Wednesday, June 22, 2011

Isteri Memaksa Jadi Curang?

12 comments
 
Salam...

Wahai para isteri, sayangkah anda kepada suami anda? Cukupkah belaian anda kepadanya? Wahai suami, pernahkah anda terfikir untuk berlaku curang? Apa-apapun, berfikirlah dengan waras sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara. Berfikirlah dengan positif dan buang yang negatif jauh-jauh.


Aku paparkan di sini perbualan aku dengan seorang rakan yang mengaku hidupnya bergelumang dengan dosa zina. Dahulu, beliau seorang yang agak warak juga. Jarang tidak melihat kelibat beliau di surau berhampiran. Kemudiannya, beliau seolah-olah hilang entah ke mana.

Setelah berjumpa baru-baru ini, barulah beliau bercerita hal yang sebenarnya dan ke mana beliau menghilangkan diri sebelum ini. Ada sebahagian perbualan terpaksa aku tapis untuk mengelakkan dari menyentuh peribadi orang yang terlibat...

"Semasa aku menganggur akibat dipaksa berhenti kerja oleh syarikat lama aku, aku banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja rumah. Tidaklah bermakna aku tiada usaha untuk mencari kerja lain tetapi mungkin belum rezeki aku lagi. Beratus permohonan kerja aku hantar tetapi satupun tiada yang melekat. Malah, satu panggilan interviewpun aku tidak terima."

Apa yang engkau buat semasa di rumah?

"Aku kemas dan bersihkan rumah, cuci pinggan mangkuk, basuh dan lipat kain baju, membersihkan halaman rumah dan kadang-kadang memasakpun aku buat juga. Aku buat dengan rela hati walaupun kadang-kadang penat juga. Isteri aku bekerja dan tidak ada masa untuk semua tu."

Itukah punca engkau tidak puas hati dengan isteri engkau tu?

"Sepatutnya dia appreciate apa yang aku telah buat tetapi lain pulak jadinya. Dia mengomel sebab aku lipat kain tak betul, bising bila masakan aku tidak kena dengan taste dia, membebel bila ada sedikit rumput yang tidak habis aku cabut, bengis bila bilik air tak cukup bersih dan kadang-kadang main sedap mulut je kata aku malas dan melepak membuang masa di rumah. Hanya nampak kesalahan tapi tak nampak usaha yang aku buat. Ada sahaja silap aku. Dengan aku, susah sangat hendak senyum, tapi kalau dengan kawan-kawan dia boleh pula bergurau-senda. Tapi, itu semua aku tak berapa kisah..."

Maksud engkau?

"Aku ni suami dan aku juga perlukan belaian seorang isteri. Aku juga bernafsu dan inginkan seks bersama isteri."

Dia tak nak melayan engkau ke?

"Aku dah jadi macam peminta sedekah, mengharapkan permintaan aku dipenuhi tapi haram tak pernah dapat-dapat."

Engkau tak pernah pujuk?

"Dah banyak kali. Macam-macam alasannya. Penat, demam, tak sihat, tak de mood dan lain-lain lagi. Kalau setakat seminggu tak dapat aku boleh terima, tapi kalau dah berbulan-bulan, stress aku melonjak-lonjak. Yang aku paling sakit hati bila dia pernah cakap,..isteri ada hak untuk tak bagi nafkah batin kepada suami yang gagal bagi nafkah zahir!"

Dia faham ke apa yang dia cakap tu?

"Dia suka main sebut je. Hukum yang memihak kepada dia, disebut-sebut. Hukum yang sepatutnya dia ikut tapi tak dibuat, buat-buat tak tahu."

Astaghfirullah...

"Dulu, aku bukan lelaki buaya atau suka berpoya-poya dengan perempuan. Mengurat perempuan pun aku tak reti. Kalau tertengok perempuan seksi, aku cepat-cepat elak. Masa bercinta dengan dia dulupun tak lama. Selepas kenal lebih kurang, kami bertunang dan selang beberapa bulan kami menikah. Aku tak pernah dan tak terlintaspun untuk berlaku curang."

So...?

"Selepas berbulan-bulan nafsu aku tertahan-tahan, selepas berbakul-bakul sumpah seranah, cemuhan, bebelan, ejekan yang aku terima, aku mula berubah. Bermula dengan pergi ke rumah-rumah urut yang menyediakan servis urut batin, aku mula hanyut."

