Tuesday, June 14, 2011

Pelan Pengurusan

2 comments
 
Salam...

Sudah beberapa hari aku tidak release apa-apa entry disebabkan oleh kesibukan yang disengajakan. Aku minta maaf jika anda singgah ke blog aku ini mengharapkan entry-entry baru untuk dibaca tetapi tidak ada. Walaupun telah ada entry-entry yang aku boleh release bila-bila masa sahaja tetapi aku rasa lebih elok jika aku membuat sedikit adjustment terlebih dahulu sebelum release. Bukan apa, aku khuatir jika terdapat perkataan-perkataan yang aku gunakan di dalam entry-entry tersebut yang tidak sesuai diguna-pakai.

Coretan kali ini mungkin kurang mendapat sambutan berbanding beberapa entry yang lepas kerana ianya agak menjurus kepada informasi yang berkaitan dengan pekerjaanku. Akan tetapi aku percaya mungkin ada juga di antara anda yang berminat untuk membacanya. Aku harap tiada sesiapa yang menghempas lappy semata-mata kerana entry aku yang begitu membosankan ini...hehe.


Adakah anda seorang pengurus atau Ketua di jabatan anda?

Apakah perancangan yang anda telah tetapkan untuk dilaksanakan oleh kakitangan atau Jabatan anda?

"Perancangan aku ialah untuk membuat suatu pelan perancangan...!"

Dalam kata lain, tiada perancangan...!..ish, ish, ish...

Dalam kata lain juga, aku boleh membayangkan bahawa jabatan atau organisasi tersebut mungkin akan kucar-kacir pengurusannya.

Artikel ini terpaksa aku bahagikan kepada beberapa entry kerana ianya terlalu panjang. Untuk permulaan, aku hanya paparkan di sini Pengenalan kepada Plan Pengurusan. Entry-entry sambunagn akan aku release mengikut jadual yang aku sendiri telah tetapkan.


Pengenalan kepada Pelan Pengurusan

Sesebuah organisasi atau mungkin juga satu Jabatan yang tiada Pelan Pengurusan samalah juga seperti sebuah perahu layar yang belayar tanpa tujuan dan hanya bergantung semata-mata kepada tiupan angin yang membawanya menuju ke destinasi entah ke mana (ada arah tetapi tidak tahu samada arah tersebut betul atau tidak).

Mungkin juga destinasi telah ditetapkan tetapi tidak tahu bila dan berapa lama untuk sampai. Tiada milestone (batu tanda) yang mengukur sejauh mana ia telah belayar. Kelasi-kelasi kapal hilang punca dan tidak tahu untuk berbuat apa kerana tiada tunjuk arah yang tepat yang diberikan kepada mereka. Bekalan makanan pula mungkin semakin susut dan tenaga kelasi hanya terbuang tanpa hasil yang sepatutnya diharapkan.

Begitulah juga sesebuah Jabatan yang tiada Pelan atau Perancangan Pengurusan. Hanya berpandukan kepada target utama semata-mata tanpa mengetahui bilakah ianya boleh dicapai. Tiada penunjuk yang jelas tentang produktiviti setiap kakitangannya.

Kos-kos mungkin semakin menggunung tanpa mendapat apa-apa pulangan. Tenaga dan kemahiran kakitangan terarah kepada sesuatu yang kurang jelas dan akhirnya mengundang kepada penurunan produktiviti. Bila kos-kos semakin meningkat, Ketua Jabatan mula bertindak sembrono menyekat perbelanjaan tanpa melihat akan perlu atau tidaknya perbelanjaan tersebut, membuat polisi-polisi liar semata-mata untuk menjaga punggung sendiri dan mungkin juga secara drastik membuang kakitangan dengan niat untuk mengurangkan kos-kos tersebut.

Kakitangannya menjadi benci kepada cara pengurusan Ketua Jabatan tersebut dan Staff Engagement Survey mungkin menunjukkan tahap "disenggaged".

Jika Ketua Jabatan tersebut tidak ingin perkara di atas berlaku, maka, semestinya dia memiliki perancangan khusus untuk Jabatannya.

Apakah sebenarnya Pelan Pengurusan?

Perancangan (pelan) bermaksud melihat serta melakarkan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan di masa hadapan yang perlu diikuti atau dipatuhi. Ia merupakan langkah persediaan yang amat penting dan merujuk kepada aktiviti-aktiviti sistematik yang menetapkan bila, bagaimana dan siapakah yang perlu melaksanakan sesuatu tugasan.

Perancangan perlu mengambil kira aspek-aspek kewujudan, jumlah yang mencukupi, prospek-prospek sumber tenaga manusia dan peralatan keperluan lainnya untuk Jabatan tersebut bertindak melaksanakan tugasan-tugasan, berhubungan dan memberi sumbangan kepada organisasi secara keselruhan dengan lebih effektif.

Pelan Pengurusan adalah salah satu fungsi asas Pengurusan yang mencakupi soal-soal formulasi atau cara-cara untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dengan keupayaan sedia-ada.

Pelan Pengurusan meliputi hal-hal berikut:

  1. Penetapan Objektif-objektif
  2. Penetapan Pelan Menghadapi Rintangan
  3. Pelan Tindakan-tindakan alternatif
  4. Pembentukan Pelan Tindakan Sekunder
  5. Memastikan Keutuhan Kerjasama semua kakitangan
  6. Langkah Susulan dan Mengkaji Keberkesanan Pelan

Penjelasan lanjut tentang hal-hal di atas akan hanya aku paparkan di entry akan datang...

Orait semua. Setakat itu sahaja buat masa ini kerana aku jangkakan ada di antara anda yang telahpun click butang "X" di bahagian penjuru kanan atas tab (tutuplah tu...)...hehe.




Sekian.

2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    aaaaaaaaaaaa....ada satu pelan ko terlepas nih...pelan ni tak sumer org leh wat ...pelan payung terjun wakakakakka...

  2. Salam Anonymous...aku saje taknak tulis pasal tu coz panjang sgt citernya...yg terbaru, plan terjun tingkap...huahuahua

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com