Sunday, May 1, 2011

Jangan bertengkar tentang hal agama

5 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja selesai menghantar borang cukai pendapatan (borang BE) ke LHDN menggunakan sistem e-Filing. Lega rasanya.


Sedang aku berseronok melepaskan nafas kelegaan, aku terdengar bunyi bising pertengkaran dua remaja di hadapan rumahku. Yang seorang itu bercerita tentang kononnya Imam Mahadi telah muncul di Makkah, manakala yang seorang lagi menyanggah kerana cerita Imam Mahadi hanyalah mitos dan tiada bukti sahih sebagai petanda hari kiamat. Bermacam-macam ulasan yang aku dengar dari remaja yang pertama itu tadi tentang kewujudan Imam Mahadi manakala rakannya beria-ia membantah.

Aku bukanlah ingin mencoret tentang perihal Imam Mahadi tetapi terasa risau melihat atau mendengar segelintir masyarakat kita yang sering bertengkar mengenai sesuatu perkara yang berkisar tentang hal-hal keagamaan. Setahu aku (apa yang aku pelajari), kita ditegah untuk berbuat demikian.

Aku teringat cerita semasa aku bertugas di bahagian ATM Servicing Maybank dahulu di mana ketika itu salah seorang pegawai telah tertinggal kunci ATM yang perlu diisi tunai dengan segera. Akibatnya, mesin tersebut telah down akibat kehabisan tunai.

Setelah ditegur kenapa terlupa membawa kunci, pegawai tersebut tiba-tiba naik angin dan memarahi semua orang yang ada di situ dengan berkata...

"Itu semua sudah takdir. Mungkin ada sebab aku terlupa. Mungkin juga ada malapetaka yang akan menimpa aku kalau aku pergi ke sana tadi!"

Kerana tidak tertahan disergah, salah seorang rakanku (juga seorang pegawai) berkata, "Engkau tidak boleh menyalahkan Takdir semata-mata sedangkan engkau sendiri yang terlupa!"

Dan pertengkaran itu berlarutan sehingga terpaksa dileraikan oleh Ketua Unit.

Keesokan harinya yang berdua itu bertengkar lagi, tetapi bukan tentang topik menyalahkan Takdir tetapi khusus kepada "Haramnya Rokok di sisi Islam". Yang bestnya, kedua-dua mereka tidak merokok. Orang yang merokok pula yang seronok menonton perdebatan mereka berdua..huhu.


Rakanku yang sebelum ini beria-ia benar benar mengatakan Takdir yang membuat dia terlupa membawa kunci ATM, bertegas mengatakan rokok itu haram kerana telah terbukti ia membahayakan kesihatan. Manakala yang seorang lagi pula hanya setuju bahawa rokok itu makruh dihisap.

Sekali lagi Ketua Unit bertindak meleraikan pertengkaran mereka tetapi kali ini dengan sinis menambah kata-kata berikut.. "OK, mulai esok, kamu berdua dan semua yang ada di sini dan termasuklah aku, kita sama-sama jangan datang kerja naik kereta, bas atau motor!"

"Kenapa pula?"

"Sebab, telah terbukti bahawa asap kenderaan membahayakan kesihatan, malah, lebih merbahaya dari asap rokok. Oleh itu, kenderaan yang jenis berasap itu haram digunakan!!..Kita sama-sama datang kerja naik UNTA!!!"


Senyap kedua-dua rakanku yang bertengkar tadi...hahaha.

Morale of the story is...
  1. kalau kita tidak tahu tentang sesuatu atau sesuatu hukum, adalah lebih elok merujuk kepada yang lebih arif.
  2. Jika ingin belajar agama, janganlah hanya merujuk kepada buku 100%. Perlulah berguru dengan orang yang alim juga.
  3. Jika hanya tahu sedikit tentang sesuatu ilmu, jangan berlagak seolah-olah andalah orang yang paling arif atau paling tahu (pakar) di dalam hal tersebut.
  4. Jika mendapat sedikit pembayang tentang sesuatu hukum, jangan suka berbuat anggapan yang menyeluruh berdasarkan apa yang anda rasa atau suka "Jump to Conclusion".
  5. Janganlah berdebat dan bertengkar tentang sesuatu atau hukum agama. Rujuklah kepada yang pakar.
  6. Apabila belajar tentang agama, bukalah minda (jangan pula sempitkan minda) dan jika tidak berapa faham atau was-was bertanyalah untuk mendapatkan kepastian.

Pernah suatu ketika semasa aku belajar di Universiti, seorang Ustaz bertanya "Babi itu Islam tak?"..

Agak-agaknya apakah jawapan anda untuk soalan tersebut?



Sekian.

5 Responses so far.

  1. Browacana says:

    Entri yang menarik dan ada maksud mendalam... two thumbs up la bro!

  2. Jebon says:

    Salam Long...so, berapa lak cukai ko tahun ni? Jgn cuba nak escape dr membayar...kah!kah!kah!

  3. Salam Akhbar Aman...thanx sudi komen.

    Salam PW, thanx sudi komen., sekadar ingin berkongsi dan menyampaikan apa yg telah dipelajari. Harap memberi manafaat.

    Salam Jebon, hanx sudi komen.. ape plak aku nak lari? Aku dah terlebih bayar RM1600..so, kena claim dr LHDN. Bila dpt nanti leh la kita pekena rojak dan cendol tapai..huhu

  4. Anonymous says:

    belajar banyak

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com