Aku telah didatangi oleh salah seorang kakitanganku yang agak becok juga mulutnya membawakan cerita yang agak sensasi. Sebenarnya aku agak malas juga untuk mempercayai kata-katanya 100% kerana dia, aku ibaratkan seperti CNN yang membawa berita-berita terkini syarikat tetapi bermodelkan cerita-cerita di atas cerita-cerita orang lain. Dalam kata lain, dia suka menyampaikan cerita-cerita orang lain yang kadangkalanya tidak benar dan dia pula memang suka exaggerating (menambah-nambah perencah). Banyak juga ceritanya yang sering menjojolkan mataku dan agak panas-panazzzzzzz...
Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada anda semua kerana beberapa hari ini, aku amat kurang sekali blogwalking. Broadband aku yang telah exceed limit dan kesibukanku menyiapkan kertas kerja tentang Change Management membuatkan masa untuk aku blogwalking agak terbatas. Walaupun demikian, aku release juga entry-entry yang telah ada di dalam que supaya anda semua tidak boring untuk singgah dan membaca entry-entry baru. Aku juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat melawat kembali blog-blog anda secepat yang anda harapkan tetapi aku berjanji akan melawatnya juga nanti.
"Encik wan, Big Bos kita tu rupanya kaki perempuan!"
Eh? Bila pulak Big Bos buat pembedahan tukar kaki? Aku sebenarnya malas hendak melayan, sebab itu aku sengaja bertanyakan soalan yang mengarut seperti itu...hehe.
"Apalah Encik Wan ni. Big Bos kita tu kaki betina la..!"
Laaa...mana satu yang betul ni? Kaki perempuan atau kaki betina? Dah takde kaki manusia lagi ke nak guna sampai sanggup tukar ke kaki binatang?
"Big Bos gila seks laaa!"
Oh..ye ke?...ish, ish, ish
"Semalam, saya berjumpa dengan kawan lama yang bekerja di Law Firm. Dia cakap dia kenal dengan Big Bos. Biasanya kalau Law Firm tu mintak business, Big Bos akan bagi syarat-syarat termasuklah mintak GRO untuk temankan dia."
GRO tu amende pulak?
"Pegawai Perhubungan Pelanggan la, takkan Encik Wan tak tahu?"
Eh? Biasalah tu kan? Mungkin Big Bos perlukan lebih info tentang project yang hendak diberi. Bila ada pegawai dari syarikat bersama-sama, senanglah dia sedikit. Syarikat kita ni pun ada juga GRO. Encik Azmi tu bukan sahaja GRO tetapi juga Pegawai Bahagian Pemasaran."
"Bukan GRO tu. Ayam laa."
Ayam?
"Alah Encik Wan ni. Bukan Pegawai yang tu tapi GRO perempuan yang macam Call Girl tu la."
Gambar hiasan
Eh awak ni..tak baik tuduh Big Bos macam tu. Takkan dia suka perempuan-perempuan pelacur macam tu? Dia kan dah berumur dan ada bini dan anak-anak.
"Habis tu, kalau bini dah tak comel lagi. Tentu dia cari yang lain yang cun-cun. Lagi pula free. Siapa yang tak nak?"
Awak ada bukti ke? Ada awak nampak Big Bos keluar dengan GRO-GRO tu?
"Nampak tu tidak la..tapi kawan saya tu cerita, Big Bos selalu mintak perempuan untuk temankan dia di hotel-hotel."
Tak baik menuduh orang lain melakukan zina. Berdosa besar tau.
"Tapi itu yang diceritakan pada saya."
Kalau tiada bukti yang kukuh, jangan sesekali hendak menuduh Big Bos macam tu. Kalau itu sekadar cerita, biarkan ia sekadar menjadi cerita. Janganlah dipanjang-panjangkan atau disampaikan kepada orang lain. Itu sama juga hukumnya dengan memfitnah. Berdosa tu.
"Sudahlah Encik Wan. asyik-asyik dosa. Jangan-jangan Encik Wan ni pun sama macam Big Bos tu yang kaki perempuan juga!"
Awak ada bukti? Ada awak nampak? Ada sesiapa cerita? Cer citer cer citer...
Soalan-soalan dan statement aku yang terakhir itu membuatkan walking CNN itu berlalu dengan muka masam dan muncung panjang sedepa...hehe.
Memang tidak dinafikan terdapat segelintir orang yang berjawatan yang pantang melihat perempuan berdahi licin, malah memang terdapat juga yang gemar berpeleseran dengan perempuan-perempuan GRO tetapi aku rasakan bahawa aku tidak patut untuk masuk campur hal-hal peribadi mereka itu. Jika aku kenal mereka sekalipun, apa yang boleh aku buat ialah memberi nasihat setakat yang aku mampu dan mengelakkan perselisihan faham akibat dari nasihat aku itu. Itupun jika aku benar-benar pasti akan kesahihan cerita atau jika mereka bercerita dengan aku secara terus terang.
Aku tidak suka mendengar cerita yang digembar-gemburkan apatah lagi jika cerita tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Aku juga tidak berapa suka staff-staff aku yang suka membawa mulut menjaja keburukan orang lain sedangkan mereka sendiri ada keburukan masing-masing.
Adalah lebih baik jika mereka hanya fokus kepada melakukan tugasan mereka dengan baik dan sempurna tanpa diganggu-gugat oleh perasaan membenci orang lain. Mungkin masa kelapangan yang mereka miliki itu lebih baik digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah dari membuat fitnah atau mengumpat atau mensensasikan cerita-cerita yang tidak tahu akan kesahihannya.
Sekian.
elakkan fitnah...!
memang bz body betul tu...calon CNN...hehee
Assalam..
Memang ramai jenis mcm tu..suka sangat bawa/sebar cerita.