Thursday, July 7, 2011

Kekasih Gelap?

6 comments
 
Salam...

Apa anda semua akan fikir bila orang sebut kekasih gelap? Dulu, masa aku naive, aku cuma terbayang seorang kekasih (lelaki atau perempuan) yang hitam legam kulitnya. Sehitam si kucing hitam kepunyaan jiranku itu...hehehe.


Semasa mula-mula aku mendengar perkataan tersebut, kerana kejahilan aku, sudah tentu aku terbayangkan yang bukan-bukan dan di antaranya wajah kekasih yang sebegini...

Atau ini..

Tapi maklumat yang bersarang di kepala aku itu salah.  "Kekasih Gelap" sebenarnya bermaksud kekasih yang disorok-sorokkan atau lebih daring lagi orang kata "Perempuan Simpanan" atau "Lelaki Simpanan" (kalau betul ada perkataan tu..hehe).

Kebiasaannya, "Kekasih Gelap" dimiliki oleh orang yang sudahpun berkahwin kerana orang tidak akan menganggap girlfriend atau boyfriend seseorang yang belum berkahwin sebagai "Kekasih Gelap" walaupun perhubungan mereka dirahsiakan dari pengetahuan beberapa pihak. Seperti juga bilamana orang menyebut pasaran gelap...

Mengapakah wujud "Kekasih Gelap"? Tidak cukupkah kekasih yang cerah-cerah tu?

Aku pernah berbual-bual dengan seorang rakan berbangsa Cina yang terang-terangan mengaku bahawa beliau ada "Kekasih Gelap". Puncanya kerana beliau menghadapi masalah keretakan rumahtangga. Oleh kerana budaya Cina tidak memungkinkan dia untuk berpoligami serta halangan pihak keluarga yang anti cerai, jalan penyelesaian yang beliau pilih ialah memiliki perempuan lain sebagai kekasih. Aku lihat beliau semakin ceria selepas bergelar "Sugar Daddy".

Bagaimana pula dengan orang Melayu?

Jika dilihat dari segi perkataan, "Kekasih Gelap" itu sendiri adalah perkataan orang Melayu dan tidak mustahil perkara sama yang dilakukan oleh rakanku berbangsa Cina tersebut dilakukan juga oleh orang Melayu.

Tambahan pula, banyak lagu-lagu Melayu (Indonesia) yang sedap didengar berunsurkan penceritaan tentang "Kekasih Gelap" seperti lagu Sephia (Kumpulan Sheila On 7) dan Kekasih Gelapku (Kumpulan Ungu).

Dan...sememangnya wujud.

Jumlahnya mungkin banyak juga sebab aku sendiri pernah mendengar pengakuan beberapa orang rakanku, pernah membaca pengakuan-pengakuan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar, pernah mendengar pertengkaran di Pejabat Agama akibat isu yang serupa dan berbagai-bagai pernah lagi...hehe.

Cuma, kebanyakan isu "Kekasih Gelap" digembar-gemburkan sebagai perbuatan orang lelaki. Mungkinkah sebab orang lelaki itu tahap egonya begitu tinggi? Mungkinkah orang lelaki kuat berlagak dan suka menunjuk-nunjuk? Atau, mungkinkah orang perempuan memang pandai sorok? Mungkinkah orang perempuan pemalu dan tidak mungkin sanggup untuk menunjuk-nunjuk seperti orang lelaki?

Apakah alasan-alasan yang mungkin menjadi punca?

Aku pernah mendengar alasan tentang sukarnya untuk berpoligami akibat undang-undang syariah negeri yang terlalu ketat.  Aku pernah mendengar alasan tentang kegagalan pasangan untuk melayan kehendak di ranjang. Aku pernah mendengar alasan tentang keretakan rumah tangga tetapi enggan bercerai untuk menjaga perasaan malu dan kasihankan anak-anak.

Aku juga pernah mendengar alasan ini...

"Aku punya sukalah hendak ada Kekasih Gelap. Yang engkau sibuk tu kenapa?"

Dan...aku cuma boleh menjawab ini di dalam hati...

"Biarlah kekasihku gelap tetapi aku tiada kekasih gelap..."




Sekian.

6 Responses so far.

  1. biasa mmg lelaki yg ada kekasih gelap,tp ikut pengalaman aku sendiri perempuan pon memang ada.ramai.aku berani cakap sebab kawan perempuan aku salah sorang drpd mereka yg ada kekasih gelap.aku tanya apa alasannya ada kekasih gelap?jwapan dorng ialah..'huby bagi tak cukup,suka pukul,huby i boleh buat xkan i xboleh?"itu antara jawapannya la..setakat yg aku kenal 3-4 orang kwn aku..smuanya muda2 aje, tp berani buat mcm tu?..huhu ngeri aku dgr... :/

  2. Salam Harith Iskandar...ish3, aku pon pernah dengar pengakuan orang pompuan yg macam tu..nak bagi nasihat xreti pulak aku coz dia akan nasihat aku balik dan menyalahkan orang lelaki 100%...mudah2an dia insaf dan bertaubat.

  3. kekasih gelap..terus ingin mendengar lagu kekasih gelap kumpulan ungu tu...
    ya perkara ini memang terjadi dan banyak...

  4. assalam...
    ish.. takutnya jadi pada sy & keluarga. takut dosa. moga dijauhkan. lelaki ngan perempuan sama je..kalau lelaki ada kekasih gelap selamba je usung ke hulu ke hilir. kalau perempuan kebanyakkannya sorok2 sikit..

  5. jenuh saye mencari blog ni, jumpe pong,. okey dah masuk dm bloglist santai saye

  6. Salam Kay Masingan...biarlah kita enjoy dengar lagu kekasih gelapku bukan enjoy adanya kekasih gelap..hehe.

    Salam Natural Beauty...kita sama2 berdoa untuk yg baik2 jer.

    Salam Mcm Ni Lah...thanx, saya pun dah letak dlm My Blog List

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com