Friday, July 1, 2011

Hospital Mahal Layanan Kureng

10 comments
 
Salam...

Jika anda sakit, Hospital manakah yang menjadi pilihan anda? Hospital Kerajaan? Hospital Swasta? Hospital Pakar Kerajaan? Hospital Pakar Swasta? Klinik biasa jer? Langsung tak nak pergi klinik atau Hospital dan pergi jumpa bomoh jer? Duduk kat rumah jer sebab mak ada untuk jaga?


Well, semuanya pilihan anda.

"Saya prefer Hospital Swasta. Layanan lagi bagus berbanding Hospital Kerajaan."

Betulkah begitu?

"Mestilah. Takkan bayar mahal-mahal, layanan macam kat Hospital Kerajaan yang cuma perlu bayar RM15 tu?"

Pernah pergi Hospital Kerajaan?

"Tak pernah. All the while cuma pergi Hospital Swasta jer."

Habis tu, macamana boleh tahu perbezaan layanan di antara kedua-dua jenis Hospital tersebut?

"Dengar orang cerita. Dengar pengalaman mereka yang pernah dirawat di sana. Yang abang kecoh-kecoh pasal Hospital ni kenapa?"

Saje jer nak buat perbandingan. Pergi Hospital kerajaan bayarannya teramat murah berbanding Hospital swasta. Contohnya, bagi ibu-ibu yang ingin bersalin, di Hospital kerajaan mungkin hanya perlu membayar RM15 berbanding Hospital swasta yang mungkin mencecah angka RM2,000 untuk bersalin secara normal. Yang pasti, sakit semasa bersalin tetap juga sama.

"Layanan pihak Hospital yang membezakan. Tak kisah untuk bayar lebih asalkan layanan yang diterima lagi baik. Kalau di Hospital kerajaan, layanan agak kurang sebab pesakit yang terlalu ramai."

Semalam, abang pergi sebuah Hospital swasta yang famous di Ampang melawat seorang kawan yang baru menjalani pembedahan. Bila lihat bill, mak ai! RM8,000!

Cuma, ada sesuatu yang abang tak berapa berkenan.

"Apa tu?"

Doktor dah bagi pelepasan untuk balik (discharge) pada pukul 10 pagi, tetapi kawan abang tu cuma boleh keluar pukul 4.30 petang! Lebih 6 jam menunggu di wad sebelum dapat keluar.

Bila tanya nurse, ini jawapan dia...

"Biasalah encik, doktor melawat kawan encik pukul 10 pagi. Lepas tu pergi pula melawat pesakit-pesakit lain. Kesemua borang-borang discharge akan dikumpul dahulu dan hanya akan dihantar ke bahagian Finance selepas waktu rehat (tengahari). Bahagian Finance akan buat semakan dan siapkan invoice untuk disahkan oleh pesakit-pesakit. Pesakit-pesakit perlu membuat bayaran sebelum borang discharge dikeluarkan dan disahkan. Bahagian farmasi akan menyediakan ubat-ubat yang diperlukan berdasarkan prescription doktor, borang discharge dan resit bayaran. Selepas itu, nurse akan berikan kepada pesakit dan barulah mereka dibenarkan keluar dari wad."

Nampak macam complicated jer process dan procedures Hospital tu.

"Biasalah tu bang. Memang procedure Hospital macam tu."

Yang paling abang ralat dan tak puas hati ialah kawan abang tu baru menjalani pembedahan yang agak kritikal. Sepatutnya, dia perlu banyak berehat dan mengurangkan pergerakan. Tetapi, oleh kerana procedure yang terlalu ketat, dia terpaksa pergi ke bahagian Finance untuk membuat pengesahan dan bayaran sebelum dibenarkan untuk discharge. Kalau bahagian Finance tu bersebelahan wad dia takpe juga, ini tidak, dia kena turun naik lif dan perlu berjalan. Nasib baik tidak perlu turun naik tangga.

Bila tanya nurse, senang jer jawapan mereka...maaf encik, itu procedure.

"Ye ke bang?"

