Friday, April 15, 2011

Problems with third party widget

6 comments
 
Salam...

Pagi tadi, awal-awal lagi (selepas solat subuh) aku meneruskan aktiviti berjogging dan brisk walking aku. Bukan apa, just khuatir hari akan hujan seperti semalam dan aku tidak berpeluang mengerah kudrat sepertimana target yang aku inginkan.

Selepas selesai bersenam, aku terfikir pula untuk menimbang berat badan aku kerana telah lama juga aku tidak memeriksanya.


It's 64kg!...hmmmm..turun lagi 1kg nampaknya. Jika dahulu aku mempunyai target untuk menurunkan berat dari 75kg ke angka 65kg, dan aku telahpun berjaya, sekarang ini, aku tidak lagi mempunyai target yang khusus. Aku cuma ingin badanku cergas dan berstamina.

Setelah selesai mandi, aku buka lappy aku dan melihat serta memeriksa blog aku ini untuk memastikan tiada apa-apa yang tidak elok berlaku. Malangnya ia berlaku juga! Widget Mister Linky aku tidak mempunyai data!

sila lihat paparan di bawah:

Yang dipaparkan

Yang Sepatutnya



Inilah puncanya kadang-kadang aku malas menggunakan third party widget atau javascript dari website lain kerana apabila website tersebut bermasalah blog aku juga jadi bermasalah.

Sebenarnya, aku telah lama bercadang untuk menggunakan Mister Linky's Magical Widget tetapi aku tangguhkan kerana memikirkan mungkin masalah di atas akan berlaku. Sebab itu link-link yang terdapat di widget tersebut masih kurang berbanding jumlah follower yang aku ada. Oleh kerana aku perlu membuat blogwalking khasnya ke blog-blog para follower, widget Mister Linky ini adalah sangat membantu. Aku tidak perlu lagi klik ikon gambar follower, menunggu profile follower keluar dan mencari website follower di situ sebelum klik link yang berkaitan.

Bagaimana pula dengan third party widget yang lain?

Aku masih lagi mengguna dan mengekalkan widget seperti "Shoutmix", "LinkWithin", "Recent Visitors" dan beberapa "javascript" kerana bagi aku widget dan "javascript" tersebut terlalu berharga buat blog aku ini. Walaupun demikian, aku masih mencari widget yang dibekalkan oleh google untuk menggantikan widget tersebut cuma sekarang ini masih belum wujud ataupun mungkin kurang menarik.


Aku juga cuba untuk mengurangkan penggunaan "javascript" yang dihostkan di website lain. Buat masa sekarang aku masih tidak mengalami masalah lagi keran website yang menyimpan "javascrip" tersebut stabil. Cuma, aku risau juga jika si pembuat "javascript" tersebut telah melebihi tahap bandwidth yang ditetapkan.

Untuk layout blog, aku masih lagi terkial-kial mengubah CSS termasuk menggantikan atau mengurangkan "HTTP Requests". Jika boleh aku hanya ingin menggunakan kod-kod HTML yang biasa-biasa sahaja seperti penggunaan warna dan penyusunan margin.

Aku teringat beberapa hari lalu telah melawat blog Nusha yang layoutnya kucar-kacir dengan remarks yang tidak menarik dari "photobucket". Kasihan aku kepada tuan punya blog tetapi apakan daya, itu adalah kesan-kesan dari HTTP Requests dan so happen, ada masalah dengan website "Photobucket" (agaknya) ataupun mungkin juga si creator telah melebihi bandwidth limit.




Tetapi sekarang, blog beliau telah kembali kepada asalnya.

So, untuk beberapa hari ini, aku akan luangkan masa yang banyak untuk mencari idea dan menimba ilmu dari blog-blog serta website yang memberikan tutorial bagaimana untuk mengedit HTML.

Sekiranya, anda datang berkunjung ke blog aku ini dan mendapati ada elemen-elemen yang carca-marba, aku mohon maaf kerana ketika itu aku mungkin sedang membuat beberapa ujikaji.



Sekian.

6 Responses so far.

  1. banyaknye turun berat. na tips? :)

  2. Salam Fatien...nak tips? Cara yg biasa2 ajer..1) Jgn tido lepas mkn. 2) Mandi sebelum mkn bukan selepas mkn 3) Bersenam..banyakkan brisk walking 4) Mkn mlm sebelum kul 7.30 5) Sit up 6) Boleh skip lunch tp jgn skip breakfast 7) Cari food supplement yg sesuai tp jgn terlalu bnyk mkn vitamin tambahan 8) Banyakkan minum air panas suam 9) Cuba elakkan ais dan terakhir sekali 10) minumlah Jus Manggis Shamelin utk kesihatan yg lebih baik..hehehe

  3. wahhh...mmg kucar kacir blog sy tu...sabar aje..huhuuh...mintak2 la ok je pasni...tq ea abg long letak banner kat entry ni..hehehe..

    fuh,leh try ar tips ni..nk turun brat badan gak la..xpnh wat sblm ni..

  4. Salam Nusha..blog Nuusha tu dah jadi bahan contoh hehehe, tapi skrg ni dah ok.

    Nak turun berat badan bnyk cara tp kena hati2 gak coz kadang2 dia turun sket, pastu naik berganda2 hehe.

    The best is exercise.

    Kalau nak hasi paling cepat selain mkn ubat, cuba puasa nasi (jgb mkn nasi) let say sebulan. Makan mee hoon pun cuba elakkan. Bila dah turun terus maintain dgn bersenam.

  5. Anonymous says:

    I feel this is one of the such a lot vital info for me. And i'm satisfied reading your article.
    However want to observation on some normal things, The site style is wonderful, the articles is truly great : D.
    Excellent job, cheers

    For an incredible solution please check-out this web-site: house builder

  6. Anonymous says:

    Quality posts is the main to be a focus for
    the viewers to go to see the site, that's what this web site is providing.



    My webpage - commercial building

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com