Monday, July 11, 2011

Iklan Mengurut Atau Melacur?

8 comments
 
Salam...

Aku rasa, anda semua mungkin telah melihat, telah membaca atau mungkin ada juga yang telah menghubungi iklan-iklan berkenaan servis mengurut yang banyak ditampal di merata-rata tempat termasuklah di traffic light.


Adakah iklan-iklan tersebut benar-benar iklan servis mengurut seperti yang yang dipaparkan?

Aku terpanggil untuk buat entry ini sebab ada satu iklan sebegitu telah diletakkan di pokok mangga di hadapan rumahku.

Apabila aku telefon, seorang berbangsa Cina menjawab dan bertanya.. "Encik mahu Melayu ka, Cina ka, India ka, Thailand atau orang putih?". Apabila aku bertanya Melayu?, dia menambah.. "Encik mahu Malaysia punya ka atau Indon?"

Apabila aku bertanya lebih lanjut, ini servis urut macamana, dia menjawab... "Ini urut manyak sedap punya. Amoi semua muda-muda dan cantek-cantek. Gerenti tak ada penyakit punya. Dua jam saya kasi sama lu RM300 saja."


Aku terus meletak telefon.

Memang sah! Bukan menawarkan servis urut biasa tetapi lebih kepada servis Call Girl atau perkhidmatan pelacuran!

Gambar hiasan dipetik dari www.globalpost.com

Apa yang aku pelik, kenapa mereka begitu daring dan berani untuk mengiklankan servis sedemikian di merata-rata tempat.dan lebih piss off lagi bila iklan sedemikian ditampal di dahan pokok mangga di hadapan rumah aku. Nombor telefon yang dipaparkan juga aktif (bukan tipu), malah, apabila aku menelefon, dengan senang hati dia bercerita tanpa mengetahui atau ingin tahu siapa aku.

Mujur jugalah iklan itu tidak ditampal di pintu pagar ataupun pintu rumah aku dan aku juga berharap tiada iklan sebegitu dilekatkan di badan kereta aku.




Sekian.

8 Responses so far.

  1. kerana segelintir org2 yg mcm tu, kita pengurut turun temurun terkena tempias nya, ramai yang call nak mintak servis pelik2 ngan saye, saya tukang urut saya tau lah mcm ne ngadap call2 dan sms yg bertanyakan servis2 pelik ni,.

  2. Jahirah says:

    agresif betol la cara diaorg cari customer....melampau sampai tampal kat tmpt2 terbuka iklan yg kdg2 disalah erti...

  3. Yang mengurut tu urut betul-betul ye...jangan urut tempat2 terlarang pulak...

  4. Salam Mcm ni lah, Cik Aisha dan Zures..thanx sudi komen. Kalau iklan servis urut yg betul memang ramai gak orang cari tapi yg ni servis call girl bertopengkan urut. Telalu banyak iklan camni berlawan2 dengan iklan along ceti..

  5. aizamia3 says:

    semakin berani dorang..
    kalaulah anak2 muda yang amik no tel. tu ntah apa akan jadi.. :(

  6. makin berani dan makin galak mencari mangsa..
    inilah kalau mahu duit cepat dan haram..

    abanglong, napa x report pada pihak berwajib?

  7. Salam Aizamia3 dan Kay Masingan, thanx sudi komen. Pada mereka, itu taktik pengiklanan paling mudah, tak perlu bayar apa2..banyak iklan macam tu ditampal kat signboard, traffic lights, tembok2 dll. Kalau masuk yellow pages kena bayar. Nak buat aduan pun rasa mcm takda guna coz takda tindakan dari PBT. By right, tak perlu report coz terlalu banyak iklan2 mcm tu tapi so far PBT sonyap jer...

  8. theysee says:

    replica bags hermes hermes replica handbags r6h93q6f40 replica bags from china find here e4c51r4m66 cheap designer bags replica replica bags us Full Report j1e94a5j61 fake louis vuitton 9a replica bags

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com