Saturday, June 11, 2011

Pentingkah Seks Di Dalam Perkahwinan?

6 comments
 
Salam...

Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada anda semua jika entry ini anda rasakan tidak sesuai dibaca khasnya bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun, yang masih belum berkahwin ataupun yang merasakan ianya hanya mengganggu minda anda...hehe.

Entry ini tidaklah seberat entry 18SX tetapi jika anda berfikiran demikian, maafkan aku sekali lagi. Jangan pula anda terrfikir aku telah jauh berubah atau wujud perubahan dalam diri aku kerana akhir-akhir ini blog aku ini banyak memaparkan entry-entry yang mungkin "panas" bagi sesetengah orang...hehe.


Orait! Berbalik kepada topik asal, pentingkah seks di dalam perkahwinan?

Kenapa pula aku bertanya soalan macam tu?

Apakah bahagia berumahtangga tanpa seks? Apakah tebal kasih sayang tanpa seks?

Bukankah seks itu sekadar untuk menambahkan zuriat? Benar, tanpa seks mungkin tiada zuriat. Tapi, apakah seks semata-mata untuk itu sahaja?

Cuba kita tanya semua bakal-bakal pengantin, sanggupkah mereka berkahwin tanpa hubungan seks?

Mungkin ada di antara mereka yang menjawab,
"Kami cuma nikah gantung sahaja sebab kami hendak fokus belajar dahulu."

Setelah habis belajar?
"Errrr..."

Secara jelasnya, tiada satu pasangan pun yang sudi atau sanggup menjawab "ya".

Bagi aku, seks itu sesuatu yang bukan sahaja penting untuk sesuatu pasangan mencurahkan rasa cinta dan sayang kepada pasangannya, bahkan juga boleh menjadi clorox (peluntur) yang berkesan dan membuat rumahtangga bergolak.

Memang kita dinasihatkan untuk bersabar mengawal nafsu tetapi adakah setiap inci kesabaran itu tiada batasannya? Seseorang itu boleh berpuasa sunat untuk cuba mengawal tetapi sampai bilakah harus dia berpuasa? Seorang suami akan berpuasa (dari seks) apabila isterinya datang haid, bukankah itu sudah memadai? Begitu juga si isteri, berpuasa apabila si suami kepenatan atau out station, dan soalan yang sama, sampai bila? Jika seks terlalu jauh untuk dikecapi, apakah tercapai nilai bahagia sesebuah perkahwinan itu?

Kebanyakan kes-kes keruntuhan rumahtangga dikatakan berpunca daripada kegagalan pasangan menilai tentang pentingnya seks. Kita sering membaca atau diperdengarkan tentang isu-isu tiada kepuasan seks sesetengah individu hingga menyebabkan berlakunya pergolakan di dalam hubungan suami isteri. Ada kes-kes berlakunya kecurangan (kedua-dua pihak) akibat naluri seks yang mungkin tidak kesampaian.

Seks bukanlah hanya sekadar melampiaskan nafsu semata-mata walaupun dari segi mata kasarnya demikian tetapi seks merupakan sesuatu yang lebih mendalam dan beremosi. Semasa berhubungan badanlah pasangan akan merasa perasaan cinta yang mendalam. Malah, ada juga pendapat beberapa pihak yang mengatakan ungkapan cinta sewaktu seks adalah lebih ikhlas.

Terdapat ungkapan yang mengatakan, berpegangan tangan di antara suami dan isteri dapat mempereratkan kasih sayang mereka. Sanggupkah pasangan-pasangan yang berkemampuan atau dibolehkan hanya sekadar berpegangan tangan sahaja tanpa seks?

Jadi, memang pentinglah seks?

Ya.

Oleh kerana itu, setiap pasangan (suami isteri) yang berkemampuan, perlulah menjaga akan kepentingannya. Sepatutnya tiada individu yang terlalu ego dan hanya mementingkan diri sendiri atau memikirkan akan kepuasan diri sendiri tanpa mengambil-kira kehendak dan keinginan pasangannya. Kebiasaannya hal atau sikap yang sedemikian dimiliki oleh pihak suami kerana si isteri selalunya memiliki sifat malu yang menebal.

Ada juga aduan-aduan yang diterima oleh Pejabat Agama akan sikap si isteri yang diam membatu ketika seks dan menyebabkan si suami bosan atau tidak kesampaian hasratnya walaupun mencapai ejakulasi termasuklah perlakuan suami yang seolah-olah melakukan jenayah rogol (bertindak sendirian tanpa bantuan si isteri).

Biarpun kuat rasa cinta tapi kalau sifat ego dan sikap endah tak endah ketika seks tidak dibendung, sudah tentu akan membawa kesuraman dalam perkahwinan. Oleh itu, mesti ada keseimbangan dari pihak suami dan isteri di mana mereka secara bersama bertanggungjawab memberi kepuasan kepada pasangan masing-masing.

Biarpun banyak tujuan-tujuan yang baik bagi setiap individu yang berkemampuan untuk berkahwin, tetapi tujuan seks adalah yang sangat menonjol. Oleh kerana itu kepentingan dan peranan seks di dalam perkahwinan janganlah diabaikan. Pasangan suami isteri mesti menjunjung tinggi peranan seks di dalam perkahwinan, kalau keduanya tidak ingin perkahwinannya mengalami kegagalan.

Apa pula pandangan anda?



Sekian.

6 Responses so far.

  1. saya cukup bersetuju hihihihi... malah ada yang mengatakan bahawa seks itu sebahagian drpd roh sebuah perkahwinan..

  2. ozzy says:

    Ia juga mampu meredakan stress..

  3. aziazib says:

    yup seks penting....

  4. Unknown says:

    hmm penting,,tapi tak la terlalu penting

  5. kepentingan ia selalu disebut dalam al Quran....

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com