Monday, June 6, 2011

Aku Rindukan Suasana Lama Kampungku

2 comments
 
Salam...

Anda ada kampung? Tidak termasuk kampung Baru dan Kampung Pandan, KL yer..hehe

Bilakah kali terakhir anda pulang ke kampung? Bagaimanakah suasana di sana? Lebih kurang sama dengan di bandar juga? Ada traffic jammed juga? Udaranya juga tercemar? Air perigi dan sungainya juga tidak sejernih dahulu?


Kenapa pula aku melalut pagi-pagi ini?

Aku rindukan suasana lama kampungku. Aku rindukan suasana tenang dan nyaman, disulami dengan bunyi-bunyi unggas dan mergastua. Aku rindukan kedamaiannya. Aku rindukan udara bersih dan menyegarkan terutamanya di waktu pagi. Aku rindukan kedinginan air perigi dan mata airnya.

Dahulu, tiada riuh hiruk-pikuk bunyi kenderaan hanya bunyi unggas yang menggamit ketenangan. Cuma sesekali kedengaran bunyi motor melintas rumah. Kebanyakan orang mengguna basikal atau berjalan kaki sahaja. sekarang ini, banyak kereta menjalar membelah kesunyian. Bunyi ekzos motor mengalahkan bunyi enjin motobot tersumbat lumpur. Bunyi traktor dan lori kelapa sawit menggegar cuping telinga.

Dahulu, mandi dengan air perigi, mata air, parit dan sungai. Airnya sejuk menggigit tulang. Bersih dan menyegarkan. Sekarang, mandi dengan air paip dan dipanaskan dengan water heater yang canggih-canggih. Tabung-tabung walter filter menghias hadapan rumah. Air paip berkarat dan kekuningan serta berbau klorin. Begitupun, tidak sesekali mandi dengan air perigi kerana tidak tahan akan sejuknya. Perigi yang dahulunya menjadi punca bekalan air menjadi perigi buta atau dikambus dijadikan landskap menanam bunga-bungaan.



Dahulu, seronok memancing ikan puyu dan seluang. sesekali rezeki mengena mendapat keli dan haruan. Ikannya manis dan membangkit selera dimasak pais. Sekarang, hampir tiada tempat memancing kecuali di kolam-kolam persendirian yang memerlukan bayaran. Ikan puyu tidak dipeduli malah ada yang geli memakannya...hanyir. Ikan keli dan haruan mudah diperolehi tetapi ikan keli dan haruan yang dibela. Manisnya kurang, lemaknya lebih.

Dahulu, seronok main pondok-pondok sambil makan ubi bakar. Sekarang, berkhemah di sekolah dan makan hot dog dan daging burger digoreng.

Banyak dan banyak lagi perubahan yang berlaku dan tak tertulis di sini...

Aku benar-benar rindukan semuanya yang dahulu itu...ish, ish, ish



Sekian.

2 Responses so far.

  1. seronok bagi orng yang ada kampung..bagi saya plak abg long..mana ada kampung..seb baik org umah ada kampung...so adalah merasa kampung...hehehe

  2. Salam Nukilanaffiza..xde kampung xpe coz kita leh g kampung orang. Jgn jadi rusa masuk kampung sudah..huhu

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com