Gambar hiasan

Engkau kan tak kerja, mana engkau dapat duit?

"Aku keluarkan duit KWSP dengan cara menipu kononnya untuk sambung belajar di kolej."

Oh...

"Aku mula rasa perempuan lain di ranjang bila aku pergi ke Kuching, Sarawak. Aku dilayan zahir dan batin oleh seorang budak perempuan umur 16 tahun, call girl dari Pontianak, Indonesia. Selepas tu, aku makin ketagih dan suka mencari. Bukan semua perempuan call girl yang aku ambil. Ada juga budak kolej, bohsia, minah clubbing dan minah rempit yang aku tak perlu untuk berbelanja besar. Aku rasa dah beratus perempuan yang aku dah tiduri. Malah, aku dapat lagi banyak dari isteri aku sendiri. hinggakan, ada juga dalam sehari aku tidur dengan 3 perempuan berlainan."

Isteri engkau?

"Dia masih macam tu jugak. Reject aku untuk seks, membebel, mencaci, mengungkit dan menyebut hukum-hukum agama yang memihak kepada dia sahaja."

Dia tak perasan ke perubahan engkau?

"Entahlah, dia selamba je. Dia lagi seronok bila aku tak meminta-minta (seks)."

Dia ada lelaki lain ke?

"Setahu aku takde sebab aku selalu check. Jarang dia keluar malam dan kalau keluarpun dengan aku. Siang dia sibuk bekerja di pejabat. Aku kenal kawan-kawan dia. Aku tahu dengan siapa dia selalu keluar. Facebook dia pun aku check sebab aku tahu password dia."

Hmmm...Apa pula yang terjadi lepas tu?

"Aku panggil dia. Aku cerita pasal kecurangan aku dengan perempuan-perempuan yang beratus tu. Dan, hari tu jugak aku lafaz cerai."

Macamana penerimaan dia?

"Dia terkejut dan menangis. Aku just walked off, keluar dari rumah tu. Sekarang ni, aku tengah uruskan perceraian kami di Pejabat Agama. Aku mungkin didenda RM1,000 sebab lafaz cerai di luar mahkamah. Aku tak kisah dan aku rasa teramat lega. Lagipun, selepas aku melafaz cerai, tak berapa lama kemudiannya, aku mendapat kerja dan duduk di tempat lain."

Patutlah aku dah lama tak nampak engkau kat rumah tu. Aku tak tahu apa cerita sebenarnya tetapi oleh kerana engkau dah berterus-terang dengan aku tentang dosa zina engkau tu, aku amat berharap engkau bertaubat bro...

"Ya, aku ingin bertaubat tapi aku tetap akan salahkan dia yang memaksa aku berlaku curang dan terjerumus ke lembah hina dan dosa."

Eh? Tak boleh macam tu. Itu semua pilihan engkau walaupun asbab mungkin hasil dari sikap dan perangai bekas isteri engkau tu. Engkau boleh sahaja mengelak untuk tidak melakukan perkara-perkara dosa.

"Hmmmm...tapi hati aku masih lagi sakit atas perbuatan dia."

Aku faham perasaan engkau, tapi tak elok menyalahkan orang lain atas perbuatan yang engkau lakukan dengan kehendak sendiri. Lagipun, engkau telahpun menjatuhkan hukum dengan melafazkan cerai.

"Haritu, dia ada datang jumpa aku untuk rujuk balik. Aku tak nak. Aku lagi rela menikah dengan perempuan lain dari balik kepada dia."

Hmmm...dalam juga luka hati engkau tu yer? Aku tak mahu masuk campur dalam hal tu, malah, untuk bagi nasihat samada engkau rujuk balik atau tidak, aku rasa aku tidak patut. Terpulanglah kepada engkau untuk fikir yang mana lagi baik. Cuma, aku harap engkau bertaubatlah dan berhenti melakukan dosa-dosa besar tu.

"Terima kasih bro, insyaAllah aku bertaubat dengan sebenar-benar taubat."

