Friday, August 12, 2011

Kenapa Mengantuk Sangat Semasa Berpuasa?

7 comments
 
Salam...

Semasa mencoret entry ini, mata aku rasa terlalu berat. Entah berapa kali aku menguap dan beristighfar. Jika sebelum ini aku akan rasa mengantuk selepas makan tengahari, di bulan puasa ini aku mengantuk hampir setiap masa kecuali apabila menghampiri waktu berbuka.


Adakah aku seorang sahaja yang menghadapi masalah mengantuk terlampau di bulan puasa ni?

Adakah anda juga seperti aku?

Terus terang, dalam keadaan sebegini, aku memang tidak suka memandu kenderaan untuk jarak yang jauh. Pernah aku terbabas ketika memandu semasa dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berhari raya kerana mengantuk dan tertidur. Pengalaman tersebut sering kali menghantui aku hinggalah sekarang. Jika ingin memandu untuk tempoh yang lama, aku lebih suka memandu selepas berbuka atau di waktu malam.

Kenapa kita mengantuk semasa berpuasa di bulan Ramadhan?

Mungkinkah kerana jadual pemakanan kita telah berubah?

Mungkinkah kerana tidur kita terganggu atau jumlah jamnya berkurangan?

Mungkinkah kerana perasaan kita yang merasakan waktu berbuka masih lama dan ingin mempercepatkannya dengan tidur?

Mungkinkah kerana kebiasaannya darah berkumpul di bahagian perut semasa memproses makanan yang kita makan tetapi semasa berpuasa darah berkumpul di otak pula kerana tiada makanan untuk diproses dan menyebabkan kita mengantuk?

Mungkinkah segalanya kerana "mindset"?

Mungkinkah...

Mungkinkah.....

Mungkinkah........

Mungkinkah...........zzzz

M..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

7 Responses so far.

  1. Salam Ramadhan;
    Ini kerana aktiviti kita selama ini terhad disebabkan oleh puasa..tambah pulak seharian kita tak makan dan kurang air..maka sistem dlm badan terpaksa bekerja secara pelahan..yg byk masuk dlm badan hanyalah angin sehingga naik ke otak..seterusnya menyebabkan kita terasa lemah dan mengantuk sepanjang hari.

  2. maybe otak letih sebab byk pikir pasal makanan

  3. Anonymous says:

    Hahahaha...hehehe

  4. semua orang yang puasa pun mengantuk..mungkin sebab bangun sahur kot. tidur selalu terganggu...

  5. adieya says:

    erm ngntok jugak....

  6. Anonymous says:

    ngantok jgk bila lps makan,berpuasa dan lps berbuka..zzzzz

  7. Diana says:

    Terlalu banyak kemungkinan... yang pasti... memang mengantuk..heeee

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com