Thursday, June 9, 2011

Aku Masak Mee Bandung?

11 comments
 
Salam...

Anda pernah makan mee bandung? Anda suka mee bandung? Maaf, jangan cari mee bandung di Bandung, Indonesia sebab memang anda tidak akan berjumpa..hehe.

Anda rasa, mee bandung mana yang lebih sedap? Mee bandung mana yang anda lagi suka? Muar? Batu Pahat? KL???...

Sebenarnya, aku baru sahaja selesai masak mee bandung Batu Pahat untuk makan malam aku dan isteri.

Abang Long masak mee bandung????

Kenapa? Tak percaya?...

OK..let's rolling..

Bahan-bahan yang diperlukan (ikut rasa tekak aku laa):
  • Biskut Marrie yang ditumbuk halus (menggantikan kacang tanah)
  • Cili giling (kalau cili boh tak berapa sedap)
  • Udang kering
  • Air rebusan daging
  • Daging (dipotong nipis-nipis)
  • Bawang merah dan bawang putih (diblender)
  • Santan kelapa
  • Telur
  • Tauhu dan sayur sawi
  • Mee kuning

Cara-cara memasaknya:
  • Mula-mula, keluarkan kucing dari kuali memasak dan letakkannya di tempat yang sesuai...hehe
 
  • Tumis bawang merah, bawang putih, cili giling dan udang kering hingga naik bau.
  • Masukkan santan dan air rebusan daging. Sentiasa dikacau hingga mendidih.
  • masukkan garam, gula (jangan banyak sangat kerana biskut marrie manis) dan serbuk perasa.
  • Masukkan daging yang telah direbus empuk dan dihiris halus.
  • Masukkan tauhu dan sayur sawi.
  • Pecahkan telur ke dalam kuali tetapi jangan dikacau supaya kuningnya tidak pecah.

Bila telah masak sepenuhnya, tuangkan kuah tersebut ke atas mee kuning yang telah dibasuh dan dicelur dengan air panas. Hias dengan bawang goreng.


Then, makanlah bersama-sama kucing yang anda telah alihkan tadi.

Jika rasa tidak sedap...pergi sahaja ke Batu Pahat, Johor dan cari mee bandung di medan selera Odeon.. huahuahua...



Sekian.

11 Responses so far.

  1. Hebat...Sebelum hidangan mee bandung tu siap kucing dah tu dah tak sabar2 memang kelas...ha.ha.ha.

  2. kenape mesti kucing ? cyan die.. kalau ada gambar yang masak mee bandung lg berselera :D

  3. Salam Akhbar Aman dan Freaky.. kucing tu pun nak masak jugak tapi aku tak bagi. Tu pasal dia tunjuk perasaan buat2 tido dlm kuali tuh..hehe

  4. teha says:

    hahahha ! smpt pulak kucing 2 msk dlm kuali..

  5. owh abg long.. klu kucing xde dlm kuali kne letakkan dulu la dlam kuali tu yepp, baru keluarkan.. procedure tu.. haaha..

  6. nazira says:

    wah cm bez je.. tapi yang biskut marie ganti kacang tu cm x boleh blah je.. betul ke abang long?jadi yek??

  7. Salam Teha..kucing tu nak masak sama tu..hehe.

    Salam Ibnushukran..hahaha.

    Salam Nazira..betul..jadi..ni tgh mkn la nih...sedaaap..hehe

  8. salam..

    walau mcm mane,n mane tmpt sklipon,sy akn tetap kata mskan mak sy lg sedaaappp!!

    huhuh,nmpk sedap je abg long masak ni..cer bg sy rasa..lalalala..

  9. Ellen says:

    aik...ingatkan mee bandung apa abang long..lawak plak..hehe...BTW..thanks sebab singgah blog ellen ya..hehee

  10. salam.. morning..
    wallaa.. best meebandung. balik muar dapat mkn meebandung baik punya buatan mak mentua... tapi kat kl ni mana ya nak dpt meebandung yg betul2 setanding ngan kt muar tu...

  11. Salam Naturalbeauty..mee bandung Muar memang terkenal, tapi ada tempat2 yang kita perlu tahu utk dpt yg sedap2..kat KL ni payah gak nak cari cuma ada dua tiga tempat yg Abg Long selalu pergi...satu kat warung sebelah Jusco Maluri dan satu lg kat depan Tmn Watan Ampang...yg lain2 lum pernah try lg..bnyk yg xsedap.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com