Tuesday, July 12, 2011

Tidak Bertudung Syarat Mendapat Kerja?

10 comments
 
Salam...

Anda bertudung? Adakah anda sentiasa bertudung kecuali bila berada di dalam rumah bersama suami dan anak-anak? Atau, adakah anda hanya bertudung sewaktu di pejabat sahaja dan apabila keluar dari pejabat (selepas kerja) anda membuka tudung anda?


Well, aku tiada hak untuk menyentuh perihal anda yang bertudung atau tidak kecuali hak kepada isteri aku, manakala anak-anak aku kesemuanya lelaki dan sudah tentulah tidak bertudung..hehe.


Bagi anda yang sentiasa bertudung, jika anda diminta untuk membuka tudung anda (bukan diminta oleh suami), adakah anda akan membukanya? Bagaimana pula jika anda dipaksa?

Aku mencoret entry ini sekadar ingin mencuit minda segelintir pengurus yang agak kurang berkenan dengan pekerja perempuan yang bertudung. Jika pengurus tersebut bukan muslim mungkin rata-rata di antara kita boleh menerima hakikat akan kehendaknya yang sedemikian. Tetapi, terdapat juga segelintir yang berbangsa Melayu dan muslim tetapi terlalu choosy memilih pekerja perempuan yang tidak bertudung dengan berbagai-bagai alasan.

Di antara alasan yang sering aku dengar ialah pengurus tersebut mahukan pekerja perempuan yang kelihatan moden dan approachable supaya dapat menarik minat client. Terutamanya jika pengurus tersebut merupakan ketua di Jabatan Perhubungan Pelanggan yang memerlukan pekerja beliau selalu berurusan dengan pihak luar.

Adakah pekerja perempuan yang bertudung nampak kolot (tidak moden)?

Adakah pekerja perempuan yang bertudung tidak approachable?

Gambar hiasan

Aku pernah berjumpa pengurus sedemikian. Apabila menerima resume dan surat permohonan pekerjaan di syarikat, beliau akan memilih perempuan yang agak seksi dan mesti tidak bertudung. Manakala, permohonan aplicant perempuan bertudung akan ditolak mentah-mentah walhal mereka mungkin calon pekerja yang bagus dari segi kelayakan akademik serta pengalaman.

Aku juga pernah menegur beliau supaya sentiasa ingat akan tanggungjawab fardhu kifayah untuk menggalakkan semua perempuan muslim untuk menutup aurat. Dengan melaksanakan pemilihan pekerja perempuan yang mesti tidak bertudung seolah-olah berbuat paksaan terhadap perempuan muslim untuk membuka aurat mereka (rambut dan kepala). Dan yang lebih berat lagi, menganiaya calon-calon yang ditolak permohonan kerja mereka semata-mata kerana menutup aurat.

Perlukah seksi dan tidak bertudung untuk menjadi pekerja di Jabatan yang seringkali berurusan dengan pelanggan? Adakah seksi dan tidak bertudung itu menunjukkan bahawa perempuan tersebut akan menjalankan kerjanya dengan baik dan sempurna? Tidak elokkah pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja perempuan yang bertudung?

Gambar hiasan - Credit untuk Chot

Jika seorang suami akan dianggap dayus kerana gagal menasihati isteri dan anak perempuannya untuk menutup aurat, apakah pula perkataan yang sesuai dilabelkan kepada seorang pengurus yang memaksa pekerja perempuan beliau supaya seksi dan tidak bertudung?

Dan...aku percaya Jabatan Perhubungan Pelanggan di syarikat tersebut bukanlah satu Jabatan yang bertujuan membekalkan GRO, Call Girl atau lebih berat lagi pelacur untuk menghiburkan para pelanggan syarikat...!!

Apa komen anda?




Sekian.

10 Responses so far.

  1. Lelord says:

    jarang sgt dengar company yg nak pekerja wanita bertudung, rasanya dalam sepuluh ada satu

  2. wasallam;
    "Adakah syarat seperti itu di Negara Malaysia yang mejoriti rakyatnya penganut islam dilarang memakai tudung bila ke pejabat??"

  3. Anonymous says:

    Salam Abang Long. Sy bertudung tp masa mintak kerja dulu sy bukak tudung. bila dah dapt dan kerja 6 bulan sy pakai tudung balik. Skrg kena hantar jabatan lain plak sbb pakai tudung. xpe lah, at least co tak buang sy.

  4. Hai wanita Islam, wajib bagi kamu menutup aurat kamu

  5. Anonymous says:

    En Fauzi...sy perlukan pekerjaan sbb dah lama sy menganggur dan perlukan duit utk tampung belanja dan bayar hutang belajar sbb sy dah xde sape2 kat dunia ni. sy terpaksa ikut kehendak bos tu tp cuma utk buka tudung utk sementara waktu. sy tau sy berdosa, tp apa pilihan sy? rata2 co semua nak perempuan yg tak bertudung jer..

  6. Salam;
    Hessshh!!..Benci sangat aku ada juga peraturan seperti ini di Malaysia..kalau di barat tak hairan sangat..kalau dah lagu tu baik pakat bakar je Syarikat seperti itu. Npknya ada unsur penindasan wanita islam di Malaysia.
    P/S;bagi aku biar mati tak makan dari melanggar hukum Agama.

  7. ummifaris says:

    salam. Alhamdulillah x penah lagi diberi dugaan sebegitu. cuma apa nk kata kat sini... walaupun perlu sgt2 kerja utk menampung hidup, "MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA".. cuma harap2 kat malaysia ni tak terlaksana undang2 rekaan yang mengarut ni. assalam.. peace no war :-)

  8. sheikh83 says:

    tegakkan daulah khalifah...agama kita perlu di kukuhkan....zaman sekarang banyak kafirin,musyrikin dan munafikun!!!!!

  9. Manusia begini selalunya hanya pentingan duit
    dan reputasi syarikat untuk kepentingan diri..
    Bagi mereka tidak bertudung itu lebih menarik
    dan berpesonaliti serta mudah untuk di bawa
    ke majlis2 formal atau .....

    rezeki ada di mana2.. tak rugi kalau x dpt kerja
    dengansyarikat begitu...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com