sejumlah BENZENE yang berlebihan tersebut!
Andaian atau mungkin fakta di atas memang perlu kita gusarkan. Oleh itu, semasa kita ingin memasuki kereta, adalah lebih baik jika kita membuka tingkap dan membiarkan pintu kereta kita terbuka buat beberapa minit sebelum memasukinya.
Cuaca panas sekarang ini kadang-kadang memaksa kita untuk bergegas memasuki kereta kita dan memasang penghawa dingin secepat yang mungkin. Tetapi, adalah lebih baik juga jika kita menangguh menghidupkan penghawa dingin. Dengan kata lain, buka tingkap atau pintu kereta untuk beberapa ketika dan biarkan toksin yang berbahaya berkenaan keluar (ditiup angin) sebelum menghidupkan penghawa dingin kereta kita.
Aku tidak pasti kesahihan andaian di atas walaupun memang kita tahu akan bahayanya BENZENE tetapi apa salahnya menuruti langkah yang tertera bagi mengelakkan risiko yang kita mungkin hadapi akibat kegopohan kita sendiri.
Harap coretan ini ada manafaatnya.
Sekian.
wow, menarik. mana dapat info ni?
Salam Amira Chan..ada terbaca di majalah kesihatan..so, just sampai-sampaikan..
woww . .
It's good info, thanks fo sharing :)
You are welcome Ladida
Rasanya memang betul info ni...sebab segala yg berkaitan dengan minyak dan gas ni sememangnya bahaya utk kesihatan kan..tu sebab tak mustahil ada org boleh mati@bunuh diri dengan duduk dalam kereta yag bertutup dn aircond terbuka...
Salam Nyanyisunyi..memang betul la tu. Kajian banyak membuktikan perkara tsb..so kita perlulah lebih berwaspada selepas ini..