Wednesday, June 2, 2010

Fahami Bahasa Inggeris

3 comments
 
Salam,

Kali ini aku hendak share dengan anda akan kepentingan memahami sesuatu perkataan di dalam Bahasa Inggeris terutamanya perkataan-perkataan yang biasa didengar atau disebut supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada diri sendiri dan orang lain. Adalah lebih baik untuk memahami sesuatu perkataan itu sebelum menggunakannya.

Aku ingin bercerita tentang beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ex-staff aku semasa bekerja di Maybank dahulu. Bukan untuk mengutuk mereka tetapi untuk dijadikan iktibar atau panduan kepada kita semua betapa pentingnya belajar.

Cerita pertama

Ex-staff aku ni jenis manusia yang suka menolong orang terutamanya menolong sesama kawan sekerja. Kita panggil jer dia Mr J. Salah satu fe’el dia yang aku suka ialah dia tidak suka kalau ada telefon berdering melebihi 3 kali. Dia mesti akan jawab walaupun “line” telefon tu bukan dia punya. Satu sikap yang aku puji kerana pada masa tersebut pihak pengurusan bank mengarahkan supaya semua panggilan telefon mesti dijawab sebelum deringan yang keempat.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari yang sibuk telefon di meja salah seorang ex-pegawai aku telah berbunyi. Biasanya panggilan-panggilan melalui telefon tersebut datangnya dari para pelanggan bank yang menghadapi masalah di dalam transaksi ATM/CDM mereka dan kebanyakan panggilan agak “panas”. Itu sebabnya aku memerlukan seorang pegawai untuk menguruskan semua panggilan dari telefon tersebut.

Seperti yang dijangka, panggilan datangnya dari seorang pelanggan bank yang menghadapi masalah dengan transaksi ATMnya. Telefon berdering melebihi 4 kali kerana tiada pegawai bertugas di situ (mungkin ke tandas).
Mr J dengan “macho”nya menjawab tetapi oleh kerana ke”lorat”an pelanggan bank tersebut, Mr J jadi menggelabah terutamanya kerana pelanggan tersebut berbahasa Inggeris. Oleh kerana tidak tertahan dengan situasi panas itu, Mr J memutuskan untuk memanggil pegawai yang bertugas dan memberitahu pelangggan yang masih lagi “on the line” dengan intonasi dan lenggok percakapan yang paling lembut dan berkata:

“Excuse me sir. could you please hold on forEVER“.


Cerita kedua

Ini pula cerita Mr Z. Seorang yang rajin bekerja terutamanya kerja yang membolehkan dia claim “overtime” banyak-banyak. Mungkin kerana tahap pendidikan yang agak kurang, Bahasa Inggeris dia agak “terkucil”. Aku tiada masalah dengan kekurangannya kerana aku akan letakkan dia di tempat yang tidak memerlukan dia bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, aku tetap menggalakkan dia belajar untuk perkembangan kareernya kelak. Aku gembira kerana dia mahu belajar walaupun kadangkalanya menimbulkan kekecohan di tempat kerja.

Suatu hari, sewaktu dia sedang berdiskusi dengan rakan sekerjanya yang lain, tiba-tiba dia bertanya kepada salah seorang pegawai.
“Kak, betul dalam bahasa inggeris apa?” dan jawapan yang diterima ialah “betul = true, kalau salah = false”.

Kemudian Mr Z menyambung diskusi dengan rakannya yang lain. “Aku setuju dengan engkau. bro. Apa yang engkau cakap tu memang betul”. Dia kemudiannya menambah:

“You are TRUE man”.




Kesimpulan

Cerita-cerita di atas bukan untuk mengutuk atau merendah-rendahkan martabat ex-staff aku tu tetapi sebagai contoh yang baik betapa pentingnya kita memahami sesuatu perkataan di dalam Bahasa Inggeris sebelum menggunakannya. Aku pula ingin menjadikan cerita-cerita tersebut di antara kenangan-kenangan bahagia aku bersama ex-staff aku semasa di Maybank.

Kepada ex-staff aku tu, jangan "mare" yer?

Cuma..sekarang ni aku nak gelak puas-puas..kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh he he he he he he he he he he he he he he he he….


Sekian

3 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    mintak maaf yer....walaupun tak kenal saya pun nk tumpang gelak....MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...
    timer kasih dengn citer di atas kerana menceriakan ari saya......
    bukan nk kutuk tp berterima kasih bab citer sedemikian membuat hari saya ceria.

  2. Mari kita gelak sama-sama then...hahahahaha

  3. Shekeen says:

    Hehehehehe... You are TRUE man... Hahahahaha... Tp mcm kesian pun ada... Sebab dua2 kes tu melibatkan tahap english yg paling basic...

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com