Saturday, April 30, 2011

Am I really badmouthed the company?

2 comments
 
Salam...

Pagi ini aku seperti biasa berjogging dan brisk walking. Petang semalam dan pagi ini aku tidak minum Jus Manggis Shamelin seperti biasa, kerana ingin melihat tahap stamina aku tanpa meminum Jus Manggis tersebut. Hasilnya, memang stamina aku telah bertambah baik cuma tidak setanding dengan stamina setelah meminum Jus tersebut.

Aku rasa kali ini jarak yang aku telah buat cuma 4km dan terpaksa berhenti kerana aku seolah-olah kehabisan kudrat.  Setibanya aku di rumah, tenaga aku seperti luluh sepenuhnya dan aku terlentang kepenatan.. adoi ai!!



Dalam masa aku berbaring tersebut, aku ternampak satu kotak berisi dokumen-dokumen ketika aku bekerja di syarikat lama aku dahulu. Aku sepatutnya telah menyimpannya di stor tetapi kerana kemalasan aku, kotak tersebut masih lagi wujud di bawah tangga rumahku.

Dengan kudrat yang tinggal cebisan, aku gagahkan diri untuk mengangkat kotak tersebut untuk di simpan di stor. Di bahagian atas penutup kotak tersebut terpampang satu helai cetakan dari salah satu e-mail aku. E-mail itu menunjukkan conversation aku dengan salah seorang rakan karibku yang berkisar tentang syarikat aku yang membayar gaji bukan on time, kegagalan mencarum potongan gaji aku untuk KWSP serta tidak mematuhi tuntutan LHDN untuk remit potongan gaji aku untuk pembayaran PCB.

Inilah e-mail yang telah menyebabkan big boss di syarikat tersebut begitu kecewa dengan aku yang melabel aku sebagai "Bad Mouth"!!

Pada ketika itu, entah mengapa aku hanya tunduk membisu seolah-olah menerima sahaja kata-kata big boss sedangkan sepatutnya aku mempertahankan diri. Menurut beberapa rakan sekerjaku, big boss itu ada membela sesuatu yang boleh menundukkan pekerjanya, tetapi, aku malas untuk ambil pusing perkara sebegitu...Entahlah!!

Adakah aku ini "Bad Mouthed" syarikat tersebut?

Apa makna "Bad Mouth"?

Dalam bahasa Inggeris "Bad Mouth" bermaksud "To criticize or disparage, often spitefully or unfairly" ataupun juga "Charge falsely or with malicious intent; attack the good name and reputation of someone".

Dalam bahasa Melayu ianya satu perkataan yang mudah disebut iaitu "FITNAH"!!



Adakah benar aku memfitnah syarikat tersebut?

Memang aku ada menceritakan sesuatu yang buruk tentang syarikat iaitu membayar gaji lewat, tidak mencarum KWSP dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak membayar atau remit ke akaun LHDN potongan PCB aku walaupun gaji telahpun dipotong. Cuma, aku tidak beranggapan itu sebagai FITNAH.

Pertamanya, aku bercerita sesuatu yang fact yang aku sendiri mengalaminya walaupun fact tersebut merupakan sesuatu yang boleh menjejaskan imej syarikat dan aku mempunyai bukti yang kukuh untuk aku membawanya ke tengah atau ke pihak berwajib. Jika aku berbuat demikian sekalipun (mengadu ke pihak berwajib), tindakan aku itu bakal memberikan kebaikan kepada aku dan kakitangan syarikat yang mengalami nasib yang sama. Lainlah jika aku bercerita tentang pengurusan syarikat yang menggelapkan duit client untuk tujuan peribadi (aku harap itu tidak berlaku), di mana imej syarikat akan terjejas teruk manakala aku pula tiada mendapat apa-apa hasil darinya.

Keduanya, aku hanya bercerita kepada seorang rakan karibku yang aku memang percaya bukan jenis orang yang suka menyebarkan cerita. Aku sekadar ingin meluahkan perasaan aku yang gundah gulana akibat tindakan syarikat yang bagi aku tidak beretika tersebut serta mengabaikan kebajikan pekerja.

Bagi aku, GAJI adalah sesuatu yang basic kepada setiap pekerja. Jika syarikat gagal untuk melunaskan basic needs seperti itu, ada kemungkinan berbagai-bagai perkara yang tidak elok akan berbangkit. Aku pernah mencoret isu kelewatan pembayaran gaji dan natijah darinya di artikel lama aku yang bertajuk "Gaji Oh Gaji". Jika tidak mahu staff membawa mulut atau "Bad Mouth", bayarlah gaji mereka mengikut masanya dan jangan dilewat-lewatkan walau apa jua alasannya.

Dalam agama Islam ada ungkapan mengatakan "Bayarlah upah pekerja anda sebelum kering peluhnya", jadi bagi sebuah syarikat yang berbangga berstatus Bumiputera dan ownernya beragama Islam, kenapa tidak dituruti tuntutan agama tersebut?

Malah di dalam undang-undang negara juga ada perihal tentang gaji. Sila lihat gambar-gambar di bawah:



Sekurang-kurangnya, jika tidak mahu menghormati undang-undang tersebut, apa salahnya melihat pembayaran gaji mengikut masa yang ditetapkan tersebut sebagai menunjukkan rasa ehsan kepada para pekerja?

Ketiganya, memang salah aku yang terlalu emosional dan gagal mengawal perasaanku lalu bercerita kepada orang luar walaupun rakan karibku. Emosi aku terganggu kerana kelewatan pembayaran gaji melebihi sebulan dan aku pula banyak tanggungjawab melunaskan segala perbelanjaan keperluan keluargaku.

Bak kata pepatah, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". So, aku terpaksa menerima dan menelan kata-kata kekecewaan yang pedas dari big boss aku itu.

Aku juga dapati, e-mail aku itu telah dilihat atau mungkin juga dicetak oleh seseorang di syarikat tersebut dan kemudiannya disampaikan kepada big boss. Jika tidak, masakan big boss tahu.

Bagaimana pula dengan status orang yang menyampaikan e-mail tersebut kepada big boss?

Bukankah dia juga "Bad Mouth"?

Well, siapalah aku untuk menilai orang. Cuma aku terpaksa juga menerima hakikat bahawa orang tersebut merupakan LALANG yang sepatutnya aku telah tebas lebih awal dahulu. LALANG yang telah berjaya melakukan kerjanya sebagai seoranjg BACKSTABBER yang berjaya...Tahniah!



Sekian.

2 Responses so far.

  1. Muttallif says:

    Bayar gaji lambat...aku pun pernah lalui perkara ini dengan kwsp tak dibayar...adeh...penat ooo kerja kalau duit payah sangat nak nampak.

    Satu lagi, kalau dah backstabber,virus yang sentiasa ada dalam office kat mana-mana pun.

    itulah manusia.

  2. Salam Taliff, thanx sudi komen.. kenapa perlu mendera pekerja dgn membayar gaji lambat sedangkan pekerja juga manusia yg memerlukan wang untuk kehidupan?

    Yg peliknya, boleh pula berbelanja utk perkara lain tetapi gaji pekerja tak diambil kisah

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com