Thursday, June 2, 2011

Bad Tax Payor?

8 comments
 
Salam...

Sakit hati! Susah hati! Kecewa! Marah! Sedih! Semuanya adalah negatif dan "Energy Suckers" tetapi itulah yang bersarang di dada aku sekarang ini...


Aku baru sahaja menerima surat dari LHDN mengatakan tiada lebihan kredit di dalam akaun cukai aku sedangkan semasa aku mengisi dan menghantar borang cukai pendapatan melalui e-Filing, jumlah yang dipaparkan menunjukkan aku telah terlebih bayar sebanyak RM1,600.

Setelah aku membuat semakan dengan pejabat LHDN di Wangsa Maju melalui telefon dan pergi ke kaunter LHDN di sana, aku telah diberitahu bahawa bayaran cukai aku tidak diremitkan selama beberapa bulan (7 bulan)! Adoi ai...

Kenapalah ini boleh berlaku?

Aku tidak faham. Gaji aku telah dipotong setiap bulan untuk PCB (potongan cukai berjadual) tetapi jumlah yang dipotong tersebut tidak diremitkan (dibayar) kepada LHDN.

Yang membuatkan perasaan-perasaan negatif dan "Energy Suckers" itu wujud adalah kerana aku yang dipersalahkan di atas kekhilafan atau perbuatan yang disengajakan oleh syarikat di mana aku telah bekerja sebelum ini.

Itu semua bukanlah salah aku!

Bila aku bersuara, aku pula yang dikata "Bad Mouth"! Bila berdiam, ini pula yang aku terima.

Sekarang ini, terpaksalah aku membuat satu laporan bertulis mengadu kepada LHDN dan membuktikan bahawa gaji aku sememangnya telah dipotong untuk PCB tetapi tidak diremitkan oleh syarikat.

Bukankah itu menyusahkan pekerja seperti aku ini? Itu juga setaraf dengan menganiaya!!!

Ke manakah hilangnya nilai-nilai tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh syarikat?



Sekian.

8 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Kasi "report" la kompeni ko tu kat kementerian atau pej buruh....

  2. Salam Yastro...thanx sudi komen. Tengah siapkan report dan bukti2 untuk membuat aduan rasmi ke LHDN. Ada kemungkinan sykt tu akan dikenakan kompoun.

  3. Unknown says:

    xleh bia...bukan 1.60 tp 1600 tue...kite kene tuntut hak kite..!!

  4. Salam Kazen..thanx sudi komen. RM1600 tu yg aku terlebih bayar kat LHDN tp jumlah yang diorg dah potong dr gaji aku lg bnyk dan sepatutnya dah diremitkan ke LHDN. Takut tak pasal2 aku pulak yg kena bayar walhal gaji aku dah dipotong

  5. abglan says:

    HuiyoooO byknye... alamak' tak penah isi borang cukai nie lah, sbb bini tak buat.. saya pun tak buat.. ke ek ek

  6. ika ni lom bekerja lagi so x berapa nak fahamla tentang cukai2 ni.. tp harap abang long dapat settlekan masalah ni secepat mungkin k ^_^

  7. salam... dun worry.. pasti ada jalan penyelesaian...

  8. Salam Abg Lan...aik! Lain mcm bunyinya tuh..hehe

    Salam Ieqa Swetluv..nanti bila dah keje dan gaji leh dicukai, kena la belajar camner nak settle hal2 cam ni..

    Salam Naturalbeauty...jalan penyelesaiannya ialah membuat aduan secara rasmi ke LHDN dan bawa mereka ke muka pengadilan

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com