Inginkan perniagaan yang maju dan berjaya? Inginkan pelanggan yang ramai datang menyinggah? Ingin memonopoli pasaran? Ingin menjatuhkan pesaing? Inginkan pelaris yang mujarab? Aku jangkakan majoriti akan menjawab "Ya". Ada juga yang memberikan komen panjang lebar tetapi akan disudahi juga dengan jawapan "Ya". Tak gitu?
Setiap peniaga inginkan kejayaan. Inginkan jualan mereka melangit. Inginkan produk mereka laku. Ya lah, buat apa berniaga jika menjual barangan yang tidak laku...siapa yang ingin rugi berniaga?
Jika demikian, bagaimanakah caranya untuk memastikan perniagaan maju? Bagaimanakah caranya untuk mengatasi pesaing? Bagaimanakah caranya untuk membuatkan produk jualan laris?
"Dulu aku berniaga makanan kat sini sorang-sorang. Memang laku sungguh. Tak pernah tak habis dijual. Tapi semenjak ada beberapa gerai lain yang turut menjual, jualan aku semakin susut. Kadang-kadang makanan berlebih-lebihan dan terpaksa dibuang."
Berapa banyak pesaing engkau?
"Dah ada 5 gerai yang menjual makanan nasi campur macam aku."
Oh. Ya lah, dulu engkau menjual sorang-sorang. Sekarang ada 5 gerai yang menjual benda yang hampir sama, manakala jumlah pelanggan macam tu juga tak bertambah. Mestilah jualan engkau akan berkurangan.
"Itu aku tahu. Cuma aku rasa, ada gerai yang telah guna ilmu pelaris. Aku tengok, ramai jer pelanggan yang pergi ke gerai tu."
Ilmu pelaris?
"A ah. Alah, ilmu untuk menarik pelanggan ke gerai tu la. Ilmu yang mungkin menutup mata pelanggan dari nampak gerai orang lain termasuk aku punya. Ilmu yang menyebabkan pelanggan ketagih makan makanan yang dibeli di situ."
Itu ilmu hitam!
"Ya lah. Mana ada ilmu yang baik-baik buat macam tu?"
Engkau biar betul bang. Tak baik menuduh orang subahah dengan perkara syirik macam tu.
"Aku bukan suka-suka nak menuduh, tapi, nampak jelas. Apa yang dia jual, aku dan orang lain jual jugak tapi kenapa pelanggan hendak beli digerai dia jer?"
Mungkin masakannya lagi sedap. Mungkin juga dia ada strategi pemasaran yang bagus. Mungkin owner gerai tu peramah dan baik hati yang membuatkan pelanggan suka.
"Aku rasa engkau mungkin tak pernah makan makanan kat gerai tu dan engkau juga mungkin tak pernah jumpa ownernya."
Ya. Memang. All the while, aku makan kat gerai engkau ni jer...dan aku memang tak pernah berjumpa owner gerai tu sebab yang aku nampak cuma pekerja-pekerja Indonesia yang menjaganya.
"Sebab itu engkau tak tahu. Aku dah makan dan aku rasa masakan aku lagi sedap. Masakan kat gerai lain pun lagi sedap. Aku dah jumpa owner. Muka tak pernah senyum dan langsung tak peramah."
Oh...then mungkin pekerja-pekerja Indonesia tu cantik-cantik dan memikat pelanggan.
"Hahaha...Engkau ni bengong betul la..Engkau sendiri nampak kan..muka masing-masing dah layu. Masing-masing dah tua. Tang mana cantiknya? Lagipun, ramai pembeli orang pompuan."
Ya tak ya jugak. Betul ke ada ilmu pelaris macam tu? Mana nak dapat?
"Memang ada. Dapat dari bomoh pelaris. Ada yang cari sampai pergi ke Indonesia, kononnya di sana lagi banyak yang kuat-kuat. Malah, sekarang ni, berlambak iklan-iklan ilmu dan benda pelaris diiklankan di surat khabar dan majalah-majalah."
Engkau tak berminat ke bang? Aku tengok asyik mengeluh jer pasal jualan engkau tak banyak.
"Mintak dijauhkan. Aku tak berani. Benda syirik tu. Biarlah jualan aku sedikit tapi aku dapat duit dengan cara yang elok."
Laaa...tadi mengeluh.
"Entahlah..."
Takpe lah bang. Kalau asyik mengeluh pun tak baik juga. Rezeki di tangan Tuhan. Kalau dah rasa rugi berniaga kat sini, cari jer tempat lain.
"Tengoklah macamana nanti. Pesan aku, kalau engkau nak makan kat gerai tu, perbanyakkan istighfar dan salawat. Baca surah Kursi."
Lepas engkau cerita ni, harus aku tak akan makan kat situ...
Benarkah wujud ilmu pelaris sebegini?
Apa komen anda?
Sekian.
Entahlah Bang Long...soal pelaris-laris ni,tak fahamlah aku..cuma apa yang tahu mulut mesti manis bila berbicara.....
Pernah dengar pasal ni.. Tp LMC tak percaya la... Barang2 jualan mama LMC pun laris gak walaupun tak guna pelaris...
salam....
kat drama2 TV le slalu dok wat cite pasal pelaris ni.tataw le wujud ke tak pelaris ni sebenarnye.tp tak mustahil semua benda 2 kan,org kalau da nak untung xpeduli da guna cara hitam ke putih ke.tp apapun yg penting usaha sendiri,jaga kualiti servis or produk tak pyh guna pelaris pun akan laris.:)
Salam Yusuflaili, LMC dan Cik Aisha.. thanx sudi komen..yg penting utk melariskan jualan ialah kualiti barang dan layanan mesra terhadap pelanggan..tapi, pernah juga dengar citer seorang ustaz ternampak jin tengah menari dan kencing ke atas makanan di dapur sebuah restoran di Dengkil, beberapa buah restoran mamak di Penang dll..restoran mana? Jgn tanya.. ish3
Memang ada kes macam ni...tu namanya dengki...
kalau yg kita jual sedap dan pandai melayan customer ..insyaALLAH jualan kita pasti laris....
salam,mmg ada mcm ni..
kwn sy,suami dia baru meninggal..dia berniaga..
perot dia mbesar..chck hosptal kata kanser perut..
tp xpastila yg mana satu puncanya...
"yer..ke Bang long.!! sampai bergitu sekali..mungkin org2 warak boleh nampak benda halus dan jijik ni".
Salam AnneRaini, Munna, Nuyui dan Yusuflaili..thanx sudi komen. Bersaing secara sihat melalui kaedah penjagaan kualiti dan servis yg baik memang dituntut. Tetapi di dalam bisnes khasnya menjual makanan, penggunaan pelaris sudah sering saya dengar akibat sikap berdengki dan cuba menjatuhkan peniaga lain menggunakan ilmu2 yg tidak baik. Bagi sesetengah orang alim, mereka dapat merasa atau mungkin juga melihat bayangan pendamping (golongan jin) yg membantu melariskan jualan tersebut.
Kita sebagai pembeli perlu lebih berhati-hati dan berdoa agar dijauhkan dari perkara2 buruk akibat penggunaan ilmu2 tersebut.