Aku jangka anda semua telahpun mengetahui akan keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia 2014 di antara pasukan Malaysia dengan Taiwan. Malaysia kalah 2 - 3 kepada Taiwan tetapi dari segi aggregate kedudukan adalah seri 4 sama. Malaysia dapat melangkah ke pusingan seterusnya kerana kelebihan jaringan gol di tempat lawan...
Sebelum itu...aku nak jerit kuat-kuat...yeeeeaaaahooooooooooooooo!!!!
Sepanjang perlawanan, aku tidak senang duduk. Kekadang berdiri dan kekadang berbaring cuma berlari jer aku tak sanggup coz tak muat ruang tamu rumah aku untuk berbuat demikian...hehe.
Gembira juga coz Malaysia dapat mara ke pusingan seterusnya bertemu Singapura tetapi rasa terkilan melihat beberapa insiden di mana pengadil perlawanan seolah-olah bersikap berat sebelah. 3 sepakan penalti di berikan kepada Taiwan. 2 daripadanya pada pendapat aku, pengadil perlawanan tertipu oleh lakonan pemain Taiwan dan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti boleh menghancurkan harapan Malaysia jika tidak dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Malaysia yang dapat menyelamatkan salah satu dari sepakan penalti tersebut.
Bukan bertujuan untuk mengutuk mutu pengadilan, malah, aku sendiri tidak layak untuk memberikan sebarang komen tentang cara-cara pengadilan tersebut cuma terfikir apakah perasaan pemain-pemain Malaysia jika mereka tewas tadi.
Anak aku yang sulung hinggalah yang kecil sekali sama-sama menjerit-jerit tidak berpuas hati...hehe.
Apa-apapun, yang penting Malaysia berjaya juga melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal berdepan pula dengan negara jiran Singapura yang telah mendapat bye.
Dan...aku memang salute gol jaringan Aidil melalui sepakan percuma yang deras macam peluru tu. Kalau anda nak tengok puas2, just tonton video youtube kat bawah ni...
Tahniah pasukan bolasepak Malaysia dan tahniah untuk Datuk K (errr....bukan Datuk K hubby si Siti Nurhaliza tu tau)...
Sekian.
sapatutnya Malaysia boleh mng..
SK paling benci klu tengok peluang depan mata disia2kan..
mcm peluang shahrul adha minit ke berapa ntah..
pasnie lawan singapork,lg best..
diaorg byk warganegara pemain import..
tahniah Malaysia! lagi info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
"Bolehlah!!..cuma perlu pebaiki lagi kawalan bola,terutamanya bahagian tengah..kelemahaan hantaran masih lagi berlaku dlm team Malaysia sama seperti piala tiger dulu."