Thursday, August 25, 2011

Kuih Buat Sendiri vs Kuih Beli

8 comments
 
Salam...

Bagaimanakah persiapan untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba minggu hadapan? Baju Raya dah beli? Langsir Raya? Sofa Raya? Cat Raya? Kereta Raya? TV Raya? Rumah Raya?... dan bermacam-macam Raya lagi....jangan ada pulak memandai-mandai untuk tambah Bini Raya.. hehe.


Bagaimanakah pula dengan Kuih Raya? Dah buat atau dah beli ke?

Yang mana menjadi pilihan anda, Kuih Raya buat sendiri atau kuih tunjuk-tunjuk (beli)?

Kalau aku kan... lagi suka kuih raya yang dibeli..

Sebab, kalau nak suruh orang rumah aku buat, jawabnya asyik berbuka kat luar aje lah. Ye la, mana ada masa nak masak untuk berbuka, asyik sibuk buat Kuih Raya aje. Tak pun asyik berbuka dengan Kuih Raya yang dia buat jer...ish3.

Kuih Raya kalau dibuat sendiri memang la jimat berbanding beli tapi kalau ambil kira penat membuat dan masa yang terbuang kerana sibuk membuatnya, aku rasa baik gak kalau beli jer..

Kalau Kuih Raya buat sendiri, mungkin boleh menimbulkan rasa riak. Ye la, mana tau ramai kawan-kawan datang beraya dan memuji dan kata kuih-kuih tu sedap. Mau kembang hidung sepanjang Syawal.

Kalau kuih tu buat sendiri, boleh gak jadi pemangkin kepada rasa marah dan meluat apabila ramai orang yang datang beraya kata kuih-kuih tu tak sedap.


Kalau kuih beli, tak kisah samada orang nak kutuk atau puji. Malah kita pun boleh kutuk sama. Ye la, bukan kita yang buat kan? kan? kan?

Sekali lagi aku reiterate, aku lagi suka Kuih Raya tunjuk-tunjuk (beli) tetapi biarlah yang ada kualiti dan rasa berbaloi membelinya.

Anda pula bagaimana?




Sekian.

8 Responses so far.

  1. kalau nak tau mak sya pengusaha kuih bahulu kecil kecilan, time ni mmg laku ler bahulu mak saye tu,.
    jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini dari luar dan dalam negara,.
    antara tajuk utama luar negara,
    projek belon angkasa 2013, pengasas apple letak jawatan, nelayan temui ketam ganjil,
    antara tajuk informasi dalam negara,
    ketua wanita pkr gelugor peluk islam, bapa didakwa cuba sembelih anak, penoreh getah didakwa kerana bunuh bapa,. dan pelbagai lagi info2 terkini yg menarik,. jom terjah,..

  2. Acik says:

    saya lebih suka beli sb malas nak buat sendiri. tak ada masa tp ini sebenarnya alasan aje. apa2pun, buat ke beli ... janji sedap, mesti abes punye ...

  3. Unknown says:

    jijah prefer beli je lah.. jimat ms n tenaga. lgpon kita bekerja kan..ala takat 5 jenis biskut raya tu cukup lah..tambah2 sikit2 gan kerepek2..bukan makan banyak pon kan..hehe

  4. Salam Mcm Ni Lah...kuih bahulu? Sodap tuh kalau mkn cicah air kopi panas..hehe.

    Salam Acik dan Cik Azizah, tu lah, pilihan masing2..beli mudah dan cepat kalau buat s'diri makan masa dan kadang2 tu makan hati pulak, lebih2 lg bila ada yg komplen tak sedap..hehe

  5. saya pn beli dekat bazaar ramadhan... nak buat x reti.. hahaha~ apa lagi beli jer laa senang + segera!


    blog abang long online tersenarai dalam list terjah bersama myobw...

    jom layan lagu raya nak....

  6. Salam;
    belilah lah bang long mana ada masa bini aku tu..

  7. Salam Myobw dan Yusuflaili.. kuih beli mungkin pilihan terbaik esp kalau org rumah bekerja dan takde masa nak membuatnya

  8. Keluarga kami setiap tahun beli kuih ja sekarang. Pernah cuba buat, tapi tak jadi.

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com