Wednesday, July 20, 2011

Bertudung Tetapi Melacur?

8 comments
 
Salam...

Ramai yang mengatakan seseorang perempuan muslim yang bertudung melambangkan keperibadiannya yang baik, seorang muslimah atau berakhlak mulia. Benarkah demikian atau bertudung sekadar untuk mengabui mata orang lain akan keburukan sikap, perangai dan akhlaknya?


Aku  bukan bermaksud untuk tidak menggalakkan perempuan memakai tudung ataupun berniat menegur sesetengan perempuan yang bertudung tetapi dengan sengaja berpakaian sendat dan menampakkan bentuk susuk tubuh badan mereka khasnya bahagian breasts dan punggung. Tetapi maklumat yang aku terima dari salah seorang rakanku membuatkan mata aku buntang iaitu seorang perempuan Melayu muslim, bertudung dan berbaju kurung tetapi melakukan pekerjaan yang hina...melacur!!!

Rakanku itu seorang berbangsa Cina dan kerap melanggan pelacur. Walaupun beliau bukan seorang muslim, tidak bermakna melanggan pelacur itu sesuatu yang dibolehkan. Aku pernah menegur beliau tentang itu tetapi aku mengakui bahawa aku sendiri tidak layak untuk memberi nasihat kepada beliau.

"It's true bro. I met her last night in a hotel in Pudu area. She has been providing such service for a couple of months now. In fact, I booked her and we had sex together with a price of RM180."

Rakanku itu menambah, punca perempuan itu melacur adalah kerana desakan hidup akibat kehilangan pekerjaan serta tindakan bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab dan gagal memberinya nafkah. All the while, perempuan itu memang bertudung dan tidak pernah mengubah penampilannya.

Apabila ditanya sebab mengapa bertudung dan berbaju kurung ketika memberikan service, perempuan itu dengan selamba berkata pergerakannya lebih mudah, terlindung dan tiada siapa yang akan mengesyaki bahawa dia itu seorang hooker (pelacur).

Aku bukanlah seorang yang prejudice terhadap pemakaian tudung bagi seorang perempuan muslim. Walaupun bertudung menutupi aurat kepala merupakan tuntutan agama, aku hanya boleh sekadar menasihati mengikut scope dan kemampuan aku. Bagi aku, bertudung bukanlah satu lesen untuk dilabel sebagai seorang perempuan muslim yang sentiasa baik akhlaknya, manakala tidak bertudung pula bukanlah bermakna runtuh akhlaknya.

Seringkali juga aku mendengar segelintir perempuan yang bertudung mengumpat, menghentam atau menghina perempuan lain yang tidak bertudung walhal tindakan mereka mengumpat, menghentam dan menghina itu sendiri merupakan kesalahan dan dosa serta mungkin tidak terkambus oleh pahala yang diperolehi sebab mereka bertudung.

Gambar hiasan

Aku juga tidak berniat untuk mempertahankan mereka yang tidak bertudung cuma ingin berpesan-pesan kepada diri sendiri dan ahli keluarga aku bahawa nilai akhlak seseorang perempuan muslim tidak boleh diukur hanya berdasarkan cara pemakaiannya atau samada dia bertudung atau tidak. Sepatutnya aku juga perlu sedar bahawa aku dan sesiapa jua kecuali Tuhan TIDAK berhak untuk menilai seseorang.

Memang benarlah ungkapan.."Don't judge a book by its cover" dan sekarang ini aku masih terfikir bertudung bukan bermakna seseorang itu sentiasa berakhlak mulia dan lebih terasa sedih lagi... bertudung tetapi melacur...

Apa komen anda?




Sekian.

8 Responses so far.

  1. sebab desakan hidup manusia sanggup lakukan apa sahaja.

    jgn nilai seseorang hanya dari segi penampilan...tp perlu dari hati dan peribadi!

  2. Anonymous says:

    suka entry ni..!!!sangat matang..dan pengakuan wanita tersebut mmg meranjatkan...kalau yer pun nak buat jahat jangan lah rendahkan martabat tudung tu...its not nice

  3. ermmm perlu pertolongan org2 mcm tu

  4. kenapa x cari kerja yang lain ja...kenapa perlu jual badan?

  5. sian perempuan nie..kena ada orang yang membimbing dia daripada terus hanyut..

  6. Anonymous says:

    betul lah tuh, dont judge the book by its cover. dan kalaulah masih ada org yg syg dan prihatin terhadap nasib kaum wanita yg diabaikan spt perempuan di atas, tntu saje perempuan tu x jadi mcm tuh. maka tepatlah apa yg dikatakan oleh rasulullah,“kemiskinan itu membawa orang kepada kekafiran.. "

  7. Didikan Agama kranng diterapka..

  8. This is a greeat post thanks

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com