Friday, July 8, 2011

Berfikiran Negatif?

8 comments
 
Salam...

Pagi tadi semasa aku sedang memanaskan enjin kereta untuk pergi bekerja, kucing kuning oren itu datang dan seperti biasa akan menggesel-geselkan badannya ke kaki aku. Bukan itu sahaja, ia memeluk kaki aku dan berdiri dengan dua kakinya untuk mencium tangan aku.


Lantas fikiran aku menerawang...kenapa kucing tu sering sangat datang ke rumahku. Adakah tuannya tidak lagi mahu menjaganya? Adakah tuannya enggan memberinya makan lagi hingga ia datang ke rumah aku setiap kali aku membuka pintu?

Minda aku terus-terusan berfikir tetapi menjurus kepada sesuatu yang negatif.

Bukan berniat untuk bercerita hal kucing tetapi aku cuma perasan kenapakah mindaku ini begitu cepat berfikir ke arah sesuatu yang negatif walhal masih lagi awal pagi. Aku perbanyakkan istighfar sebelum berangkat menuju ke tempat kerja. Aku berharap, janganlah fikiran-fikiran negatif menghantui mindaku sepanjang berurusan di pejabat hari ini.

Adakah berfikiran negatif sesuatu yang tidak elok?

Di dalam agama juga kita dituntut untuk sentiasa berfikir yang baik-baik sahaja atau sentiasa tanamkan prasangka baik khasnya kepada orang lain.

Kenapakah Islam menyuruh kita bersikap demikian?

Adakah natijah berfikiran negatif atau berprasangka buruk membawa kepada sesuatu yang kurang elok?

Aku ingin share dengan anda semua tentang satu peristiwa yang dialami oleh rakan kepada orang rumahku...

Semasa bersiar-siar di suatu petang, beliau terlihat ramai orang berkerumun di satu tempat. Naluri ingin tahu beliau memaksa kaki melangkah untuk melihat apakah yang orang ramai kerumuni. Rupa-rupanya, seorang kanak-kanak telah terkunci di dalam sebuah kereta manakala bapanya pula panik tidak tahu bagaimana untuk membuka pintu kereta tersebut kerana kuncinya tertinggal di dalam.


Oleh kerana rakan orang rumahku itu seorang technician dan pernah juga melihat bagaimana pintu kereta dibuka tanpa menggunakan kunci, beliau menawarkan diri untuk membantu. Dengan menggunakan sebatang pembaris besi, beliau terkial-kial cuba membuka kunci pintu kereta tersebut dengan cara menjolok-jolok pembaris tersebut di celah-celah antara cermin pintu kereta dan getah covernya. Setelah beberapa minit mencuba, akhirnya kunci pintu kereta tersebut terbuka.

Dengan perasaan gembira, si bapa mengucapkan terima kasih, tetapi dia sempat bertanyakan sesuatu kepada rakan orang rumahku itu..."Dah lama buat kerja macam ni?"

Secara laymen term, soalan tersebut seolah-olah bermaksud menuduh rakan orang rumahku itu seorang pencuri kereta dan beranggapan hanya pencuri kereta yang tahu untuk membuka pintu kereta tanpa menggunakan kunci!

Bayangkanlah jika anda berada di dalam situasi tersebut, apakah agaknya jawapan yang anda akan berikan untuk soalan yang diajukan? Mungkinkah anda akan marah? Atau mungkinkah anda hanya tersenyum? Ataupun, mungkinkah anda sekadar berlalu dan membiarkan sahaja si bapa itu tadi berfikir bahawa anda sememangnya seorang pencuri kereta?

Kalau aku, mungkin akan menegur si bapa yang tidak bersyukur (dengan ikhlas) akan bantuan yang diterima sedangkan anaknya terperangkap di dalam kereta yang terkunci dari dalam manakala dia dan orang yang ramai berkerumun pula tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Cerita di atas hanya sekadar sebahagian kecil contoh fikiran negatif yang wujud di minda ramai orang. Walaupun demikian, ianya boleh melunturkan rasa keikhlasan, menimbulkan rasa tidak puas hati, menerbitkan perasaan marah dan juga mungkin mencetuskan perbalahan.

Banyak lagi contoh-contoh atau kejadian-kejadian yang berkisar tentang fikiran negatif. Tidak kira masa atau tempatnya. Seringkali juga berlaku di pejabat-pejabat atau di tempat kerja.

Jadi, sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berpesan kepada diri aku ini dan rakan-rakan semua, marilah kita sama-sama menghindari diri dari berfikiran negatif dan cuba berfikiran positif sentiasa. Mudah-mudahan Allah akan pelihara diri kita dari sebarang sifat yang negatif dan orang lain juga tidak berfikiran negatif terhadap kita atau perilaku kita...amin.



Sekian.

8 Responses so far.

  1. tu pasal ayat tu kena berlapik..

    t leh jd ke arah negatif lak sdgkan sbnrnya niat dia lain kan...

    abg long,ajar skit cmne cara tu..

    ad pernah blogger ajar,tp sy dh lpe lak..

  2. Salam Nuyui..actually, memang niat dia nak tanya samada rakan org umah Abg Long tu memang pencuri kete or tak...coz pastu mereka cam bertekak lak tapi Abg Long tak tulis kat sini.

    Ok, nanti Abg Long buat tutorial pasal link tuh..

  3. Unknown says:

    bertekak ke?..mm mmg betul2 kurang ajar la si bapaknya tu..org dah tolong patutnya brterima kasih la dgn hati yg ikhlas.ini tidak siap tanyer lg soklan bodoh mcm tu..mmg patut la kwn yg tlg tu hangin..kite yg mendengar nyer pon terasa mcm hangin..ish ish

  4. eeeeeeeiiiii
    kalau i, memang dah marah dah pakcik tu. biadap ye~

  5. Salam Harith Iskandar dan GasiSMeraHJaMbU..begitulah sikap kebanyakan orang. Ada saje perkara2 negatif dalam fikiran. sebab itu Islam menuntut kita utk sentiasa berprasangka baik supaya kita dapat mengelakkan perselisihan faham dan bergaduh sesama kita.

  6. setiap saat kita akan berlawanan dengan fikiran2 negatif....
    orang senyum dengan kita pun, kita sudah berfikiran negatif..betul kan.?

  7. Kay Masingan...Then kita cuba ubah fikiran yg negatif itu menjadi positif..kalau orang senyum, kita senyum balik but then check jugak kenapa orang tu senyum..itu bukan negatif, unless kalau kita fikir orang tu gila or just nak mengorat kita..

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com