Thursday, May 19, 2011

Men Don't Cry?

3 comments
 
Salam...

Pernahkah anda menangis? Kenapa anda menangis? Bagaimanakah perasaan anda semasa dan sesudah menangis?


Jika aku tujukan soalan-soalan di atas kepada kaum hawa, sure ramai yang memberikan response dengan jawapan "Ya" dan diikuti dengan sebab-sebabnya. Bagaimanapula jika aku ajukan soalan-soalan yang sama kepada kaum adam???

Mungkin ada orang lelaki yang menjawab, "tak macho la lelaki menangis", "bapok je kalau menangis" ataupun "pergi tukar baju, pakai la skirt sekali!!"..huhu.

Anak aku yang kecik itupun pernah bersuara, "Abah, orang tu menangis terbahak-bahak! Tak malu ke orang lelaki menangis?". Pada mulanya aku agak confuse juga. Mana ada orang menangis terbahak-bahak, kalau ketawa terbahak-bahak memang ada. Bila aku perhatikan cerita di TV yang ditontonnya barulah aku faham. Rupa-rupanya, pelakon lelaki itu ketawa besar hingga menitiskan air mata!

Tak machokah lelaki jika menangis? Bapokkah lelaki jika menangis? Hilangkah kejantanan lelaki jika menangis? Mungkin telah menjadi lumrah, orang lelaki agak sukar mengalirkan air mata (menangis) kerana sifat keegoan yang tinggi atau malu.

To tell you the truth, aku juga pernah menangis!

Aku menangis apabila mendapat pekerjaan semula setelah 8 bulan aku menganggur. Aku just teringat kesusahan ibu dan bapaku ketika aku di dalam tempoh menanam anggur tersebut.

Aku pernah menangis tersentuh kerana rindukan anak-anakku.

Aku pernah menangis kerana memikirkan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang aku sayang.

Aku pernah menangis tatkala mahasabah diri dan memikirkan dosa-dosaku yang menimbun. Malah, aku selalu menangis ketika menunaikan solat hajjat, tahajjud dan solat taubat.

Dan, aku juga seringkali menangis ketika membuat row-call semasa memberikan ceramah-ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah kelolaan Biro Tata Negara (BTN). Tangisan aku itu kemudiannya berjangkit kepada hampir semua pelajar yang mendengar ceramahku.

Persoalannya, adakah aku tidak macho? Adakah aku bapok? Adakah kejantanan aku hilang sebab aku menangis? Sudah tentulah aku akan menjawab...tidak, tidak!, tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!...hehe.

Sebenarnya, menangis ada kebaikannya. Bukan sahaja menangis itu merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa kesedihan, meluahkan rasa kesedaran atau keinsafan, malah, menangis dapat membantu merembiskan lebihan tenaga negatif di dalam tubuh seseorang yang mungkin boleh menghasilkan elemen-elemen yang kurang baik kepada tubuh seperti depression (ketegangan fikiran).


Aku paparkan di sini satu artikel tentang lelaki menangis yang ditulis oleh saudara Khairilz di blog beliau 
http://khairilz.net/2010/fakta-menarik/kenapa-lelaki-menangis/

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?
  1. Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  2. Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  3. Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  4. Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  5. Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  6. Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  7. Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


Aku tidaklah menganggap diriku sebagai orang yang kuat iman kerana aku boleh menangis. Aku hanya seorang lelaki biasa dan normal. Aku cuma ingin mengesyorkan kepada rakan-rakan kaum adam untuk menangis sekali-sekala. Kepada yang tidak pernah menangis, belajar-belajarlah menangis.

Bukanlah pula menangis seperti orang yang tidak berapa betul melolong sana dan sini. Atau menangis tersedu-sedu hingga mendapat selesema beberapa hari. Tidak juga menangis sambil berguling-guling atau menyembamkan muka dan memeluk bantal peluk.


Menangislah sekadar menitiskan air mata setitik dua (jika terasa amat sukar). Kita akan rasa lebih lega dan tenang setelah menangis.


Janganlah menangis hanya ketika di dalam kesedihan sahaja.

Ingatlah, titisan air mata yang jatuh kerana menangis ketika mahasabah diri, insaf dan bersyukur kepada Tuhan amat besar pahalanya.

Apa lagi...jom kita belajar menangis beramai-ramai...huhu.



Sekian.

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    touching bila tengok lelaki menangis..sob..sob..

  2. Salam MDT, thanx sudi komen.. elok jgn tengok klu camtu hehe

  3. Nangis juga antibiotik kepada semua manusia.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com