Pagi ini ketika aku sibuk melayan kerenah anak-anak aku, rumahku didatangi seorang peminta sedekah muda atau mungkin lebih sesuai dipanggil kanak-kanak peminta sedekah kerana umurnya yang terlalu muda iaitu dalam lingkungan 11 tahun.
Cerita-cerita tentang kanak-kanak digunakan oleh sindiket atau orang tertentu untuk meminta sedekah seringkali dipaparkan di akhbar-akhbar. Mungkin kerana orang akan mudah merasa kasihan apabila melihat kanak-kanak, maka, semakin ramai pula aku lihat kanak-kanak sebegini berkeliaran dan mengunjungi kawasan taman perumahan di sini untuk meminta sedekah.
Kanak-kanak yang singgah ke rumah aku pagi ini memang sangat-sangat aku kenal. Dahulu, hampir setiap hari dia akan singgah untuk meminta sedekah dan aku kebiasaannya akan memberi sedikit wang.
Walaubagaimanapun, ada satu insiden yang menyebabkan dia mungkin malu atau takut untuk singgah ke rumahku sekian lama.
Ada satu perangai yang pernah menjadi tanda-tanya aku dahulu. Apabila aku tidak memberikan wang, kanak-kanak itu akan meminta sedikit air minuman dengan alasan kehausan. Kerana kasihan, aku akan ke dapur (di bahagian belakang rumahku) untuk mengambil segelas air dan memberikan kepadanya tanpa mengesyaki apa-apa. Sehinggalah, untuk beberapa ketika aku seringkali kehilangan rokokku (sekotak) yang biasanya aku letakkan di atas kabinet kasut di hadapan rumah. Aku menjangkakan ianya telah diambil atau disimpan oleh isteriku, tetapi dinafikan oleh beliau.
Pada suatu hari, kanak-kanak peminta sedekah itu telah singgah seperti biasa. Kali ini aku terfikir mungkinkah kanak-kanak tersebut yang mengambil rokokku selama ini. Oleh kerana aku tidak mahu memberikan apa-apa wang, dia meminta pula segelas air sambil menunjukkan muka kecewa. Aku berpura-pura ke dapur untuk mengambil air, tetapi sebenarnya hanya menyelinap di balik pintu dan mengendapnya.
Memang sah telahanku. Kanak-kanak tersebut mengambil rokokku yang diletakkan di atas kabinet kasut dan cepat-cepat memasukkannya ke dalam beg sandang yang dibawa. Serta merta aku keluar dan menyergahnya. Dia hanya terkaku. Aku rampas beg sandang yang dibawa dan melihat kandungannya. Terdapat beberapa barangan seperti tas tangan kecil, peralatan menulis, beberapa buah buku dan beberapa kotak rokok berlainan jenama termasuklah rokok aku!
Bermacam-macam soalan yang aku tanyakan sehingga kanak-kanak tersebut menangis. Tidak lama kemudian datang pula seorang wanita yang mengaku sebagai emaknya. Meminta maaf sambil memarahi anaknya itu. Memulangkan kembali rokokku dan bergegas meninggalkan rumahku. Aku malas untuk memanjangkan cerita dan membiarkan sahaja mereka anak-beranak beredar dari rumahku...
Hari ini, kanak-kanak itu singgah semula setelah berbulan-bulan tidak berani menunjukkan muka. Mungkin kerana tidak perasan akan kehadiranku di situ, dia seperti biasa meminta wang dari isteriku.
Belum sempat isteriku menghulurkan wang, aku menunjukkan muka kepadanya...Dan dia lari lintang pukang! Dia masih ingat kepadaku rupanya! Isteriku terpinga-pinga dan bertanya kenapa dia lari bila melihatku. Aku sekadar menjawab, aku telah berjumpa seorang bomoh hitam untuk mendapatkan ilmu penunduk dan bomoh tersebut telah meletakkan hantu dan bertenggek di bahuku...huhu.
Sebenarnya, aku malas bercerita hal sebenar kerana aku mahu isteriku terus bersedekah kepada kanak-kanak yang beliau jumpa dengan ikhlas. Banyak kelebihannya jika bersedekah kepada kanak-kanak khasnya kepada anak-anak yatim...
Sekian.
ms balaja kat shah alam dulu slalu sgt budak mintak sedekah...nun kat ss2, tp bila tamo beri duit n ajak makan skali dorang akan kata kita lak yg kedekut
situasi macam ni la bro sebenarnya yg buat orang kita kadang2 dah tknk menghulurkan bantuan. disebabkan ada yg jenis2 sedikit, secara tak langsung, yg betul2 perlu bantuan pun jadi mangsa jugak, sebab masyarakat dah hilang kepercayaan. mmg sedih ada manusia mempergunakan budak2 untuk kepentingan sendiri.
abg long, saye rasa pelik sebenarnya mcm mana budak-budak ni boleh jadi peminta sedekah sedangkan diorang ni kan ada mak ayah.. mungkin mak ayah dia tak yg suruh anak anak mereka ni jadi peminta sedekah..?
Salam Lelord, Fyzal & Phoenix..thanx sudi komen. Fenomena kanak2 dijadikan umpan utk meminta sedekah dah jd tren terkini. Malah yg masih bayi juga kadang2 ada. Ada kemungkinan itu bukan anak2 atau bayi2 mereka. Pernah satu ketika terjumpa beberapa kanak2 peminta sedekah menaiki sebuah van yang dibawa oleh seseorang yg mungkin menjadi dalang. Sesetengah kes memang mak @ ayah mereka yg menyuruh. Malah ada juga kanak2 dari sekolah agama yg melakukan perkara sama, berselindung di sebalik menjual barangan spt minyak angin, kalender dan tisu muka.. Harap2 ada pihak yg memantau.
jauh disudut hati kesian pada budak2 yang minta sedekah pada kita.. memang kita niat ikhlas memberi tapi bila ada sindiket menggunakan mereka itu yang fikir 10 kali untuk memberi..
sekarang tak kiralah macam mana dorang nak minta sedekah pun, ai takkan bagi.. dan seboleh mungkin takkan dan taknak terserempak takut hati ai akan cair..
sy jd sedih bula kanak2 yg trpksa meminta sedeakh..
plg xgemar yg utk skolah tu..ada plak cara mcm ni..
pnh sy nmpk kat r&r..ramai knk2..ada sorng lki berumur mengarahkan mereka spt binatang wt itu ini!