Thursday, June 9, 2011

Entry Malam Jumaat 18sx

2 comments
 
Salam...

Bila sebut malam Jumaat, ramai yang menguntum senyuman. Kenapa ek? Well, inilah malam yang kebanyakan kita memperbanyakkan amalan-amalan seperti membaca surah Yaasin, memperbanyakkan wirid dan zikir, memperbanyakkan salawat ke atas Rasulullah s.a.w., memperbanyakan solat-solat sunat...


Kenapa tersenyum?

Salah ke?

"Budak-budak pun tahu la, malam Jumaat adalah malam untuk suami isteri berkasih sayang."

Aik?? Habis tu, malam-malam lain dan hari siang, suami isteri tidak perlu berkasih sayang ke?


"Bukan macam tu..malam Jumaat adalah lebih afdal. Tapi kalau hendak hari-hari malam Jumaat pun apa salahnya..hahaha. Cuma...aku kalau malam Jumaat ni rasa tak berapa best sket..."

Kenapa bro? Oh, lupa pulak yang engkau tu belum bernikah lagi...hehe.

"Bukan la...aku malu.."

Malu?

"Jiran sebelah rumah aku tu baru kahwin. Mungkin masih begitu seronok melayari bahtera rumahtangga."

So?

"Aku faham la masa bersama suami isteri itu nikmat..tapi..tak boleh ke kawal sedikit suara tu. Janganlah kerana nikmat yang amat sangat, sampai semua jiran-jiran di sekeliling rumah hendak diberitahu. Belajarlah untuk ada sedikit perasaan malu."

Sudah!!

"Tu la tuh..seeloknya, buatlah di bilik yang bertutup dan kalis bunyi. Kalau tidak pun perlahankan sedikit volume suara tuh."

Ada engkau tegur jiran engkau tu?

"Malas lah..malu nak tegur."

Ke..engkau pun enjoy sekali dengar bunyi-bunyian tu?...huhu

"Cheh! Tapi...pernah jugak terfikir untuk kahwin cepat-cepat cuma aku belum bersedia lagi."

Hmmmm...habis tu, malam ni engkau nak buat apa bro?

"Aku nak pergi main badminton, lepas tu pergi lepak mengopi kat kedai mamak. Pukul 2 pagi nanti baru aku balik.."

Adoi ai! Kesian la pulak aku dengar. Lekas-lekaslah kahwin bro...

Semasa berhubungan suami isteri, bunyi-bunyian seperti keluhan, erangan dan dengusan nafas merupakan elemen-elemen yang akan membangkitkan ghairah pasangan. Cuma, biarlah berpada-pada ataupun buatlah di bilik yang kalis bunyi. Jika tidak ianya mungkin membangkitkan ghairah orang lain yang mendengarnya pula.. ish, ish, ish...



Sekian.

2 Responses so far.

  1. hahaha.. kalo rumah kayu agi laa..

  2. Unknown says:

    mlm jumaat baca Yasin..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com