Panjang perbualan kami yang agak panas. Seorang suami bertindak di luar norma kehidupannya sebelum itu, akibat kecewa dengan isteri. Dari segi hukum, bukanlah salah si isteri si suami bertindak bergelumang dengan dosa besar kerana si suami mempunyai akal untuk menilai baik buruknya sesuatu perkara. Dari segi moral pula, sikap sesetengah isteri yang tidak mengambil pusing akan peri pentingnya belaian kepada suami boleh mengundang implikasi yang kurang baik di dalam struktur perhubungan suami isteri.

Apa yang penting adalah kedua-dua pihak (suami dan isteri) perlu mengembling tenaga menjaga kerukunan rumahtangga. Kehidupan suami isteri adalah lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Jika salah seorang darinya pincang, maka pincanglah juga rumahtangga.

Kepada para isteri, jalankanlah tanggungjawab anda dengan baik dan ikhlas mengharapkan keredhaan suami. Janganlah bertindak membelakangkan agama semata-mata kerana suami anda bermasalah (tiada pekerjaan contohnya). Hargailah bantuan suami walaupun ianya terlalu sedikit bagi anda. Elakkan dari menjadi isteri yang derhaka.

Kepada para suami, janganlah mudah menjatuh hukum. Didiklah isteri anda sebaik mungkin. Jika masalah berpanjangan dan anda tidak tertahan, dapatkanlah bantuan nasihat di Pejabat Agama yang sentiasa sudi membantu. Jangan jadikan alasan kegagalan menjalankan tanggungjawab oleh si isteri, anda sewenang-wenangnya berlaku curang dan bergelumang dengan dosa khasnya dosa zina.



Sekian.


P/s: Sejak akhir-akhir ini aku sering saja menjadi tempat mengadu dan mendapatkan nasihat rakan-rakanku yang bermasalah. Risau juga aku sebab aku rasa tidak layak untuk memberikan nasihat. Entahlah...aku harap kata-kata "nasihat" aku betul dan memberi manafaat.

12 Responses so far.

  1. Abang Long selalu letak cerita best2 dan memberikan nasihat. Terima kasih. Saya suka cara abang long tulis ... memang menarik dan mudah utk faham.

    Entri hari ini betul2 beri pengajaran kepada isteri .... thanks ya

  2. Phoenix says:

    Best entri abang long ni, boleh saya share di blog saya?

  3. Salam Cik Kamoo..thanx sudi singgah dan baca entry Abg Long.

    Salam Phoenix...silakan...thanx

  4. Jebon says:

    Salam Long...semalam, aku jumpa kawan kita tu..jadi lebai balik nampaknya.

  5. salam..cm2 hal kan..

    itula,bila jd,dok kata lumrah..tp diri sndiri yg xmow/xmmpu nak ubah..

  6. Meck says:

    wow abg long keje ape?

  7. Salam Jebon...ye ke? Alhamdulillah.

    Salam Nuyui...kita sama2 beringat-ingat yer?

    Salam Meck...keje biasa2 jer. Nak tahu lebih lanjut leh bc resume kat page About Me tu..hehe

  8. Ni la kesalahan isteri yg plg besar. Bila suami cari pmpuan lain, tau pula mengamuk... Erm...

  9. Salam LMC...soal seks suami isteri tak leh diabaikan...banyak keburukannya...

  10. aizamia3 says:

    abang long..
    komunikasi 2 hala amat penting dalam hubungan suami dan isteri.. suami kena bijak mainkan peranan agar isteri tak pijak dan ambil kesempatan.. suami pula kenalah berterus terang dengan isteri apa yang dia mahu dan begitulah sebaliknya.. kalau asyik nak cari kesalahan pasangan, sampai bila masalah tak dapat diselesaikan..

  11. Jahirah says:

    salam...
    bila dah kawen syurga seorg isteri dibawah tapak kaki suami.selagi suami tak menzalimi kita dan selagi blh bertolak ansur jgnlah diabaikan keperluan suami.wah banyaknye moral dlm entry ni.

  12. Anonymous says:

    salam,

    patutnyer suami yg bimbing isteri dlm hal2 agama dll. Si dia ni dahlah berani buat dosa2 besar tu, pastu nak salahkan isteri dia lak! Sungguh tak patut! Isteri dia tentu stress memikul tggjwb rumahtgga sowang2. Si dia ni pula buat keje rumah kurang serius. Buatlah betul2 dan cube dgr leteran isteri.Semoga bekas isterinye dikurniakan jodoh yg lebih baik hendaknye ...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com