Anda sudah bersolat tarawikh? Di masjid mana? Di rumah? Berjemaah atau bersendirian? Alhamdulillah...tidak kira di mana kita beribadah, yang penting ibadah kita dilakukan dengan tulus dan ikhlas mengharapkan keredhaan dari Tuhan.
Aku mencoret entry ini sekadar ingin mencuit minda segelintir manusia yang berstatus "Muslim" yang kononnya ingin berdakwah tetapi dilakukan dengan cara yang bagi aku, agak kurang sesuai dan kadang-kalanya menerbitkan berbagai-bagai emosi yang kurang sihat.
Aku pernah ditegur seseorang kerana tidak solat tarawikh berjemaah di masjid. Puncanya kerana aku terpaksa bertugas lebih masa menguruskan permasalahan kerjaku di pejabat. Setibanya di rumah, berbagai-bagai isu berkaitan hal rumahtangga pula terpaksa aku selesaikan. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga (isteri dan anak-anakku) telah bersama-sama bersolat tarawikh berjemaah (di rumah).
Dengan kata-kata yang agak sinis, orang itu menegur aku yang pada ketika itu sedang berehat mengambil angin di hadapan rumah...
"Sepatutnya, di bulan Ramadhan ni, kita perlu perbanyakkan masa kita di masjid untuk bersolat tarawikh berjemaah. Janganlah asyik ingat kerja sahaja. Ramadhan hanya datang sekali setahun manakala kerja di pejabat tu, hari-hari kita akan tempuhi. Apalah salahnya korbankan sedikit masa di pejabat tu untuk kita meluangkan lebih masa di masjid?"
Aku bertanya..."Nak tanya sikit bang, solat tarawikh 20 rakaat atau solat tarawikh 8 rakaat yang lebih baik?"
"Mestilah yang 20 rakaat. Lebih banyak rakaatnya, lebih banyak surah-surah yang dibaca dan itu adalah lebih baik berbanding solat tarawikh 8 rakaat. Kenapa engkau tanya soalan tu?"
Begini bang. Setahu saya, jumlah rakaat solat tarawikh bukanlah sesuatu yang menjadi ukuran. Begitu juga samada bersolat tarawikh di masjid yang jauh atau di surau yang terdekat, termasuklah samada berjemaah atau bersendirian, tetapi yang lebih utama adalah keikhlasan dan kekhusyukan kita beribadah kerana Allah.
"Maksud engkau?"
Solat tarawikh merupakan ibadah (solat) khusus yang diamanatkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam untuk ditunaikan di sepanjang bulan Ramadhan tetapi tidaklah sampai diwajibkan. Jadi, janganlah sesuka hati menghukum seseorang yang gagal menunaikannya secara berjemaah di masjid. Ada kemungkinan dia menunaikannya secara bersendirian di masjid yang sama (dikemudiankan) atau hanya dilakukan di rumahnya. Kita tidak tahu masalah apa yang dihadapi oleh orang lain.
Yang lebih penting, solat tarawikh sepatutnya dilakukan dengan keadaan yang tenang, relax dan tidak tergopoh-gapah agar dapat menunaikannya dengan lebih khusyuk dan ikhlas kerana Allah s.w.t.
"Engkau menyindir aku ke? Apa kaitannya jumlah rakaat solat tarawikh dengan nasihat aku kepada engkau tu?"
Maafkan saya bang. Tak ada niat untuk menyindir atau mengajar. Cuma, saya ingin kita sama-sama berfikir dengan lebih rasional, mana yang lebih utama.
Bersolat tarawikh secara berjemaah di masjid memanglah digalakkan tetapi sepatutnya tidak menjadi suatu paksaan kerana ianya sekadar solat sunat. Buat apalah bersungguh-sungguh mengejar solat tarawikh sedangkan solat yang wajib sering terabai. Mungkin lengkap 5 waktunya tetapi tidak dilakukan di masjid secara berjemaah berbanding bersolat tarawikh. Ada juga yang lompong solat wajibnya tetapi sentiasa ada di masjid untuk solat tarawikh berjemaah. Mungkin kerana ingin mengejar fadhilat solat tarawikh yang dikatakan dan digembur-gemburkan begitu besar mengikut hari-harinya sedangkan ada ulama mengatakan fadhilat-fadhilat tersebut bukanlah sesuatu yang concrete atau mungkin dilabelkan juga sebagai bidaah.
Bersolat tarawikh secara berjemaah di masjid bukanlah menjadi suatu lesen untuk seseorang muslim mesti masuk ke syurga, manakala kegagalan menunaikannya tidaklah menjadikan seseorang itu mesti dicampakkan ke neraka. Jadi, janganlah terlampau berkeras atau memusuhi orang lain yang gagal menghadirkan diri bersolat tarawikh di masjid.
Ayat aku yang terakhir itu menyebabkan dia berlalu sambil menundukkan muka...
Sekian.
betul. kadang-kadang sesetengah dari kita tau nak sound je
betul2 setuju sangat2.. :)
Salam ramadhan;
Dlm komen sya pada atrikel seorang blogger yg lalu.akan muncul bermacam2 kerenah manusia bila tiba saja bln Ramadhan..Peristiwa Abang Long ni antara satunya..
beribadah biarlah ikhlas kerana Allah Taala bersesuaian dengan maksud niat melakukannya itu sendiri...
cth
sahaja aku solat sunat tarawih kerana Allah taala...
melakukannya kerana Allah bukan untuk menunjuk nunjuk...