Tuesday, August 23, 2011

Berhati-hati Dengan Telur Ayam

2 comments
 
Salam...

Anda gemar memandu di waktu malam? Anda ada perancangan memandu di waktu malam untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya? Aku memang ada perancangan sedemikian kerana aku khuatir akan rasa terlalu mengantuk jika memandu di waktu siang untuk jangka waktu yang lama.

Oleh itu, aku ingin share dan panjang-panjangkan maklumat yang aku terima dari beberapa rakan melalui pesanan ringkas SMS.

Berikut adalah pesanan dari pihak Polis (PDRM) kepada mereka yang ingin memandu di waktu malam... Berhati-hati dengan TELUR ayam!



Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar dengan telur ayam, janganlah segera menghidupkan wiper atau memancutkan air ke cermin kereta yang terkena cecair dari TELUR ayam tersebut.

Ini kerana, cecair dari TELUR ayam apabila bercampur dengan air, kelikatannya adalah seperti susu pekat dan akan mengaburkan 92.5% dari tahap penglihatan kita. Pandangan yang terhalang secara tiba-tiba tersebut memaksa kita untuk memberhentikan kenderaan dan di situlah kita mungkin akan menjadi mangsa perompak.

Inilah teknik dan taktik terbaru yang digunakan oleh pemangsa tersebut.

Kita dinasihatkan untuk meneruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga tiba di tempat yang selamat.



Aku harap entry yang tak seberapa dan mungkin kurang nilainya ini memberikan sedikit manafaat kepada anda.

Mudah-mudahan kita semua selamat ketika berada di jalan raya...amin.



Sekian.

2 Responses so far.

  1. ya, kena hati2 selalu. Musim perayaan ni memang banyak orang jahat yang ambil kesempatan melakukan perkara2 yang tidak baik.

  2. Jebon says:

    Salam Long...aik!?? Mana gambo kucing kau Long? Ni dah melanggar fitrah engkau ni Long? ha ha ha

My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com