Wednesday, June 22, 2011

Aku Terkena!

13 comments
 
Salam...

Semasa mencoret entry ini malam tadi, aku di dalam keadaan tersenyum dan tertawa sambil menahan sakit belakang. Sudah lama aku tidak bergurau senda dengan anakku yang kecik tu. Mungkin dia bosan melihat aku yang sibuk menulis sambil berkerut-kerut dahi, dia berbuat sesuatu yang aku tak sangka-sangka. Dia kenakan aku!


Mula-mula dia datang menghampiri aku sambil membawa sekeping kertas yang tertulis sepotong ayat yang aku jangkakan ditulisnya sendiri. Biasalah, tulisan budak darjah satu, agak kurang kemas sedikit.

Ayat yang dia tulis...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA


"Abah, cuba baca ni..."

Aku pun membaca ayat tersebut seperti yang dipinta. Di dalam hati aku, mungkinkah dia sudah rindu kepada datuk dan neneknya di kampung sebab sudah lama juga aku tidak membawanya ke sana.

"Cuba abah buang perkataan SAYA yang mula-mula tu, lepas tu abah baca..."

Ayat tersebut menjadi begini setelah aku buang perkataan "SAYA"yang awal tu...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA

Aku membacanya lagi..

"Cuba abah buang perkataan PERGI lepas tu baca..."

Ayat tersebut menjadi semakin pendek...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA



Aku membacanya semula. Semakin sayu perasaan aku sebab terfikir bahawa anakku itu memang sedang rindukan datuk dan neneknya di kampung...

"Abah buang lak perkataan HENDAK dengan RUMAH..."

Ayat tersebut menjadi begini pula...


SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA


"Abah baca la kuat-kuat sikit..."

Ok..dan aku membacanya dengan agak kuat..

"Sekarang abah buang pulak huruf DA, lepas tu baca kuat-kuat..."

Akupun, tanpa berfikir panjang, potong huruf DA tersebut dan baca baki ayat tersebut dengan kuat!

Tetiba, belakang aku dipukul dengan agak kuat! Rasa cam berbirat. Apa taknya, anakku itu memukul belakangku dengan sarung bantal kusyen yang boleh tahan juga kerasnya...adehhh!!


Rupa-rupanya ayat tersebut menjadi begini selepas aku buang huruf DA...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA 


Ini yang lagi jelas...



KETUK SAYA



Adoi ai!! Dia lari mencecet. Akupun kejar dan bila dah dapat habis lunyai dia aku geletek...


Hilang tension aku akibat terlalu lama menulis sebelum itu...ish, ish, ish...Terkena aku!



Sekian.

13 Responses so far.

  1. Wahh... Hebat.. dari mana anak dpt idea ni?... LMC nak cuba kenakan org lepas ni.. ^^

  2. ozzy says:

    budak2 sekarang memang bijak hehe

  3. Unknown says:

    ehehee....senyum sorang sorang baca entry nih...

  4. munna says:

    wah...nakalnya dia...terkono abah dia buat....

  5. Salam Mish Apple, LennMommaChubby, Ozzy, Siti Farah dan Munna...thanx sudi singgah dan bagi komen.. bagus gak dia buat gitu, at least hilang stress sibuk menulis. Tak tau dari mana dia belajar benda tu. Saya pulak memang tgh fikir serius dan tak sangka dia nak bergurau...huhu

  6. mizah says:

    adehh..pandai dia kenakan abahnya...hehehhehe

  7. Salam Ramizah...dia nak bermanja tu coz sebelum ni saya sibuk dgn kertas kerja pengurusan..mungkin tu cara dia suruh saya bg lebih masa kat dia..hmmm

  8. beselah kanak2..nak perhatian..

    comel ank abg long..

  9. Salam Nuyui...thanx..memang comel, cam abah dia gak..hehe..yg bongsu tu memang agak manja. Lately, Abg Long agak sibuk, so, kurang sket bagi tumpuan kat dia. Tu yg buat dia cuba tarik perhatian..

  10. Jahirah says:

    salam...
    tersenyum baca entry ni...budak2 skang bijak blake...:)

  11. assalam...
    hahahaha.. menceriakan pagi sy baca entry ni.. :-)

  12. aizamia3 says:

    hahaha.. kelakar..
    satu ayat yang simple tapi hasilnya.. hahaha...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com