Pagi ni, semasa aku bersiap-siap untuk berjogging dan brisk walking, kucing kuning merah itu datang lagi. Seperti biasa ia menggesel-gesel badannya ke kaki aku. Cuma, kali ini ia tidak pula berdiri dengan dua kakinya untuk mencium tangan aku. Rupa-rupanya, kaki kanannya cedera! Seolah-olah telah patah dan kelihatan lembik terkulai...adoi ai!!
Sebak dada aku. Kesian sungguh aku melihatnya.
Mungkin ada di antara jiran-jiran aku yang telah terlanggar kucing itu secara tidak sengaja. Mungkin kucing itu berada di bawah kereta dan jiran aku itu tidak sedar dan melanggarnya.
Coretan ini bukanlah untuk bercerita tentang kucing tersebut tetapi tentang kisah rakanku yang kontrak kerjanya telah tidak disambung. Beliau hanya diberitahu tentang non-renewal tersebut seminggu sebelum kontrak beliau tamat. Alasan yang diberikan oleh bos beliau ialah prestasi kerja beliau tidak "up to the company's expectation".
Aku tiada hak untuk campur tangan dan aku juga tidak tahu sejauh mana pencapaian prestasi kerja beliau. Cuma, apa yang aku agak musykil, kenapa bos beliau hanya memberitahu tentang non-renewal tersebut seminggu sebelum tarikh tamat kontrak? Kenapa tidak diberitahu dalam tempoh yang lebih awal supaya beliau boleh bersedia dan berikhtiar mencari pekerjaan lain?
Mungkinkah rakanku itu umpama kucing merah kuning tersebut yang berada di zon selesa (di bawah kereta), tidak menjangka dan tidak bersedia jika kereta itu bergerak dengan tiba-tiba?
Bagaimana pula dengan bos beliau? Umpama tindakan sepatutnya jiranku yang telah melanggar kucing merah kuning tersebut ambil, jika dia membuat pemeriksaan di bawah kereta terlebih dahulu sebelum memandu, ada kemungkinan kemalangan tersebut dapat dielakkan. Adakah bos rakanku itu telah benar-benar melakukan pemeriksaan sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau?
Kenapa pula aku agak particular tetang kes ini?
Aku bukan ingin mempertikaikan tentang keputusan yang telahpun dibuat, cuma, aku terfikir, rakanku itu sudah tentu akan rasa teramat sedih, menggelabah, celaru dan risau kerana kehilangan pekerjaan beberapa hari sebelum datangnya bulan Ramadhan dan diikuti oleh Hari Raya. Rakanku itu seorang Pengurus (walaupun berstatus kontrak) dan sudah tentulah untuk mencari pekerjaan dengan jawatan yang sama mungkin sedikit sukar dan memerlukan masa. Kebanyakan syarikat mungkin akan menunggu untuk mengambil pekerja baru selepas Hari Raya, jadi, jika demikian, ada kemungkinan rakanku itu akan terpaksa menganggur sementara. Beliau mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat persediaan kedatangan bulan Ramadhan dan Hari Raya.
Jika demikianlah yang berlaku, rakanku itu sebenarnya telah teraniaya. Bos beliau pula mungkin tidak sedar telah berlakunya penganiayaan.
Pada pendapat aku, jika prestasi kerja seseorang itu tidak bagus sekalipun, bos beliau perlulah juga berfikir samada tindakan yang bakal diambil memberi kesan penganiayaan terhadap pekerjanya. Sebagai seorang bos yang bagus dan berwibawa, elemen-elemen personal perlulah disingkirkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jika sesorang pekerja bawahannya mempunyai prestasi kerja yang buruk, dia sepatutnya bertindak dengan cuba membantu pekerjanya memperbaiki prestasi bukanlah dengan hanya menghukum. Sepatutnya bos tahu bahawa setiap staff adalah asset kepada syarikat, lebih-lebih lagi jika staff tersebut telah lama bekerja di situ sedikit sebanyak sudah tentu ada sumbangannya. Tidak adakah perasaan ingin memberikan sedikit penghargaan dan terima kasih?
Menamatkan kontrak dan dengan hanya memberitahu seminggu sebelum tarikh penamatan samalah juga dengan menjatuhkan hukuman kepada pekerja yang pastinya tidak bersedia.
Mungkinkah bos beliau itu tidak sedar akan kesukaran yang bakal dialami oleh rakanku itu? Mungkinkah juga bos beliau itu sememangnya sedar dan berbuat demikian kerana ada unsur-unsur personal di dalam tindakannya manakala kontrak yang expired merupakan satu jalan yang amat berkesan untuk membenarkan tindakannya itu?
Entahlah...aku hanya mampu untuk berkongsi kesedihan rakanku itu tetapi aku tidak mampu untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.
Sekian.
Kasian juga dengar nasib sebegitu..berginilah sebenar kehidupan manusia..
Salam Yusuf Laili...begitulah. Sepatutnya seseorang yg mempunyai kuasa bertindak menggunakan kuasanya utk kebaikan bersama dan bukannya utk menindas. Memang malang jika orang yang kurang gemar berfikir jauh sebelum membuat keputusan diberikan kuasa mutlak utk menentukan career seseorang. Sepatutnya juga ada sedikit perasaan simpati sesama muslim.
kontrak tamat sebelum raya..
Ape pndgn smua... beginilah... bila manusia berbuat zalim tanpa mengetahui apa yg dibuat (berhentikn/x sambg kontrak)sebagai zalim, kita tunggu shj saat kehancuran (kerajaan ditentang, mogok, huru hara), maka siapa yg akan lebih susah pd masa itu...?