Tuesday, July 5, 2011

Berhati-hati Di Jalan Raya?

2 comments
 
Salam...

Seringkali kita dinasihati untuk berhati-hati atau berwaspada ketika mengguna jalan raya. Kita diingatkan supaya memandu dengan cermat dan bertimbang-rasa kepada pengguna jalan raya yang lain. Kita diberi amaran agar tidak memandu secara merbahaya dan cuai. Malangnya, kemalangan jalan raya masih tetap berlaku juga.


Kita telah berhati-hati, tetapi ada orang lain pula yang tidak berbuat demikian. Kita memandu dengan cermat dan berhemah tetapi ada orang lain pula yang memandu dengan emosi.

Kita mengikuti semua pesanan, semua peringatan, semua amaran dan semua nasihat untuk mematuhi undang-undang jalan raya tetapi ada juga orang lain yang tidak dan mengakibatkan kita terlibat sama di dalam kemalangan tersebut.

Salah siapa?

Adakah orang yang melanggar undang-undang jalan raya, tidak berhati-hati, memandu cuai, tidak berhemah atau memandu dengan emosi tersebut tidak dinasihati, tidak diberi amaran, tidak diberi pesanan atau tidak diberi peringatan seperti kita?

Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda (lihat gambar)?

 Bayangkanlah jika anda orang yang memandu teksi tersebut...

Adakah anda hanya akan berkata, itu semua sudah suratan Takdir?

Atau, anda ada pendapat yang berbeza?




Sekian.

2 Responses so far.

  1. Salam:
    Ya..takdir,kerana bukan semua kemalangan disebabkan oleh kesalahaan pemandu-pemandu contohnya silau matahari,serangan sakit jantung,binatang melintas tiba-tiba,kerosakan sistem break dan banyak lagi sebab diluar kemampuaan kita.

  2. Anonymous says:

    otak gua tidak dapat mencerap apa yg berlaku pada gambar rajah tersebut.. buat gambarrajah pertama, gua sedekahkan doa untuk kucing malang tersebut.. wakakakakakaka..
    XD

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com