Thursday, June 16, 2011

Jabatan Tanpa Pelan Pengurusan?

0 comments
 
Salam...

Aku terpanggil untuk mencoret entry ini setelah berbual-bual dengan seorang rakan yang bekerja dengan sebuah syarikat multi-nasional. Menurut rakanku itu, beliau telah membaca entry aku yang bertajuk Pelan Pengurusan dan mengakui bahawa Jabatan beliau langsung tidak mempunyai Pelan pengurusan hinggakan timbul bermacam-macam masalah khasnya di dalam mencari hala-tuju bagi mencapai matlamat utama syarikat.

"GM kami tu cuma fokus kepada sesuatu yang tidak berkaitan dengan Jabatan kami. Manakala Jabatan kami pula semakin kucar-kacir pengurusannya."

Apa yang dia fokuskan?

"Kalau yang berkaitan dengan golf, memang dialah yang akan bersusah-payah. Hal-hal pengurusan Jabatan langsung tidak diendahkan."


Oh...habis tu, apa yang awak semua buat?

"Kami cuma buat apa yang kami fikirkan betul dan sesuai berdasarkan Job Description kami sahaja. Bab-bab pengurusan khasnya di dalam soal-soal Strategic Planning, kami kurang arif. Itupun, kadang-kadang kami terpaksa juga menyediakan report berkenaan Strategic Planning apabila di minta oleh Pengurusan Atasan syarikat. GM menyerahkannya kepada kami bulat-bulat untuk membuatnya sebab dia sibuk dengan perkara lain. Jadi, faham-fahamlah jika yang membuatnya tidak arif tentang itu, sudah tentulah banyak silapnya dan yang kena marah, kami jugalah..."

Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya awak ada peluang belajar membuat Strategic Planning untuk Jabatan awak tu.

"Kami ada tugasan kami juga bang. Kami sibuk dengan hal-hal operasi. Lagipun, Pelan Pengurusan sepatutnya dibuat oleh Ketua Jabatan dan kami hanya sekadar membantu mana yang patut."

Tak pernah mengadu kepada HR atau Pengurusan Atasan?

"Ada juga dan jawapan mereka ialah,...bos awak tu memang salah seorang bos yang dilabel sebagai unperforming staff. Kita tunggu sahaja new structure nanti. Dia pasti akan dikeluarkan dari situ... Masalahnya, dah hampir 2 tahun, new structure yang dicanangkan tak pernah wujud!"

Laaa...


"Tu la tuh..sebab itu kami semua makan hati..."

Eh? Cukup baik la tu makan hati. Tu, orang sebelah tu, hari-hari makan tulang buat sup!

"Apa la abang ni. Orang serious dia buat lawak pulak."

Hehehe...sorry. Just nak kurangkan sedikit stress yang wujud. Ada kemungkinan GM awak tu tidak tahu untuk membuat Pelan Pengurusan ataupun Strategic Planning. Jadi, sekarang ini, apa yang awak semua hendak buat?

"Kami pun terfikir macam tu jugak bang. Kami ada bagi address blog Abang Long Online tu untuk dia baca mana-mana entry yang berkaitan, khasnya di dalam soal-soal pengurusan. Pernah jugak semasa meeting dia mentioned something yang dia dapat dari blog abang tu. Saya tahulah sebab saya pun baca jugak."

Kalau dia baca blog tu dan dapat manafaat, syukur alhamdulillah. Jangan pulak dia cuma baca entry-entry sensasi atau entry-entry berbentuk lawak sahaja sudahlah.

"Harap-harap macam tu lah bang. Kami risau jugak sebab kalau performance dia tak bagus, secara automatik markah KPI kami juga senang kena moderate walaupun kami bekerja bersungguh-sungguh."

Saya faham. Setiap Jabatan juga ada PMS masing-masing.

Apa kata kalau awak, rakan-rakan seJabatan awak serta GM awak tu duduk semeja dan berbincang tentang Strategic Planning untuk Jabatan awak tu. Dapatkan kata sepakat dan selepas itu terjemahkannya secara hitam putih dan formal. Seeloknya start dengan brainstorming untuk mendapatkan idea-idea dahulu. Jangan fikir itu kerja GM awak sahaja. Buatlah secara bersama-sama dan dengan sepantas yang mungkin.

Saya rasa ini bukan lagi masanya untuk menuding jari atau mencari kesalahan orang lain termasuklah GM awak itu. Fokus kepada menyelesaikan masalah untuk kebaikan bersama.

Dan saya ingin reiterate bahawa Pelan Pengurusan adalah sesuatu yang teramat penting untuk Jabatan awak. So, jangan berlengah untuk menyiapkannya. Dengan adanya pelan tersebut jabatan awak sepatutnya sudah boleh mengandaikan berapakah kos-kos operasi yang bakal ditanggung, jumlah staff yang perlu ada untuk kesemua tugasan yang ada, tugasan-tugasan yang baru yang mungkin wujud serta jumlah staff baru yang mungkin diperlukan untuk menampung sebarang kekurangan.

"Terima kasih bang. Nanti saya cadangkan kepada GM dan rakan-rakan saya yang lain."

Sama-sama dan saya harap ianya bukan sekadar menjadi cadangan. Make it happen.




Sekian.
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com