Wednesday, June 16, 2010

Gaji Pegawai Keselamatan Naik

4 comments
 
Salam,

Aku ingin merujuk kepada berita di Harian Metro bertarikh 15-Jun-2010 dan beberapa lagi berita yang seumpamanya di akhbar-akhbar utama tentang hasrat kerajaan untuk menetapkan kadar gaji minima pegawai keselamatan.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib yang juga big boss aku berkata, 
“Lambat atau cepat, gaji tetap akan naik. Jadi, semua pihak perlu bersabar. Kami akan cuba usahakan juga supaya kenaikan gaji minimum dapat dilaksanakan tahun depan. Tapi, biarlah kenaikan itu secara sistematik bukan dengan tergesa-gesa kerana bimbang akan timbul masalah pula kelak”.

Perlukah gaji Pegawai keselamatan dinaikkan?

Dari segi kemanusiaan, aku memang bersetuju dengan kenaikan tersebut.

Mungkin anda tidak tahu bahawa kadar gaji asas seseorang pegawai keselamatan biasanya di antara RM300 ke RM700 sebulan. Dengan jumlah yang sedemikian, mungkin tidak mencukupi untuk menyara kehidupan harian mereka (dan keluarga mereka) lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini. Untuk menampung kekurangan tersebut, mereka gemar membuat kerja lebih masa (overtime). Sampai bila mereka harus bertungkus lumus seperti itu? Aku telah beberapa kali terlihat pegawai-pegawai keselamatan yang tertidur di tempat kerja berpunca dari kurangnya rehat kerana berterus-terusan membuat kerja lebih masa.

Dari segi ekonomi, aku menjangkakan akan ada “Domino Effect” akibat dari kenaikan gaji tersebut.

Jika pegawai keselamatan yang biasanya berpendidikan rendah, mempunyai gaji minima yang tinggi, bagaimana pula dengan pekerja-pekerja lain yang memiliki taraf pendidikan yang lebih baik (diploma misalnya)? Tidakkah mereka juga inginkan kenaikan atau mahukan gaji minima mengikut kelulusan mereka?.

Staff aku pernah menyuarakan, “Jika gaji Guard naik, buat apa saya bertungkus lumus membuat kerja-kerja ini sedangkan gaji saya akan kurang dari mereka selepas pelarasan dibuat. Baik saya jadi Guard sahaja tidak perlu pening-pening buat kerja sekarang ni”. Ada juga yang menambah, “Kalau macam ni, buat apa aku nak belajar sampai masuk university tapi gaji aku sama sahaja dengan Guard yang setakat SRP/PMR sahaja?”.

Apa agaknya akan berlaku jika semua pihak meminta kenaikan gaji?

Dan, kebiasaannya, apabila ada kenaikan gaji, harga-harga barangan juga akan turut meningkat dan inilah yang membuat aku serba salah samada mahu setuju atau tidak...hehehe.

Apakah yang lebih penting?

Aku bersetuju, kenaikan gaji adalah perlu tetapi bagaimana pula jika pembayarannya dilewat-lewatkan?

Aku telah banyak mendengar cerita-cerita kelewatan membayar gaji oleh syarikat-syarikat kawalan keselamatan. Terdapat syarikat yang membayar gaji lewat melebihi 15 hari! Aku mendengar cerita-ceriat tentang staff-staff mereka yang mogok dan tidak mahu bekerja selagi gaji tidak dimasukkan. Ada juga cerita-cerita yang tidak sedap didengar tentang berlakunya kecurian tunai yang dilakukan oleh staff-staff akibat terlalu perlukan wang.

Aku pernah bertanya kepada staff-staff aku apakah pilihan mereka di antara kenaikan gaji dengan pembayaran gaji mengikut masa yang ditetapkan. Walaupun ada yang mahukan kedua-duanya, tetapi majoriti memilih gaji dibayar "on-time".

Sekarang, kita lihat effect yang mungkin berlaku jika gaji pegawai keselamatan dinaikkan.

Kebanyakan syarikat-syarikat atau orang perseorangan yang inginkan khidmat pegawai keselamatan biasanya akan memilih kadar fee yang paling murah di antara syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang menawarkan khidmat tersebut.

