Tuesday, June 7, 2011

Aku Tak Tahan Geli Diurut

5 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja selesai diurut untuk memulihkan kesakitan kepala lututku ini. Masa diurut tadi, aku macam cacing kepanasan, menggeliat sana menggigil sini (errr...ada ke gitu?). Menahan sakit bercampur kegelian yang melampau dan aku pula bukan jenis orang yang tahan diurut. Mujurlah si tukang urut itu tidak tersepak kakiku yang menggelupur..hehe.


Sedari kecil, aku memang tidak tahan apabila diurut. Samada sakit dan lebih-lebih lagi jika geliiiiiii.

Aku pelik dan jealous bila melihat ramai rakan-rakanku yang seolah-olah tiada merasa apa-apa semasa diurut.

Kenapa aku begini? Kenapa aku tidak tahan (geli)?

Ada orang kata, kalau penggeli itu tandanya sayangkan bini. Aku memanglah sayangkan bini aku sekarang ini tetapi bukan hanya sekarang aku tidak tahan geli bila diurut. Masa aku bujang, aku geli juga, so, aku sayang kepada siapa pulak masa tu?

Kawasan yang paling aku tidak tertahan kegelian bila diurut ialah bahagian atas lutut (paha hingga ke pangkal paha), kiri dan kanan belakang menghampiri tepi khasnya yang berhampiran ketiak, perut menuju ke dada, bahagian hadapan tengkuk dan pangkal dagu, bawah lengan menuju ke ketiak dan tut tut tut...

Sekarang ini, lutut aku sakit (sedikit salah urat) dan perlu diurut. Masalahnya, urat-urat yang perlu diperbetulkan menjalar dari hadapan betis, kepala lutut, belakang betis dan bahagian hadapan dan belakang paha hingga hampir ke pangkalnya...adoi ai.

Selepas selesai diurut tadi aku menarik nafas yang terlalu lega tetapi mata aku bulat bila tukang urut itu berkata,

"Itu baru permulaan. Kena urut sampai 3 kali baru boleh pulih sepenuhnya. Banyak sangat urat yang bersimpul."

Dan...tidak semena-mena, kelegaan aku hilang...ish, ish, ish...

Apakah kaedah atau cara untuk mengurangkan rasa geli semasa diurut?

Tidak bolehkah si tukang urut itu mengurut aku tanpa menimbulkan rasa geli?

Worst come to worst, bolehkah aku dibius semasa diurut?

Tolonglahhhh...aku betul-betul tidak tahan manakala lutut aku pula masih sakit dan mesti diurut!

Tolonglah bagi aku petua...pleaseeeeee..



Sekian.

5 Responses so far.

  1. xpa2.. org kata, kalau geli itu maknanya subur.. HAHA


    MySuaraBlog: Jom tonton KONGSI kat sini!!!

  2. owh,tidak tahu mau bg petua ape.. =)

  3. ozzy says:

    Assalam..

    Ada 2 jenis urut..geli bila diurut atau urut geli-geli hehe..kalau urut sakit atau urut 1 badan biasanya kita akan sakit bukan geli..pelik gak ni sebab saya selalu juga urut 1 badan.

    p/s-aku baru lepas pergi urut minggu lepas.

  4. Salam Zwan Sabri..engkau biar betul? Org mane lak yg kata camtu tu?

    Salam Nuyui..nak petua menahan geli jer...

    Salam Ozzy..aku kalau setakat sakit boleh lagi gigit bantal utk menahan, kalau geli, menggelupur 1 badan. Aku memang xtahan geli. Tu yg aku jeles bila tengok kengkawan selalu pergi berurut

  5. tashee says:

    about his YSL Dolabuy you could try these out Celine Dolabuy discover this Dior Dolabuy

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com