Friday, June 24, 2011

Duduk Boleh Membunuh?

3 comments
 
Salam...

Anda terkejut dengan tajuk entry aku kali ini? Aku pun terkezzzzut juga. Ingin tahu kebenaran akan keburukan duduk terlalu lama? Mari kita kongsi bersama-sama...


Sebelumnya, telah menjadi lumrah kehidupan manusia, samada bercucuk tanam atau memburu binatang buruan, kebanyakan aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan di atas kedua-dua belah kaki (maafkan aku jika anda hanya ada satu kaki ataupun tiada kaki langsung)... tetapi dengan kehadiran teknologi dan sains, terciptalah TV, komputer dan berbagai-bagai pekerjaan yang memerlukan kita untuk duduk lebih lama berbanding berdiri.

Kajian menunjukkan secara puratanya manusia duduk selama 9.3 jam sehari iaitu lebih lama dari masa yang dihabiskan untuk tidur iaitu 7.7 jam. Adakah tubuh badan kita dibina untuk duduk lama sebegitu?

Mengikut kajian, duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian sehingga 40%!!! Duduk melebihi 6 jam sehari boleh membuatkan kita 40% "berpeluang" untuk mati dalam tempoh 15 tahun berbanding mereka yang duduk kurang dari 3 jam sehari walaupun dengan bersenam!

Bagaimanakah duduk terlalu lama boleh membunuh kita?

Duduk boleh membuatkan kita menjadi gemuk atau obes. Kebanyakan mereka yang obes duduk 2.5 jam lebih lama daripada mereka yang berbadan kurus. Oleh kerana duduk langsung tidak merembes apa-apa tenaga, tenaga tersebut tersimpan di dalam badan dan menjadi lelemak. Apabila kita duduk, aktiviti-aktiviti electrikal di bahagian otot-otot kaki terhenti dengan serta merta. Pembakaran kalori menurun sehingga ke angka 1 dalam seminit. Enzim-enzim yang membantu pembakaran lemak merudum sehingga 90%. Selepas tempoh 2 jam, kolesterol HDL (kolesterol baik) menghilang sehingga 20%. Selepas tempoh 24 jam, keberkesanan insulin di dalam tubuh menurun sebanyak 24% dan kebarangkalian menghidap penyakit kencing manis meningkat.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa mereka yang bekerja dengan duduk menghadapi risiko penyakit cardiovascular dua kali ganda berbanding mereka yang bekerja secara berdiri.


Habis tu, macamana? Takkan saya perlu berdiri untuk membuat laporan-laporan menggunakan komputer? Takkan saya perlu berdiri ketika menulis? Takkan perlu berdiri semasa makan? Sudah tentu mustahil berdiri semasa memandu?

Mungkin bagi sesetengah orang, duduk berjam-jam semasa bekerja di pejabat tidak dapat dielakkan, tetapi duduk extra time setelah balik bekerja itulah yang sering memerangkap kita. Sudahlah di pejabat kita duduk melebihi 5 jam, balik kerja duduk pula di dalam kereta melebihi sejam akibat kesesakan lalu-lintas dan apabila tiba di rumah duduk berjam-jam pula di hadapan TV.

Fakta yang agak menarik dan juga mungkin menakutkan ialah mereka yang duduk melebihi 3 jam sehari menonton TV adalah 64% lebih tinggi risikonya mengidap penyakit jantung berbanding mereka yang kurang daripada itu. Mereka yang duduk menonton TV melebihi 3 jam sehari dan bersenam, tahap lemak mereka sama sahaja berbanding mereka yang tidak bersenam. Setiap lebihan jam duduk di hadapan TV bersamaan 11% lebih tinggi risiko kematian.

Cadangan atau nasihat supaya kita bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari mungkin tidak mencukupi. Amalan terbaik ialah mencuba untuk bangun dari duduk seberapa kerap yang kita mampu.

Errr...Oleh itu, marilah kita sama-sama menonton TV, menonton siaran langsung Maharaja Lawak sambil berdiri...huhu.



Sekian.

3 Responses so far.

  1. org muo says:

    ohhh amat menakutkan... duduk berjam2 ni dah jadi rutin harian mengadap komputer.... kene ubah amalan x baik ni..tq info

  2. Oh! Tidak.... Sy duduk lebih drpd 7 jam pada hari bekerja... Huhuhuhhh

  3. aizamia3 says:

    di office masa lebih banyak duduk dari berdiri dan dalam aircond..
    balik kerja pun duduk sambil memandu dalam aircond jugak..
    sampai rumah, berehat pun duduk, mana ada berdiri.. masa tidur pun kurang..

    bersenam..? lebih banyak tak buat dari buat.. :(

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com