Cuba anda bayangkan, jika fee yang diminta ialah RM3.50 untuk satu jam. Untuk sebulan syarikat kawalan keselamatan akan memperolehi jumlah fee sebanyak RM2,520 (anggaran jumlah jam bekerja 24 jam selama 30 hari). Bagi memastikan pegawai keselamatan sentiasa ada di pos pengawal, syarikat memerlukan tidak kurang dari 3 pegawai yang bekerja secara "shift". 2 orang pegawai akan bekerja sepenuh masa dan seorang lagi untuk "standby" jika salah seorang dari 2 pegawai tadi tidak bertugas (bercuti dan sebagainya).

Katakan, selepas pelarasan gaji minima (75%), gaji seorang pegawai keselamatan ialah RM875 (gaji asal RM500). Untuk menggaji 3 pegawai keselamatan, syarikat perlu ada RM2,625 setiap bulan. Syarikat kekurangan RM105 untuk membayar gaji mereka! Itu tidak termasuk jika pegawai keselamatan tersebut membuat kerja lebih masa.

Ditambah pula dengan sistem pembayaran pelanggan yang mahukan tempoh kredit 30 hari dan kekurangan hasil pungutan fee tersebut, ada kemungkinan pembayaran gaji ketiga-tiga pegawai keselamatan tersebut dilewatkan atau mungkin juga dipotong.

Pandangan aku

Aku bukanlah tidak bersetuju gaji pegawai keselamatan dinaikkan. Aku mengalu-alukannya agar kehidupan mereka menjadi lebih sempurna. Cuma, aku berharap kerajaan akan menilai dahulu kesan-kesan akibat kenaikan tersebut kerana kebiasaannya, golongan pertengahan seperti aku ini yang akan terasa bahangnya apabila sesuatu golongan pekerja mendapat kenaikan gaji.

Kajilah juga nilai-nilai fee yang diminta atau termaktub di dalam kontrak-kontrak pelanggan-pelanggan termasuk juga jabatan-jabatan Kerajaan. Mungkin Kerajaan perlu menetapkan kadar asas bagi setiap perkhidmatan kawalan keselamatan agar syarikat Kawalan Keselamatan boleh terus hidup dan berdaya saing.

Kenaikan gaji adalah perlu tetapi pembayaran gaji mengikut waktu tanpa kelewatan walaupun sehari adalah TERAMAT PERLU!


Bagaimana pula dengan anda?


Sekian.

4 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Abg Long,

    Post kali ni menarik dan agak pedas untuk sesetengah pihak....'pedas punyer!!!!!!!!!!!!!!' hahahhaha

    Yela...hanya untuk pihak yg makan cili...tak makan cili tak rasa pedas ye tak...

    Pendapat saya...kenaikan gaji memang satu isu yang mana boley mengakibatkan domino reaction but in the end, who's responsibility is it???kalau tak tanggungjawab company tu sendiri.....

    Nk naikkan gaji biarlah adil...kalau nk naikkan gaji....kene systematic...yg mana semua staff kene dinaikkan gaji untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan pekeje....

    Isu kenaikan gaji memang panas tp...isu gaji lambat lagi panas.....

    Kenapa lambat? Adakah org yg bertanggungjawab tidak berkebolehan untuk menyediakan kertas keje? Adakah company meletakkan fund ke tempat lain dahulu? Atau company memang tiada duit? (Tiada duit selalu dijadikan alasan tp sampai biler?)

    Bab bab gaji lambat company seolah olah mcm perkara biasa tp potong gaji cepat ler plak...Kalau mcm tu boley je kita propose kalau gaji lambat company bayar dngan interest sebab pekeje kene bayar interest kepada bank...

    Or adakah ada satu konspirasi di mana kalau bayar lambat duit yg sepatutnyer pegi kepada pekeje digunakan untok mendapat untung kepada sesetengah pihak.....

    Jgn lupa...baru baru ini ada article di suratkhabar and news kat tv3 meminta pekeje pekeje membuat komplen jikalau company menyalah gunakan kaedah pemberian gaji dan pemotongan KWSP...Pemotongan KWSP lagi satu isu....jadi kita tak payah pegi ke sana dulu sebab citer ni akan melarat panjangnyer....

    Conclusion saya nk sharekan...maybe company kene ubah cara structure kepada lebih systematic or maybe org tertentu yg perlu ditukar (dinasour)

    :)

  2. Salam Anonymous,
    Mak ai..panjang berjela-jela komen anda nih..Dari segi maklumat yang anda beri tu, seolah-olah anda juga pernah merasai kelewatan pembayaran gaji...hehehe.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com