Saturday, June 4, 2011

Aku Gila Seks?

6 comments
 
Salam...

Entah mengapa, malam ni mata aku buntang semacam. Kebiasaannya, pada waktu begini, aku telahpun beradu (tidur) dengan lenanya. Siang tadi aku tidak pula tidur. Petang pula aku bersenam, cuma tidaklah terlalu mengerah tenaga dan oleh itu, sepatutnya, aku mudah untuk tidur.

Untuk cuba memengantukkan diri, aku cuba membaca surat khabar tetapi masih tidak berjaya. Akhirnya, aku buka lappy aku dan ada kemungkinan aku tidak tidur sampai ke subuh...adoi ai!!

Aku buka e-mail dan terbaca satu e-mail yang dihantar oleh peminat yang tidak diundang. E-mail yang pada mulanya amat memeranjatkan aku terutamanya selepas aku membaca tajuknya iaitu "Abang Long Gila Seks!". Ternganga mulut aku membaca tajuknya!


Aku teruskan membaca isikandung e-mail tersebut dan tersenyummmmmmm....

Si pengirim e-mail mengutuk aku kerana berani memaparkan gambar panas Luna dan Ariel di blog aku ini. Macam-macam lagi bahasa yang ditulisnya tetapi aku tidak sanggup untuk memaparkannya di sini.

Si pengirim e-mail itu merujuk kepada satu entry lama aku di SINI....

Aku terima sahaja kutukan dan makian si pengirim e-mail tersebut dengan hati yang terbuka.

Bukan apa..aku dipertontonkan akan kebodohannya yang sudi menghantar e-mail berkenaan tanpa melihat entry aku itu sepenuhnya.

Tidak mengapalah...oleh kerana aku tidak boleh tidur lagi, elok juga aku solat sunat hajjat dan solat taubat.



Sekian.

6 Responses so far.

  1. qamarguyz says:

    salam ziarah..
    hehe..macam2 la orang kita nie..
    tajuknya mungkin tak kena, tapi isinya sy tak tahu..
    myb bagus buat renungan semua

  2. hehe...tu la pasal...tuduhan melulu di situ...

  3. Salam Qamarguys dan Puteraduyong..thanx sudi komen. Adakalanya gelihati dan adakalanya tension juga coz ada orang yang suka buat conclusion sendiri tanpa memeriksa lebih lanjut..

  4. Unknown says:

    biasalah manusia..kdg2 dia baca tajuk je tnpa baca isinya so jadilah mcmtu..

  5. adoi la..ntah pape jg org tue bro..sabo je la..

  6. Salam Tiefazatie..tu la..ingatkan nak buat lawak..jadi haru coz ada org suka jump to conclusion dan suka judge book by its cover

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com