Thursday, June 30, 2011

Berlagak Berani

5 comments
 
Salam...

Pagi-pagi lagi stress aku mendatang. Hati aku panas dan sakit. Fikiran aku membayangkan perkara yang bukan-bukan. Muka aku jadi masam mencuka. Mulut aku terkumat-kamit menyumpah sambil menggetap gigi.


Kenapa ek?

Semasa aku memandu menuju ke tempat kerja, di persimpangan jalan DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway) memasuki MRR2, sebuah kereta proton Satria GTi berwarna silver tetiba memotong aku secara berbahaya dari sebelah kiri. Langsung tidak menyalakan lampu isyarat atau memberi isyarat tangan, pemandunya main redah sahaja masuk ke lane aku.

Aku terkejut tetapi tidak panik dan sempat menekan pedal brake. Mujur juga kereta di belakang aku juga sempat membrek, jika tidak mungkin kemalangan berlaku.


Mamat yang memandu kereta Satria tersebut terus sahaja memecut sambil cilok-cilok walhal jalan MRR2 itu bukannya clear. Pagi-pagi begini sudah tentulah agak sesak dengan kenderaan bertali-arus. Beberapa buah kenderaan lain juga kelihatan membrek mengejut untuk memberi laluan kepadanya. Aku sempat melihat kelibat wajah mamat tu di cermin pandang belakang keretanya..nampak ketawa sahaja...

Ingin tahu juga siapa mamat tersebut. Kenapa tergesa-gesa hingga boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalanraya yang lain. Aku kejar kereta Satria tersebut dan apabila berada betul-betul di belakangnya, aku bunyikan hon kereta aku secara berterusan sambil beam lampu.

Aku lihat mamat tu membuka tingkap keretanya. Aku jangkakan mungkin dia ingin mengangkat tangan untuk meminta maaf. Malangnya, satu simbol lucah menggunakan "middle finger" pula yang ditunjukkan kepadaku.


Marah aku semakin meluap-luap. Aku kejar terus kereta Satria tersebut sehinggalah ke persimpangan PPRT exit menuju ke Taman Dagang. Dengan geram aku menekan pedal minyak dan berjaya memotongnya, lalu aku himpit ke kiri tanpa memberi ruang mamat tersebut untuk mengelak atau melarikan diri dan akhirnya terpaksa berhenti.

Bergegas aku keluar dari kereta dan berlari menuju ke kereta Satria tersebut. Aku ketuk cermin pintu bahagian pemandu dan menjerit menyuruh mamat tersebut keluar. Aku dah tidak peduli jika pada masa itu aku bergumpal bergaduh dengannya. Dia enggan untuk membuka tingkap dan berdiam diri. Aku masuk kembali ke kereta aku dan capai steering lock. Aku jerit lagi ke arah mamat tu dan jika dia tidak mahu keluar, aku akan pecahkan cermin keretanya.

Mamat tu keluar dari kereta. tangannya terketar-ketar. Aku lihat di sebelah tempat duduk penumpang hadapan ada seorang awek yang kelihatan pucat lesi.

Pada masa itu, hendak sahaja aku hentak tangan mamat tu yang begitu bangga menunjukkan isyarat lucah tadi. Belum sempat aku bertanya, dia cepat-cepat memohon maaf. Mukanya juga pucat, kata-katanya tidak berapa jelas kerana gugup dan takut...Cheh!! Penakut rupanya! Tadi bukan main lagi tunjuk berani dan bangga menunjukkan isyarat lucah pada aku!

Beberapa buah kenderaan lainnya turut berhenti di situ dan kebanyakan mereka adalah mangsa mamat tu juga yang memandu dengan berbahaya. Tiba-tiba sebuah kereta Nissan Sentra berhenti. Pemandunya keluar dan berlari ke arah mamat tu lalu menamparnya beberapa kali...Aku terkejut!

Rupa-rupanya, sebelum itu, mamat tu telah melanggar kereta Nissan Sentra tersebut dan dia cuba lari. No wonder, dia sanggup cilok-cilok dalam keadaan kesesakan lalu-lintas tadi.

Kemudiannya, selepas mengucapkan terima kasih kepada aku, pemandu kereta Nissan tersebut, memaksa mamat yang bawa Satria GTi itu untuk membuat laporan di Pejabat Polis Daerah yang jaraknya lebih kurang 2km dari situ. Aku lihat mereka diiringi beberapa buah kenderaan lain, mungkin mereka khuatir mamat Satria tersebut akan cuba melarikan diri lagi. Aku pula meneruskan perjalanan menuju ke tempat kerja dengan fikiran bercelaru.

Apa dah jadi pada aku? Kenapa aku marah sangat sampai jadi begitu? Sepanjang perjalanan aku beristighfar. Akhirnya, fikiran aku bulat untuk mengambil cuti hari ini.

Aku masih lagi terbayang wajah mamat Satria tersebut. Mungkinkah dia berlagak ganas, berani, macho dan hebat sebab ada awek yang duduk di sebelahnya, walhal, sebenarnya, hatinya kecut?

Malas untuk peningkan kepala, aku singgah di sebuah masjid untuk bersolat sunat. Since, aku telah mencutikan diri hari ini, elok juga aku bertenang dan perbanyakkan istighfar atas sifat pemarah aku yang tetiba di luar kawalan tadi hanya kerana sesuatu yang tidakpun memudaratkan aku.




Sekian.

5 Responses so far.

  1. "Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu Bang Long..Takpun itu menandakan BL masih muda lagi..Apa-apapun mamat tu memang patut diajar dari A-Z menyusah umat jer....."

  2. Salam Yusuflaili..ya, mungkin ada hikmah..tandanya aku masih ada kelemahan utk mengawal stress dan marah.

    Btw, address link (blog) engkau tu salah...blogspot i.o blogsport

  3. salam..

    kerana sikap mcm ni yg leh wat org len dlm bahaya..

    even kt telah berhati2..

    sy selalu kena mcm ni,tp time sy bawa motola..

    berlagak toi yg nek kenderaan besar+mewah..

  4. Salam Nuyui...Abg Long rasa bersalah kerana marah tetapi pada ms sama rasa perlu juga mencuit minda orang yg takda rasa peri kemanusiaan dan hilang akal semasa memandu...

  5. kadang-kadang kita perlu bersikap extraordinary untuk situasi yang memerlukannya..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com