Tuesday, August 23, 2011

Meriahnya Bunyi Mercun

4 comments
 
Salam...

Tinggal 7 atau 8 hari lagi untuk kita berpuasa. Sana sini orang ramai telah sibuk membuat persiapan ketibaan hari Lebaran. Memang meriah! Kemeriahan itu pula ditambah-tambah dengan kehadiran bunyi bunga api dan mercun yang pelbagai (tidak kira samada bunga api yang dibenarkan ataupun mercun yang ditegah penjualannya).


Ya, ramai yang seronok bermain bunga api dan mercun! Tidak kira tua, muda belia atau kanak-kanak (atau kucing sekalipun...hehe).


Bercerita tentang mercun, aku bukanlah anti dengan orang yang bermain mercun. Malah, aku juga minat bermain mercun. Cuma, aku ingin menegur segelintir pemainnya tidak kiralah kanak-kanak ataupun kanak-kanak dewasa agar bermain di waktu dan tempat yang sesuai.

Baru-baru ini, sewaktu bersolat tarawikh di sebuah surau berdekatan, aku dan mungkin juga jemaah lainnya dikejutkan dengan dentuman mercun yang aku andaikan jenis yang tidak dibenarkan dijual atau dibeli. Walaupun ianya tidak diletupkan di dalam surau tersebut tetapi bunyi letupan yang teramat kuat tersebut membuatkan jantung aku seperti luruh terkezzzzut dan solat aku terganggu.

Apa yang lebih mengharukan ialah dentuman kuat mercun tersebut menyebabkan seorang pakcik (atau atuk) yang agak berumur terkezzzzut dan terjelepuk (terjatuh) dari kerusi khas untuk beliau bersolat. Kesian sungguh!!!.

Aku amat berharap agar permainan bunga api dan mercun khasnya yang menerbitkan bunyi dentuman yang agak keterlaluan dapat dipantau. Mengharapkan kanak-kanak yang bermain mercun tersebut untuk mengawal diri, aku rasa, bukanlah cara terbaik membuat pemantauan. Orang dewasa, khasnya ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak tersebut perlulah sentiasa mengawal dan menasihati mereka agar tidak keterlaluan bermain tanpa mengira masa dan tempat serta sentiasa memahami sensitiviti orang lain yang berada di persekitaran.

Dan...janganlah si dewasa atau kanak-kanak dewasa yang sepatutnya memainkan peranan membuat pemantauan pula yang sibuk bermain tanpa memikirkan kesesuaian keadaannya.

Gambar hiasan

Bukan apa...dikhuatiri, apabila ramai orang yang marah atau sakit hati akibat permainan mercun tersebut menyumpah dan mengutuk sipelaku, ianya menjadi suatu doa yang mungkin termakbul khasnya kerana sumpahan atau bebelan tersebut dilakukan ketika bulan Ramadhan, bulan yang kebiasaannya doa-doa mudah dimakbulkan...nauzubillah.




Sekian.

4 Responses so far.

  1. Salam Ramadhan;
    setuju sangat aku..sepatutnya pihak polis pantau permainan mercun terlarang sepanjang ramadhan ni.mercun jenis kuat tu amat menggangu ketenteraman awam..biasanya yg main mercun kuat ni golongan remja...

  2. lama dh sy xmen benda tu..

    duk umh kemas lg bgus kan??hehhe..

  3. isk..ifa nie..bunga api pun xmain tau..takut..

  4. Salam Yusuf Laili, Nuyui dan Tiefazatie, thanx sudi komen.. bukanlah niat utk menghalang 100% orang bermain bunga api atau mercun cuma harap mereka bermain di tempat dan masa yg sesuai sambil menghormati perasaan atau keadaan orang lain.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com