Thursday, July 28, 2011

Minggu Yang Sibuk

5 comments
 
Salam...

Apa khabar anda semua. Sudah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia? Sekarang ini sana-sini ramai yang sibuk membuat persediaan. Bukan persediaan untuk berpuasa sahaja tetapi juga persiapan untuk Hari Raya. Masing-masing sibuk. Aku juga begitu, sibuk dan menyibuk..hehe.


Minggu ini aku terpaksa menyusun masa bukan sahaja untuk melakukan kerja-kerja seharianku tetapi juga menyusun masa untuk potfolio baru aku i.e. menjual juadah dan kuih raya (Choco Almond Dates dan Pineapple Tarts)..




Walaupun sibuk dan sedikit penat tetapi aku rasa seronok.

Semasa mula-mula menjual Choco Almond Dates tu, aku agak sedikit risau kerana ramai yang complain aku jual dengan harga yang agak mahal. Bila aku explain dan paksarela prospects aku untuk rasa sample barulah mereka mula membeli. Yang bestnyer, mereka akan ulang membeli.

Apa yang best sangat pasal Choco Almond Dates tu?

Cokelat yang digunakan bukanlah cooking chocolate atau jenis-jenis yang timbang kati dan murah-murah. Aku guna Dark Chocolate jenis Selbourne yang sedikit mahal dan campur sedikit dark cocoa untuk menerbitkan rasa bitter sweet. Kurma pula jenis yang masih bertangkai dari Tunisia yang tidak terlalu manis atau terlalu lembik. Bagi penggemar cokelat dan amat particular dengan rasa cokelat sudah tentu akan kata Choco Almond Dates yang aku jual tu memang sedap...hehe (puji diri sendiri nampak?).

Dari segi untung aku tidak dapat banyak sebab costs yang tinggi dan ingin memastikan harga jualan tidak terlalu membebankan pembeli. Tidak mengapalah. Aku bersyukur jika pembeli-pembeli makan Choco Almond Dates aku tu semasa berbuka puasa, merasai kelazatan dan kebaikan kurma serta kenikmatan cokelat.

Orait semua...aku tengah bersiap untuk ke Putrajaya menghantar stock Choco Almond Dates dan Pineapple Tarts ke sana.




Sekian.

5 Responses so far.

  1. Anees says:

    Salam Abg Long,

    Choc Almond Dates yang Abg Long jual ni mmg saaaaaaaaaaanggat sedap!!Saya da beli...byk pulak tu...hehehe....
    Korang yg lain2 ni mesti cube tau...bkn setakat cube je...tp cube dan beli....pasti korang suka...terutama sekali ank2 yg x suka kurma...pasti suka..sedap aku da cube....ank buah ku terus bwk lari sebekas...
    Selamat Mencuba dan Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK...bulan tuk tambah dan lebih2kan ibadah....

    Sekian....

  2. salam;
    Mcm mana rasanya ye?.

  3. kalau saya dekat2 area abanglong, mesti sya beli..tapi ini jauhlah..kena seberang laut lagi..mesti berganda mahalnya...:)

    apa pun good luck abanglong.

  4. wahh...abg long jual choco almond dates ke???saye ske kurma tuh..papepon selamat mnymbut buln ramdhan yg bakal tiba nnti:)

  5. ozzy says:

    Assalam..

    Tahniah krn berjaya pelbagaikan bisness..semoga terus success.

    P/S - Selamat Menyambut Ramadan - semoga ibadah kita diberkati di bulan yg mulia ini.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com