Ye. So, bagi abang, kalau dah bayar mahal-mahal sampai RM8,000, apa salahnya orang di bahagian Finance itu sendiri datang ke wad kawan abang tu dan meminta pengesahan atau menuntut bayaran? Kenapa perlu memaksa orang yang sedang sakit bersusah payah berjalan ke bahagian Finance untuk berurusan dan kemudiannya kembali semula ke wad untuk menunggu. Tiada seorang nurse pun yang membantu dia.

Setahu abang, di hospital kerajaan yang hanya perlu bayar beberapa ringgit tu, segalanya diuruskan oleh pihak hospital tanpa memaksa si pesakit untuk menyiksa diri.

"Abang ada buat aduan ke?"

Abang tak jumpa pula borang aduan atau borang survey di dalam wad. Abang tak nampak borang yang sama di kaunter nurse. So, abang sergah mereka di kaunter tu juga. Selepas itu barulah mereka kelam kabut menyegerakan urusan discharge. Manakala kawan abang tu pula asyik mengerang kesakitan kerana dipaksa berurusan sendiri di bahagian Finance sebelum itu.

"Kesiannya dia..."

So, berbaloikah bayar mahal-mahal mengharapkan servis yang baik-baik dari sebuah Hospital swasta tetapi dilayan seolah-olah lebih teruk daripada layanan yang diterima dari Hospital kerajaan yang teramat murah dan dikatakan memberikan layanan yang kurang bagus?



Sekian.

10 Responses so far.

  1. Jebon says:

    Salam Long...aku perasan dua tiga hari ni engkau asyik nak marah2 je, kenapa?????

  2. lain org lain citarsa n pndptnya kan..

  3. admin says:

    org byk duit leh la pergi swasta..
    org mcm SK nie,org biasa jer,hospital kerajaan jer mampu..
    heheheheh..

  4. Unknown says:

    ok jijah nurse hospital kerajaan..

    nak kata layanan hos kerjaan kureng tu tak la benar! kami mmg sebuk lebih2 lagi pesakit ramai. 3 nurse je 1 wad. kalau nak jg pesakit 30 org dalam wad adakah kami mampu?? bukan layanan kurang cuma masa yg bkualiti utk satu2 nurse kpd pesakit tu tak sempat dgn pesakit mcm2 kerenah.


    mmg la g hosp swasta layanan tiptop! sbb korg bayar beriban! jadi servis mmg la tiptop. janji duit ade!

    bab byr duit lps disharge. mmg hosp kerajaan akan uruskan orgnya ke finance.pesakit mmg tak perlu bjalan sendiri! balik pon kalau pesakit tak larat pon kami akan gunakan wheelchair..


    harap maklum :)

  5. Salam Jebon, Nuyui, Shah dan Cik Azizah, thanx sudi komen.. Sebenarnya entry ini bukan menghentam hospital kerajaan. Tanggapan bahawa layanan kurang baik oleh hospital kerajaan juga terlalu subjektif. Biasalah, bila ramai pesakit bermacam ragam dan karenah yg timbul termasuklah komplen2. Abg Long mencoret entry ini utk menegur kakitangan sebuah hospital swasta yg secara jelas bersikap bertentangan dgn polisi yg kononnya komited untuk memberikan servis terbaik kpd para pesakit.

    Pesakit yg membayar harga yg mahal sudah tentulah mengharapkan layanan yg terbaik tetapi apa yg berlaku semalam adalah sebaliknya.

  6. tak jugak abg long..ari tuh pegi hospital kerajaan..mesra je diorang layan pesakit... :)

  7. Salam Anyys...susah coz tanggapan orang bermacam2..Saya percaya kebanyakan hospital kerajaan pun telah mencuba sedaya upaya utk memperbaiki mutu perkhidmatan.

  8. setakat ini hanya pergi ke hospital kerajaan saja lah. kalau nak cakap pasal layanan tidak berapa tahu nak cerita sebab saya tidak pernah kena tahan di wad. kalau setakat jumpa doktor sebab selsema, layanan memang ok juga lah.
    tapi kakak pernah cerita, layanan hospital swasta memang baik dan jauh beza dengan hospital kerajaan..

  9. qamarguyz says:

    salam ziarah..
    pilih hospital swasta jika betul-betul perlu aje..
    esp bila nak claim insurance..hehE

  10. Assalamualaikum abng long...
    Saya biasanya memilih hospital krjaan...stakat ni tak de masalah..layanan mmng ok.....

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com