Friday, August 26, 2011

Trafik Di Hari Raya

9 comments
 
Salam...

Sudah bersedia untuk pulang ke kampung? Atau, mungkin juga telahpun berada di kampung? Instead of pulang ke kampung, datang ke bandar untuk beraya? Tak ada kampung? Opps! Minta maaf. Aku berharap anda semua selamat sampai ke destinasi yang anda tujui dan selamat kembali ke tempat anda bermula. Harap kita sama-sama berhati-hati ketika memandu di jalan-raya. Harap kita dapat menahan sabar dan beretika ketika memandu.


Bagaimanakah keadaan trafik? Jammed? Banyak kenderaan?

Yang aku pasti, semasa Hari Raya nanti, jalan-jalan di Bandaraya Kuala Lumpur ini meriah. Meriah? Ya, meriah dengan anjing-anjing yang berkeliaran dan ber"breakdance" di tengah jalan kerana kurangnya kenderaan yang lalu-lalang...hehe.

Speaking of trafik yang lengang, begitu jugalah yang sering berlaku terhadap trafik blog aku ini. Sewaktu Hari Raya tahun lepas, trafik atau visitor blog aku merudum jatuh sehingga mencecah 90% dan adakalanya cuma tinggal 2% jumlah pelawat yang menyinggah. 2% tu mungkin juga pageviews dan visit daripada aku sendiri..hehe. Puncanya mungkin sebab tiada entry menarik yang aku publish serta tiada blogwalking yang aku lakukan. Ataupun, mungkin juga rakan-rakan blogger semua dan khasnya para follower blog aku ini tiada yang online kerana masing-masing sibuk beraya.

So, apa yang perlu aku buat untuk memastikan blog aku ini sentiasa ada trafik?

Mungkinkah perlu untuk aku menulis entry di dalam English supaya visitors dari negara luar (yang faham English) akan datang menyinggah? Ye la..they all tu mungkin tidak menyambut Hari Raya dan ramai juga yang online ketika kita masing-masing beraya dan off-line.


Apesal pulak aku concern sangat tentang trafik ni?

Entahlah..aku tak ada target pun untuk dicapai khasnya yang berkaitan dengan trafik yang tinggi.

So, biarlah kut. Kalau ada trafik, bolehlah aku tambah senyuman aku semasa beraya nanti..hehe.

Bagaimana pula blog orang lain?

Ada juga yang aku lihat sentiasa mempunyai trafik yang tinggi walaupun pada masa tu blog aku senyap sunyi.

Apa yang mereka buat?

Ada sesiapa yang sudi share?




Sekian.

9 Responses so far.

  1. yang penting jangan putus asa :)

  2. er..buat auto publish n3?hihi..

    slmt hari raya..
    maaf zahir batin..
    mohon maaf di ats sgla slh silap ifa ye bro..=)

  3. Salam Freaky...tak pernah putus asa, cuma ingin mencari formula terbaik untuk diri sendiri.

    Salam Ifa...memang ada entry tgh beratur utk auto-publish, mungkin ada lg cara yang perlu dibuat kut?

    Selamat Hari Raya to both of you.. sama2 kita bermaaf-maafan.

  4. auto publish tu camne? huhu

  5. Salam Cik Bell..auto publish tu cam ni...buat entry banyak2 then dekat option publish tu select tarikh dan masa utk setiap post itu utk publish.. so, bila sampai masa dan tarikh tu, post tsb akan publish. Kalau banyak entry yg kita dah buat macam tu, kita boleh la relax tak payah fikir pasal nak update blog tu hari2 coz ada post yg ready utk publish..

  6. Salam;
    macam biasa je..cara lain tak adalah pulak..2-3 hari nipun cum ikut segmen org lain je..

  7. polis trafik pon byk yg kena bertugas di hari raya..? ada kaitan ke? ahha

  8. Salam Yusuflaili..mungkin blog engkau tu lg femes so xde gimik pun visitor dtg jenguk gak, tak mcm aku punya ni.

  9. Salam Amranaiman...agaknya coz ada polis trafik yg buat roadblock sbb tu trafik dtg ke blog Abg Long ni tersekat-sekat huhu

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com